Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 19 Februari 2014

Berikan kujawapan 75



Ris menguntum senyum.  Dalam keadaan baring meringkuk dengan lutut di dada, dia memeluk anak patung perempuan yang comel seiras wajah Alisya. Matanya terpejam, wajahnya riang seolah-olah bermimpi indah. Walaupun hakikatnya dia cuma mengingati setiap detik memorinya bersama Arsya. Pertemuan mereka, pengenalan mereka dan ...permulaan segalanya.

“ Ris, nanti mama datang petang tau. Duduk diam-diam kat sini, kalau ada apa-apa beritahu kakak nurse yer..” pesan wanita berusia awal 30-an itu pada anak bongsunya.
“ Mama datang pukul berapa?”
“ Mama janji as soon as possible. “ dahi Ris diciumnya penuh kasih. 

Dia mengusap rambut anak kesayangannya itu dan setelah beberapa ketika, keluar dari wad kanak-kanak itu. Ris tarik muka. Lagi satu hari yang bosan di sini. Bilalah dia boleh keluar. Ris memerhatikan dua jururawat muda yang sedang asyik berborak di kaunter. Berhati-hati dia turun dari katil dan senyap-senyap keluar, mereka berdua tidak menyedarinya,  seperti biasa .Dia dah biasa buat begini, kerana lama juga dia sudah berada di sini, ditahan sebab demam denggi. Tapi semalam dia terdengar yang doktor berbincang dengan mamanya menyatakan lusa dia akan keluar. Berita gembira, yang patut dikhabarkan padanya.

Ris keluar dari bangunan nya dan terus berjalan ke satu tempat. Tempat di mana mereka selalu bertemu, taman permainan lekang yang terletak di antara dua bangunan, dua wad berbeza.

“ Arsya! Arsya!” panggilnya bila nampak kelibat Arsya. Sebaik sahaja mendekatinya, Arsya pantas menekup mulutnya.
“ Jangan bising, nanti nurse nampak mereka takkan benarkan kita bertemu lagi. “ Ris dilepaskan. Kemudian budak perempuan berusia 13 tahun itu tersenyum.
“ Kenapa?” tanyanya lembut.
“ Doktor kata saya akan keluar tak lama lagi. Lagi dua hari dah boleh keluar.” Cerita Ris pada Arsya yang setahun lebih tua darinya. Mereka telah berkawan sejak 2 minggu lepas. Waktu itu Arsya sendirian sedang duduk di bangku, di sini. 
“ Baguslah! Selamat tinggal Ris.”
“ Kenapa cakap camtu? Saya akan jumpa awak selalu. Nanti bila awak dah keluar juga, kita akan berjumpa lagi kan? “
“ Saya takkan keluar dari sini.”
“ Kenapa?”
“ Sebab mereka takkan benarkan”
“ Awak sakit apa?”

Arsya senyum. Dia memandang Ris yang kemerah-merahan pipinya. Comel. Budak kecil ini comel. Soalannya juga comel.
“ Awak macam anak patung..” 

 Pipi Ris naik merah padam mendengar itu. Arsya ketawa dan melihat Arsya yang ketawa, hatinya juga gembira, sebabnya? Ah, dia yang masih berusia 12 tahun, tidak tahu.

 “ Nanti bila awak keluar nanti,  lupakan saya dan jika awak masih memikirkan saya..” Arsya menghulurkan paku kecil pada Ris.
“ Seperti permainan kita ..”  pesan Arsya sebelum meninggalkan Ris . 

Esoknya Arsya tidak berada di taman lagi dan hari Ris keluar dari hospital, Arsya tidak muncul mengucapkan selamat tinggal. Mereka berpisah begitu sahaja.



Ris terjaga bila mendengar rintik-rintik hujan di bumbung. Dia membuka matanya, melihat jam di tangan kemudian beralih badan, menelentang memandang ke siling. Tangannya masih memegang anak patung itu. Sambil memandang siling dengan kipas siling yang berpusing perlahan, memorinya kembali lagi.

Ris pergi ke sekolah seperti biasa namun  dia tidak pernah lupakan Arsya. Setiap hari, Ris sentiasa mengingati Arsya. Dia tidak mengerti. Apa yang membuatkan dia tertarik pada Arsya? Sejak bila dia asyik teringatkan Arsya?

Difikirkan kembali, ia sejak kali pertama dia melihat Arsya dari jendela biliknya, melihat Arsya duduk berseorangan setiap hari di taman. Anak patung lelaki di tangan Arsya serta pandangan matanya yang mati itu membuatkan Ris ingin lebih tahu. Dengan perasaan ingin tahu itulah, dia memulakan langkahnya ke Arsya. Dia... tidak pernah ingin melibatkan diri dengannya, jauh mendekatinya, dia  cuma ingin mengisi rasa ingin tahu nya tentang siapa budak perempuan itu.

Ris ingat lagi.. ianya di bawah hujan rintik-rintik..dia berdiri mengadap Arsya yang duduk membatu di kerusi. Kali pertama dia melihat wajah Arsya begitu dekat setelah dua hari memerhatinya dari bilik wadnya. 

“ Hujan, awak tak masuk ke dalam ke?”

Wajah Arsya diperhatikan. Tiada response. Seolah-olah dia adalah sebuah patung, matanya terbuka tidak berkedip, tidak bersinar. Namun di sebalik itu, wajahnya kelihatan ayu . Ris tidak pernah melihat budak perempuan secantiknya. Wajahnya mulus, bibirnya merah, matanya besar dan walaupun dia tidak tersenyum, walaupun dia serius, dia seorang yang comel di matanya. 

Hujan semakin lebat. Arsya tidak memberikan jawapan padanya walaupun dia sudah menunggu, lalu Ris buat keputusan untuk membiarkannya seorang diri di sini. Sebaik Ris hendak melangkah, dia terjatuh tersembam dek tersadung pada satu lubang kecil. Ris mengaduh sakit dan menekan dahinya yang terasa sakit. Rupanya dia tercedera dan berdarah.

“ Hahahahhahahahhaa....”

Ris terkejut, memandang Arsya yang sedang ketawa. Bila ketawanya berhenti, dia mendekati Ris, bukan membantunya berdiri sebaliknya memegang tangan Ris , menghalang Ris dari mengelap darah yang mengalir. Mata Arsya bersinar memerhatikan darah dari luka Ris membuatkan Ris terasa hairan dan takut melihat kelakuannya,  namun bila melihat wajah Arsya yang tersenyum manis, perasaan itu hilang tapi sebaliknya..hatinya bergetar, dia tidak mengerti namun dia ..
Dia ingin melihat senyuman itu lagi ...






' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'