Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 21 Februari 2014

Berikan kujawapan 76



“Seperti permainan kita..”
Permainan itukah? Ris ingat apa yang mereka main. Ia sedikit menakutkan pada awalnya, tapi semakin lama semakin mengujakan. Yang jelas Arsya begitu gembira bila dia berjaya melakukannya. Arsya ketawa, Arsya tersenyum.. tiada lagi pandangan mata yang dingin, tiada lagi wajah yang suram.. Itu yang Ris lihat bila membiarkan dirinya mendekati Arsya.  Apa yang difikirkannya ialah dia gembira bila Arsya menyebut namanya, lembut sahaja. Dia suka bila Arsya tertidur di bahunya bila penat bermain, rambut Arsya wangi, pipinya lembut kemerah-merahannya. Dia rindu semua itu. Memang permainan Arsya pelik, ia menyakitkan, menakutkan.. melukakan.. tapi dia tidak terfikir untuk berhenti kerana dengan bermain itu, dia dapat berjumpa Arsya.

Ris turun dari biliknya di tingkat atas, berjalan ke dapur. Dia membuka kotak alatan yang ayahnya selalu simpan di bilik stor. Segenggam paku lama dan baru dikeluarkan dan dibawanya ke dapur. Mamanya sedang leka menyediakan makanan tengahari mereka.

‘ Mama!”
“ Yes darling..”
“ Mama!” panggilnya lagi.
“ ye.. “ mamanya berpaling melihatnya.
“ Lihat !” 
Ris memasukkan kesemua paku berkarat dan paku baru itu ke mulutnya hingga mulutnya  penuh kembung.
“ Ya Allah Ris!” 

Mamanya berlari mendapatkannya namun sudah terlambat, Ris telahpun menelan kesemua paku itu dengan susah payah. Ris senyum, menunjukkan mulutnya yang penuh dengan darah segar.

‘ Abang!!!! “ jeritan mamanya berkumandang di telinganya. Dirinya jatuh.

Ris gembira. Dalam pejaman matanya, dia terlihat wajah Arsya. Wajah Arsya yang gembira bila setiap kali Ris berjaya menelan sebutir paku. Mereka senyap-senyap melakukannya setiap hari, selama 2 minggu. Permainan yang Arsya sangat suka dan hanya untuk dirinya sahaja. Itu yang Arsya katakan... permainan hanya untuk dirinya sahaja.

Ris terjaga . Badannya basah lencun walaupun di pagi hari yang dingin. Rupanya dia tertidur lama dan bermimpi ngeri. Ris ketawa panjang bila menyedari tubuhnya sedang mengigil ketakutan.  Ketawanya bergema dalam bilik yang sepi ini. Dia lucu kerana baginya itu bukan mimpi ngeri, itu bukan memori ngeri! Ia,ia adalah sebuah memori indah bukan?

Ris turun dari katil dan membasuh mukanya yang pucat lesi dengan air paip yang dingin.Tubuhnya masih menggigil,namun disebalik rasa itu, dia tidak berhenti tersengih, membelek wajahnya di cermin, melawan perasaan takut dan trauma yang tubuhnya rasainya. Kerana apa yang penting, hatinya pasti bila dia membuat keputusan ini. Selepas mengelap wajahnya dengan tuala kering, Ris menuju ke bilik kurungannya.  



“Arsya ke mana? Mana Arsya?? Kenapa mereka kurungkan Arsya dari bertemunya? Kenapa? Kenapa?  “ 

Itu yang difikirnya selama ini. Dua tahun dia berulang-alik di hospital ini, ditempatkan di wad pskiatri, namun dia tidak pernah berjumpa Arsya lagi. Segalanya sia-sia. Tapi tidak sia-sia untuk keluarganya. Perkhabaran  dari doktor psikiatri mengembirakan mama dan papanya. Dia disahkan pulih.. ya, memang dia pulih, tidak lagi membuat perkara yang merbahayakan dirinya.. tidak lagi mencederakan dirinya semata-mata ingin kembali ke hospital ini. Dia tiada keinginan itu lagi, bila dia tidak dapat berjumpa Arsya walaupun dia bermain ‘game’ Arsya..

“ Mama, Ris keluar jap..”
“ Nak pergi mana? Papa tengah amik kereta, tunggu sini kejap jer.. nanti kita balik..”
‘ Jap jer.. Ris nak gi taman di bawah tu..”
” Ris!” tegahan ibunya tidak didengarnya. 
Dia bergegas ke taman permainan kanak-kanak yang menjadi saksi pertemuannya dengan Arsya, bermain di situ, mengenali Arsya, semakin mendekatinya. 

Langkahnya terhenti. Di tempat duduk yang sama, dia lihat Arsya yang sudah remaja duduk bersendirian termenung di situ. Di pehanya terdapat anak patung yang sentiasa dibawa Arsya.

 “ Awak datang kembali?” tanya Arsya tidak lupa wajah Ris.
Debaran yang sekian lama dilupanya, kembali lagi.  Arsya kelihatan cantik lebih dari khayalannya.

“ Saya sudah kembali sejak dua tahun dulu.. tapi mana awak? Kenapa...kenapa saya tidak dapat jumpa awak?! ” marah Ris, memandang benci pada Arsya.

Arsya menunjukkan pergelangan tangannya yang berparut, serta merta Ris mengerti. Jadi apa yang didengarnya adalah betul. Pesakit Arsya dikurung selama ini dari bertemu sesiapapun.  Kerana Arsya ...

Arsya adalah merbahaya, Ris tahu, dia tidak bodoh! Dia bukan lagi budak kecil yang hanya ingin bermain dan tidak mengerti apa-apa. Dia tahu. Dia tahu apa yang Arsya buat, sejarah hidup Arsya, apa yang menyebabkan Arsya dikurung di sini dan apa yang Arsya lakukan pada orang lain, pada dirinya, ianya kejam.  Permainan mereka semuanya tidak normal!  Arsya adalah gadis yang patut dia jauhi, dari awal lagi.. dia tidak sepatutnya berada di sini.

Walaupun begitu, sekuat mana fikirannya mengherdik dirinya agar beredar, menjauhi gadis ini, kembali ke mama dan papanya, tubuhnya tidak mahu menurut. Tubuhnya sudah gila, hanya mengikut perasannya iaitu ingin berada di sini walaupun seketika.

Dia menghampiri Arsya, duduk di sebelahnya.

 “ Saya takkan keluar dari sini.. “ kata Arsya tiba-tiba. 

Perbualan ini normal. Tiada apa-apa yang pelik. Selama ini.Seketika Arsya seperti biasa, anak gadis yang cantik  dan seketika menakutkan. Ris masih ingat apa yang Arsya lakukan padanya, dia takkan lupa..permainan  mereka. dia diarahkan menelan pelbagai benda, atau serangga di setiap pertemuan mereka, sesekali Arsya akan menarik rambutnya sampai putus dan berdarah bila dia gagal.  Mulanya dia takut, tetapi bila melihat Arsya tersenyum dan ketawa, rasa sakit dan takut itu hilang digantikan dengan kerelaannya sendiri untuk melakukan semua itu. Dia betul-betul dah gila kah?

Ris senyum mengetawakan dirinya sendiri, menyedari Arsya yang membuatkannya dirinya begini.

“ Kalau awak keluar, awak akan pergi pada Neal kah?”  tanya Ris. 

Dia juga tahu pasal Neal.  Dua tahun ini dia bukannya tidak buat apa-apa, dia ambil tahu segalanya. Jadi dia tahu apa yang Arsya lakukan pada Neal dan masih ingin lakukan. Sebab itu, patung yang berupa budak lelaki itu sentiasa di tangan Arsya. Ris faham kenapa patung itu begitu berharga bagi Arsya dan mengerti kenapa Arsya selalu merosakkannya kemudian membaikinya. Sama seperti apa yang Arsya buat pada Neal dahulu. Kemudian, perlahan-lahan dia sedar itulah yang Arsya sedangn lakukan pada dirinya.

“ Awak takkan dapat berjumpa dia. Dunia awak di sini. Selamat tinggal Arsya.”
“ Awak cemburu.’
Ris yang hendak bangun tergamam.
Dia memandang Arsya yang tersenyum yakin dengan kata-katanya.

“ Apa awak kata, cemburu? saya? Kenapa saya perlu cemburu?”
“Kerana awak mencintai saya... ”

Hahahahahaa..Ris ingin ketawa. Apa yang Arsya cakapkan itu kedengaran seperti jenaka. Namun tiada ketawa yang kedengaran, tiada senyuman, tiada apa-apa melainkan hatinya yang berdebar-debar bila mendengar kata-kata Arsya itu.

" Buktinya awak di sini.. dan awak akan sentiasa di sini, di sisi saya.." luah Arsya begitu pasti. 

Kata-kata yang tidak dapat dinafikannya.  Kebenaran dirinya mencintai Arsya. Kenyataan  yang tidak mampu dia lupakan sama seperti kali pertama matanya menatap Arsya, perasaannya pada Arsya. Hakikatnya, dia bukan mau melihat senyuman Arsya sebaliknya dia jatuh cinta pada Arsya. Itu adalah sebab untuk segala yang dia lakukan dan biarkan Arsya lakukan pada dirinya.

Arsya merapatinya dan perlahan-lahan dia mencium bibir Ris.

“ Saya sukakan cinta, ia lemah dan saya boleh mempergunakannya sesuka hati saya.  Seperti cinta Neal dan adik saya..."
" dan seperti cinta awak pada saya...”  bisik Arsya sinis. Arsya meninggalkannya keseorangan. 

Air mata Ris mengalir...Dia bencikan Arsya...







' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'