Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 24 Februari 2014

Berikan kujawapan 77



“ Berapa jauh kau sedia korbankan untuk sebuah cinta?”

Gudang ini kosong.. hanya mereka berdua. Tiada sesiapa yang mencari mereka, buat masa ini. Ris tidak tahu apa yang dia lakukan ini. Dia baru sahaja menyelinap masuk ke wad psikatrik dan senyap-senyap membawa lari Arsya bersamanya. Dia tidak pasti apa kekuatan yang membuatkan dia gila seperti ini.  Dan dia..

Pisau bedah yang dicurinya tadi terlepas dari pegangannya. Dia memerhatikan Arsya mengutipnya dan mengesat darah pada pisau itu dengan hujung skirtnya. Pisau yang digunanya untuk menikam seorang warden wad yang ternampak mereka melarikan diri.

Tapi itu bukan salahnya, lelaki itu yang menyerangnya dulu!. lelaki itu yang cuba menghalang mereka berdua! lelaki itu yang mencari nahas dan dalam pergelutan mereka, Ris tidak sengaja menikam dadanya.. tidak sengaja.. ya, tidak sengaja! Tapi dia tidak mati kan? Cuma cedera. kan?

“ Dia tak matikan?” tanya Ris cuba mendapatkan kepastian.
“ Dia mati. “balas Arsya. 

Arsya menyimpan pisau itu dalam kocek belakang seluar Ris. Tangan Arsya juga penuh berlumuran darah,  darah warden lelaki yang sudah mati itu.  Sebentar tadi juga, Ris telah menyaksikan kegilaan Arsya. Sebaik sahaja warden lelaki itu jatuh, Arsya mencabut pisau itu dan menikamnya bertubi-tubi sampailah Ris terpaksa menahannya. Bila Arsya akhirnya berhenti, warden itu sudah tidak bergerak lagi.

Tubuh Ris terasa dingin,  pantas dia memeluk dirinya yang rupanya mengigil. Ini kali pertama dirinya mencederakan orang lain selain dirinya sendiri.  Dia tidak ingin semua ini berlaku. Dia cuma ingin membawa Arsya pergi ke tempat lain, jauh dari semua orang. Tempat di mana dia dapat bersama dengan Arsya.

 ‘ Ahhh!!!! Patung aku! Patung aku!” jerit Arsya. 
Ris teringat yang anak patung Neal yang selalu di tangan Arsya tertinggal di wad.

“ Kita kena patah balik.. patung tak boleh tinggal.. tak boleh tinggal..“ Arsya tidak keruan.  Melihat tingkah laku Arsya, Ris tahu Arsya takkan meneruskan perjalanan selagi tidak mendapatkan anak patung itu. Tapi sekiranya mereka berpatah balik, pasti semua sedang menanti dan paling teruk polis pasti ada di situ..Setelah bersusah payah mereka melarikan diri dari situ.

“ Tak boleh Arsya.. kalau patah balik nanti kita kena tangkap..”
“ Tapi patung Neal tidak boleh tinggal.. Neal.."

Ris mengerti. Apa sahaja yang dia cakapkan Arsya tak mungkin dengar. Dia tahu Arsya tidak boleh hidup tanpa patung itu. Itulah permainannya sekiranya dia tidak dapat mencederakan sesiapa. Sesuatu yang dapat menenangkannya. Jika ia tiada, tak mungkin Arsya kan tenang seperti sebelum ini. Tambahan pula, setelah melihat apa yang Arsya lakukan, dia tidak pasti samada dia dapat mengawal Arsya. Namun dia juga tidak boleh biarkan Arsya sendirian, atau lebih tepat dia sebenarnya yang tidak dapat bersendirian tanpa Arsya. 

Arsya bangun dan berjalan perlahan-lahan ke pintu gudang untuk keluar. Langkahnya seperti budak kecil yang sesat, mencari-cari sambil menangis hiba.  Arsya betul-betul seperti orang gila. Sakit hati Ris melihatnya. dia pernah melihat sisi Arsya yang lemah ini dahulu, ketika mereka masih kecil, situasi yang sama bila dia pernah menyorokkan anak patung itu dahulu kerana merajuk bila Arsya tidak mahu bermain dengannya. Bezanya kali ini, dia betul-betul ingin memberi Arsya patungnya. Memberikannya Neal..

"Awak cemburu." 

Ris tersentak. Tidak! Apa yang dia mahu adalah dia tidak  mahu Arsya bergantung pada Neal.. tapi sebaliknya pada dirinya.  Itu yang dia rasakan saat ini.  Walaupun itu bermaksud..

Ris berlari mendapatkan Arsya, ditariknya Arsya dan dipeluknya erat-erat.

“ I will play with you... I’ll be your doll..” 

Tangisan Arsya berhenti diganti dengan senyuman. Tubuh Ris dipeluknya erat-erat, kemudian perlahan-lahan tangannya mengambil pisau yang tersimpan di kocek seluar Ris. Dengan gembira,  menikam belakang Ris, diseretnya puas. 

“ Anak patung Ris..” kata Arsya. Ris mengangguk lemah.

“ Saya sukakan cinta, ia lemah dan saya boleh mempergunakannya sesuka hati saya.  Seperti cinta Neal dan adik saya... dan seperti cinta awak pada saya...”


Ya, dia mencintai Arsya.  Dia tak dapat menahan dirinya dari mencintai Arsya, walaupun mengetahui Arsya hanya ingin mempergunakannya. Dia juga bencikan Arsya, malah bencikan perasaanya ini..namun dia begitu mencintai Arsya, merindui Arsya.  Jauh di hatinya dia tahu dia tidak mungkin memiliki Arsya, tetapi perasaan berkeras untuk menjadi milik Arsya.  Apa yang patut dia lakukan?


Cinta ini... ia merosakkannya dan dia tidak dapat berhenti dari semua ini.




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'