Rasa panas pada kulit mengejutkan lenanya. Sebaik Ris
membuka matanya dia lihat Arsya sedang menitiskan lilin cair ke atas badannya
yang tidak berbaju. Dipandangnya Arsya, diperhatikannya sahaja lalu tanpa
berbuat apa-apa dia membiarkan Arsya.
Cukup dengan menatap wajah Arsya, dia tidak rasa sakit.
Arsya meletakkan lilin yang semakin pendek itu ke meja di
sisi katil, kemudian baring di sisinya. Memeluknya, berbaring di dadanya dan
mendengar degupan jantungnya yang semakin laju. Arsya senyum. Sambil itu dia
mengerakkan jari jemarinya pada parut besar di dada Ris. Ris diam, tahu Arsya
sedang mengingati saat-saat dia menyelup masuk tangannya ke dalam badan Ris,
mendengar raungan Ris yang masih sedar.. kemudian mengeluarkan ginjal kiri Ris,
ia saat-saat indah. Ris mengetap bibirnya, masih terasa semua itu.
“ Bangun, breakfast..” Arsya mencium dahi Ris, kemudian
turun dari katil.
Ris menurut, namun belum sempat kakinya mencecah lantai, Arsya
mencampak lilin ke arah Ris. Bahang apinya menyambar tangan Ris yang cuba
menepis kemudian jatuh ke selimut lalu mencetuskan kebakaran kecil. Arsya
ketawa sambil memerhatikan Ris kelam kabut turun dari katil dan memadamkan api.
Sebaik sahaja padam, Ris menarik Arsya lalu diciumnya Arsya penuh kasih.
“ Selamat pagi, Arsya..“
katanya. Arsya tidak membalas. 5 tahun dan tiada
satu hari pun Arsya tidak cuba mencederakannya. Dan tubuhnya juga sudah terlalu
lali dengan semua ‘permainan’ Arsya. Tiada apa lagi yang mengejutkannya.
Ris mengambil tuala dan masuk ke bilik air. Dia bersiap
sedia untuk ke tempat kerjanya yang baru diperolehnya 6 bulan lepas sebagai
penjual kereta. Ini antara pekerjaan yang paling mudah baginya kerana
berbekalkan wajah kacak dan mulut manis, dia tiada masalah untuk mempromosi
kereta pada pelanggan terutama pelanggan wanita. Sejak mereka melarikan diri 5
tahun lalu dia telah melakukan pelbagai jenis pekerjaan menampung mereka berdua.
Dengan Identiti yang lain dan tidak tinggal tetap di satu-satu tempat, dia
dapat hidup bersama dengan Arsya di luar ini, hanya mereka berdua. Ini semua
sudah cukup.
Ris membasahkan badannya yang penuh parut itu dengan air
pancur, rasanya dingin terasa sampai ke tulangnya dan memedihkan lecur di tubuhnya. Sebaik
dia keluar, dia lihat Arsya sedang leka menyediakan sarapan. Dia ingin memeluk
Arsya, tapi dia sedikit risau kerana di dapur, dengan pisau dan barang-barang
tajam lain, Arsya sentiasa membuat helah untuk membuatkan dia cedera..
memasukkan bilah razor dalam makanannya, meletakkan pencuci klorox di dalam
minumannya, mencucuh tubuhnya kuali panas.Dia sanggup menerima semuanya, dia
tidak berkira, dan dia tidak takut , cuma hari ini dia tidak boleh cedera
sebelum ke tempat kerja. Dia ada meeting penting pagi ini.
Ris menyembunyikan
senyumannya. Dia tidak pernah mementing apa-apa selain dari Arsya dan
kegembiraan Arsya, tapi entah kenapa kali ini dia rasa seronok dengan pekerjaannya
ini, gaji yang lumayan komisen yang banyak dan pastinya teman sekerja yang membantu. Diam-diam, Ris dapat rasakan mereka berdua dapat tinggal lama
di sini. Ris terus bersiap, meninggalkan Arsya sendirian di dapur.
“ Sedap tak..?” tanya
Arsya semasa mereka bersarapan pagi.
Ris yang sedang mengunyah roti senyum, suka
melihat Arsya yang bersikap ingin tahu seperti si isteri yang pertama kali
menyediakan sarapan untuk sang suami.
“ Sedaapp..”
‘ Betul?’’ Arsya
masih tak puas hati.
“ Betul.. sumpahh...”
Arsya senyum gembira.
Sambil mendongak dagu, dia memerhatikan Ris menghabiskan sarapannya. Ris tenang
dan tidak gopoh, dia melayankan sahaja bila Arsya berborak dengannya, tetapi
dia juga tidak lupa berwaspada, khuatir Arsya ada menyembunyikan helah seperti
biasa. Sarapan pagi kali ini meriah dengan gurauan dan gelak tawa, Sekali lihat, mereka seperti pasangan
bercinta yang sedang bahagia, dan Arsya adalah normal.
“ Saya pergi dulu
yer.. “
Ris meminta diri, sebaik sahaja menghabiskan sarapannya.
Jam menunjukkan pukul 8.15 pagi. Dia
tidak mahu terlewat.
“ Tonight play with
me ...”
Ris menelan air liur. Dia terpaku betul-betul di pintu
keluar. Dari elok nak mencapai tombol pintu untuk keluar, tangannya tiba-tiba
mengeletar saat mendengar ajakan Arsya
itu. Pantas dia menyembunyikan tangannya
ke dalam kocek seluar.
“ Aku rindukan
patungku.. ”
Dadanya terasa ngilu,
badannya terasa sejuk, terasa ingin muntah,seribu perasaan gementar memenuhi
segenap derianya.. Jantungnya berdegup tidak keruan, lama dia tidak mendengar ayat
itu dan melihat keadaan ini, Ris sedar dia masih takut.. Kali
terakhir Arsya cakapkan ayat ini, dia dimasukkan ke wad kecemasan dengan dada
yang terkopak, ginjal yang terkeluar. Ia satu memori yang sangat digeruninya..
dia sentiasa bermimpikan hal itu, walau sekuat mana dia membohongi dirinya,cuba
melupakannya , tubuhnya tidak henti-henti mengingatkannya pada hari itu. Tubuhnya tidak berhenti –henti mengigil
seolah-olah masih berada di hari itu..
Ris mengawal perasaannya, jauh di sudut fikirannya dia sudah mengagak hari ini akan tiba.Waktu pemulihannya
sudah tamat. Demi untuk membenarkan
tubuhnya pulih sepenuhnya, sepanjang 1 tahun ini, Arsya tidak mencederakannya
teruk-teruk lagi kecuali mengacahnya.. Ris perasan itu.. Ris mengerti..
“Hari ni saya akan
hantar surat letak jawatan . "
“ Aku tunggu ..” jawab Arsya gembira. Melihat Ris yang bersedia buatkan dia rasa lebih teruja untuk bermain dengan Ris.
“ I love you Arsya."
“ I love you too, my doll.”