Neal mengikut langkah Alisya yang memimpinnya di depan. Tangan Alisya yang dipegangnya erat, tidak dilepaskan. Mereka berdua sedang berjalan ke arah jambatan gantung setelah penat bermain roller coaster di dry park sunway lagoon. Idea Neal untuk ke sini. Dialah yang beriya-iya mengajak Alisya ke sini, dan Alisya menerima ajakannya. Dari pagi mereka sudah berada di sini, berhibur, bergurau senda, bergelak tawa, seperti pasangan sedang bercinta. Ah, mereka memang sedang hangat dilamun cinta.
“ Sekejap..”
Alisya melepaskan tangannya dan berlari ke arah
kedai yang menjual aiskrim. Dia membeli
dua kon aiskrim. Sementara menanti, Neal melihat kembali gambar Alisya di kamera
digital yang di bawanya. Setiap gambar membuatkan Neal tersengih sendirian. Rasa bertuah dapat bersama dan mencintai Alisya, tiada apa lagi yang dia
ingini saat ini selain berada di sisi Alisya.
“ Senyum-senyum...”usik Alisya dan dengan nakalnya mengacu aiskrim ke
hidung Neal. Neal tidak sempat mengelak dan hidungnya comot terkena
aiskrim.
Alisya ketawa, Neal juga. Sambil itu, Alisya mengesat
kesan aiskrim di hidung Neal itu dengan jari halusnya. Sentuhannya buatkan Neal berdebar-debar malu. .Dia rasa segan di depan ramai,
namun rasa gembira lebih melonjak-lonjak menguasai hati dan dirinya. Ini rasanya
cinta.. semuanya begitu indah.
“ Kenapa?” tanya Alisya bila lihat Neal merenungnya tidak
berkedip-kedip.Neal perasan Alisya malu bila direnung begitu..
“ Takde apa-apa.. Saya rasa BAHAGIA tu saje...”
Neal mengambil aiskrim dari tangan Alisya
kemudian menarik Alisya rapat padanya. Tangan Alisya dikepitnya, lalu memimpin Alisya berjalan ke jambatan gantung. Sambil berjalan mereka
berborak-borak, bergurau senda. Bahagia. Cukup bahagia. Sebaik sahaja sampai di jambatan gantung, tidak ramai
orang di situ, cuma terdapat beberapa pasangan sedang bergambar di situ. Neal sudah menganggak kerana hari ini hari biasa, bukannya hujung minggu.
“Oh..” keluh Alisya bila terasa goyangan di jambatan dek
angin petang yang bertiup.
Ris dipeluknya erat,takut-takut. Keletahnya buatkan
Neal tertawa.
“ Berdiri di situ, saya tangkap gambar awak...”
“ Taknak... takut...”
ngada Alisya, tidak mahu melepaskan Neal. Sekali lagi Neal tertawa kali ini Alisya mencebik, tahu yang dirinya diketawakan.
Neal tidak kisah akan kegedikan atau kemanjaan Alisya saat ini, sebaliknya rasa perangainya itu comel. Semua teman lelaki
sentiasa merasakan teman wanita mereka comel. Teman wanita? Neal sedar yang mereka berdua
belum melabel kan diri mereka sebagai boyfriend dan girlfriend lagi. Nanti!?Adakah
mereka sekarang adalah gf dan bf? Segan pula Neal nak cakap hal ini pada Alisya. Malah semasa kecil pun mereka tidak pernah menetapkan nama dan label bagi perhubungan mereka atau lebih tepat mereka terlalu mentah untuk mengetahui perasaan mereka sendiri. Tapi kali ini, mereka sudah cukup dewasa dan mengerti apa yang masing-masing inginkan. Jadi wajarlah mereka ikati hubungan ini..kan?
Neal memandang Alisya yang leka memerhatikan pemandangan dari atas jambatan ini. Dia senyum sendirian..Terasa seolah-olah kembali seperti remaja yang baru hendak bercinta, tidak tahu
mana yang perlu, sentiasa malu, sentiasa berdebar..Mereka berjalan perlahan-lahan, diam sambil menikmati angin petang yang membuai mereka. Sampai di tengah jambatan, Alisya berhenti dan meminta untuk melihat
gambar mereka yang telah diambil.
“ Cantik tak?” tanya Alisya menunjuk pada gambar mereka berdua yang
diambil.
“ Di depan saya ini lagi cantik..”
“ Hehe.. ngada..” balas Alisya malu –malu dengan ayat manis
Neal.
“ Betulkah awak bahagia bersama saya?”
Neal angguk.
“ Awak tak rasakah ini semua seperti mimpi? 'Kita' ini seperti
mimpi?”
" Kalau saya katakan tidak, adakah awak akan rasa yang sama?"
Alisya senyum. Dia memandang awan yang sedang perlahan-perlahan berarak .
“Neal, saya dah lama tunggu untuk hari ini.. untuk berada
di sisi awak.. difikir kembali,saya sudah menanti untuk hari ini semenjak dulu lagi, saya
tidak pernah lupakan awak.. berdoa dan menunggu untuk hari ini.. Berharap dapat
berjumpa awak lagi .. Saya.. saya tak boleh berpisah dengan awak lagi Neal.. ”
Mata Alisya berair.
Neal tidak mahu melihat Alisya mengalir air mata lagi . Itu janjinya pada dirinya sejak dulu lagi dan dia akan kotakannya kini.
“ Saya juga tidak boleh kehilangan awak lagi.. “ Neal mengesat air mata Alisya
"Saya akan berada di sisi awak, untuk selamanya.."
Janji Neal itu melukis senyum di wajah Alisya.
" Mari! Kita pergi extreme park pula! saya teringin nak naik go-Kart.." ajak Alisya.
Dia menarik Neal.
“Ah! Neal, lagi satu.. Jika semua ini sememangnya 'mimpi', bila awak ter'jaga', apa yang awak akan
rasa? ”
“ Pedih... derita.. Saya akan musnah...”
Alisya senyum.
“ Itu seakan melampau kan?.. “
“tetapi saya tak sabar untuk
melihatnya..” kata Alisya dengan wajah yang serius
“ terima kasih, Neal.” sinis bunyinya.
Alisya lepaskan tangan Neal yang dipegangnya .Dia meninggalkan Neal. Langkahnya langsung tiada rasa takut seperti awal-awal tadi. Yang ada cuma senyuman yang panjang di wajah dan tawanya berkumandang halus. Alisya mencampak kamera yang dipegangnya ke bawah jambatan perasan Neal yang sedang memerhatikannya. Tanpa menoleh Alisya berjalan sendirian hingga ke penghujung jambatan, kemudian,Neal mengikutnya.