“ Eh, takpe ke ni?.” kata Alisa gelisah sambil meninjau-ninjau sekeliling takut-takut ada yang melihat. Kenny mengaduh sedikit terganggu, sudah 5 kali si Alisa ni cakap benda yang sama dari tadi.
“ Macam mana kalau ada orang
datang?Macam mana kalau kita kena tangkap?”
“ Haish...kau nidari tadi bising
jer.. Sapa yang beriya nak ikut tadi? .” rungut Kenny.
Dia sedang cuba membuka
pintu bilik guru yang terkunci dengan kad kreditnya. Kalau ikut apa yang
ditontonnya, macam senang nak pecah masuk.
“ Aku nak ikut sebab kau kata ada
yang tak kena dengan Alisya dan Neal. Kalau melibatkan Neal, aku...”
“ Lis,..sebagai kawan, aku
nasihatkan kau tak patut berharap lagi padanya..”potong Kenny.
“ Silap, apa yang aku buat ini bukan sebab itu..Sejak aku berpisah dengan Neal, Neal menjauhi aku. Itu
aku faham, dia ingin beri masa untuk hatiku yang terluka terubat. Tapi kau?
Apsal kau pun sama?! Bukankah kita sudah berkawan sejak dari sekolah lagi? Jadi
apa salahnya aku tolong kau dengan permasalahan kau tak kiralah masalah itu melibatkan Neal atau sesiapa pun!”
"Ish.. bak sini aku cuba!”
Alisa
menolak Kenny ke tepi. Dia mengeluarkan bobby pin dari celah rambutnya dan dengan
gaya seolah pencuri profesional, dia pula cuba membuka pintu.
“ Cukuplah aku kehilangan Neal,
aku taknak kehilangan kawan seperti kau juga. .. “
Kenny tidak terkata-kata
namun wajahnya terlukis ketenangan saat mendengar luahan hati Alisa. Dia kini
tahu dirinya bukan sendirian. Click. Pintu terbuka. Hampir ternganga Kenny tidak percaya dengan sekejap sahaja Alisa dapat membukanya. Alisa
melonjak gembira tetapi cepat-cepat menarik Kenny masuk ke dalam bilik , berwaspada
bimbang sekiranya mereka ditangkap cuba menceroboh.
“ camne..?”
“ Beginners luck.. “
“ Cess..”
Alisa sengih bila Kenny meluahkan rasa jeles itu. Kemudian, tidak membuang masa, Kenny dengan hati-hati menyelongkar rak besi yang menyimpan dokumen
peribadi pelajar sekolah rendah ini.
“Just for my curiosity, apa maksud kau ada yang
tak kena sampaikan kau kembali ke kampung Neal ni semata-mata untuk menceroboh sekolah rendah ni? “ tanya Alisa memerhati Kenny yang seperti pencuri tu.
“ Aku teringat yang Boy pernah beritahu tentang sekolah rendahnya.”
“ Jadi?’
“ Hanya ada sebuah sekolah rendah
di kampung ini. Jadi, aku rasa semua budak kampung ini pernah bersekolah di
sini...’
" Em.. masih tak berapa faham, kenapa yer?
“ Pastinya Alisya dan Arsya
juga kan?”
“Jadi, apa yang kau cari?”
Soalan
Alisa itu berat hati Kenny hendak jawab. Sebab apa yang dirasanya tak lain dari
sebuah tanggapan, masih tidak pasti .Tetapi apa yang berlaku tempoh hari sebaik dia keluar dari
rumah Neal, membuatkan dia yakin pada keraguannya. Serta-merta flashback itu kembali di
kotak fikirannya..
Sebabkan itu dia kembali ke sini, cuba mencungkil lagi kisah Alisya dan Neal, walaupun dia tahu dia tidak sepatutnya terlibat. Namun bila tiada sesiapa ingin berbincang pasalnya-Pak Mail, Mek Jah malah Boy yang sering berdalih bila diajukan soalan tentang Arsya, dia rasa lebih pelik. Siapa Arsya? Tiada gambar di rumahnya dahulu.. malah tiada bukti kewujudan Arsya selain cerita yang didengarnya. Dan kenapa Alisya berperangai lain dari yang pernah dikenalinya?
“ Bila aku katakan ada yang tak kena. Aku maksudkan kau juga.”
Neal senyum mengerti.
“ Jangan risau, aku masih Neal .”
Jawapan Neal agak pelik tapi Kenny tidak mahu fikir banyak. Dia taknak melayan perasaannya yang tidak berasas ini. Kenny keluar dari rumah Neal, menaiki lif yang terbuka. Sebaik sahaja lif sampai ke tingkat bawah, Kenny berjalan ke tempat parking kereta. Terkejut dia bila melihat terdapat banyak serpihan kaca di laluan ke tempat keretanya, betul-betul di sebelah keretanya. Peliknya selalu dia parking di sini betul-betul di bawah apartment Neal, tidak pernah mengalami seperti ini. Secara reflex dia memandang ke atas, dan melihat di tingkat atas, di bilik Neal, Alisya sedang memandangnya sinis. Senyuman Alisya mengembalikan keraguan di hatinya.
“ Kenny?”
tepukan di bahu kirinya mengejutkan
lamunannya. Kenny memandang Alisa.
“ Huh..sorry..tolong aku cari fail boleh?”
“ Fail apa?” tanya Alisa tanpa lengah menuju ke sebuah lagi
rak besi yang menempatkan fail peribadi pelajar sekolah.
“ Fail Arsya..”
“Apa kamu berdua buat di sini?!”
Teguran itu mengejutkan mereka berdua seraya
mereka berdua menoleh pada tuan empunya suara. Seorang lelaki berumur akhir
60-an berdiri di depan pintu. Dia memakai kemeja kemas, sedikit bongkok dengan
tongkat di tangan yang digunakan untuk berjalan.
"Kenapa kamu berdua berada di
sini?” ulangnya dengan suara yang tegas.
Alisa, dia berganjak mendekati Kenny,memegang lengan
Kenny cuba berlindung.
“ Kami...”
Kenny tidak pasti alasan apa yang dia ingin
berikan. Dia terfikir untuk merempuh lelaki tua itu dan melarikan diri tapi
merasakan itu bukan langkah bijak.
“ Kami pelajar lama di sekolah ini..... cikgu..!”
Lelaki tua itu berkerut.
“ Cikgu buat apa kat sini? Lama tak jumpa! Bukanke cikgu dah
bersara 7 tahun lepas?”
“ Cikgu singgah sekejap untuk lihat perubahan sekolah ini. “
Kenny bernafas lega. Tak sia-sia dia mendengar cerita Boy dan kenangan dulu-dulu itu selama ini. Sebaik dia melihat tongkat di tangan lelaki ini,dia teringat Boy
pernah bercerita tentang dirinya dipukul dengan guru displin yang bertongkat.
Boy banyak cerita tentang guru displin ini.. ulang-ulang dan terperinci hinggakan Kenny
dapat menggambarkan secara visual rupa guru displin yang Boy hormat ini walaupun tidak pernah berkenalan.
“ Ayah!” seorang wanita pertengahan umur 40 an menghampiri
guru displin ini.
“ Ha, Ayu! Kau kenal mereka berdua ni? Ayah dah tak ingat
dah. Kau kan pernah jadi cikgu di sini dulu?” wanita yang dipanggil Ayu itu
memandang mereka. Kenny cuak. Kalau cikgu muda ini mungkin pembohongan mereka
akan diketahui?
“Huh? Mana? Siapa yer?’
“Dulu saya sekelas dengan Boy...cikgu ingat tak?”
Alisa dari tadi hanya diam
berdoa yang pembohongan ini tidak terbongkar.
‘ Saya Khairul ini kawan saya. Lis.”
“emm.. tak ada pelajar macam kamu semasa saya mengajar di sini. Pelajar yang
kacukan macam kamu tak mungkinlah saya lupa. Yang ada dulu, dua pelajar
perempuan.. “
“ Alisya Arsya kah?” sampuk Kenny.
“ Em, ya!camne kamu tahu?”
”Sebab saya pelajar sinilah cikgu..cikgu tak ingat kot..
dulu saya gemuk-gemuk.. tak hensem camnie.. pas tu saya gelap sebab suka berjemur
sedikit cam budak iban, mungkin cikgu confused kot, lagipun saya sekolah 6 bulan je waktu tu sebelum berpindah ke KL“ Kenny terus menerus mereka cerita, berdoa yang cikgu termakan
cerita ini. Dia tidak berniat jahat sebenarnya tapi keadaan memaksanya.
“ Mungkin ler kot..”
Fuhh... Kenny rasa lega.
“ Apa yang kamu buat kat sini?”
“ Sama cam cikgulah!
Imbas memori lama.. bilik ni sebenarnya tak berkunci pun tadi, saje kami jenguk
masuk jap.. tengok-tengok.”
Sekali lagi lancar jer Kenny berdalih, walaupun hakikatnya jantungnya
rasa nak tercabut dek pembohongan ini. Khuatir ia akan terbongkar dan mengharap
tiada lagi soalan yang diajukan.Dia sudah tak mampu nak reka cerita lagi..Syukur, ia tidak terbongkar bila akhirnya mereka berempat keluar dari bilik
guru.
Dan sepanjang perjalanan mereka berborak-borak sempoi. Kenny rasa sangat
bertuah sebab dia jenis yang mesra dan mudah bergaul dan petah bercakap dengan
sesiapa pun yang baru dikenalinya. Kiranya, eq tinggi, Tak sia-sia gelaran playboy yang dipegang nya dari sekolah
menengah.
“ Cikgu kalau saya tanya sesuatu boleh ke?” tanya Kenny
mesra setelah mengetahui serba sedikit tentang dua bekas guru ini.
Cikgu Ayu
adalah guru muzik di sini untuk setahun sebelum ditukarkan ke Sarawak, jadi
disebabkan itulah pembohongan Kenny tidak terbongkar. Cikgu Ayu tidak kenal sangat
pelajar di sini manakala ayahnya –cikgu Talib adalah guru disiplin. Lagi sekali
Kenny bertuah kerana disebabkan factor umur, cikgu Talib juga hanya samar-samar
ingat tentang pelajar di sini.
“ Cikgu, saya tak sure kalau cikgu ingat. Tapi, cikgu ingat
tak Arsya atau Alisya, bekas pelajar sekolah ini dulu? Dia tak sekelas dengan saya.. muda dua tahun dari saya..”
“ Hmm... “ cikgu Ayu termenung cuba mengingat.
“ Huh? Siapa? Siapa?” tanya cikgu Talib terkejut bila
anaknya berteriak begitu.
“ Oh ayah ni.. .. Alisya tu kan dulu selalu tolong ayah
angkat buku ke bilik guru? ”
Melihat ayahnya masih blur-blur, cikgu Ayu beralih
pada Kenny.
“ Cikgu tak berapa kenal mereka sebab cikgu pun hanya setahun
sahaja mengajar di sini ,tapi apa
yang cikgu ingat, Alisya seorang budak yang baik,sopan santun dan dia menghormati
kami semua. Dia juga sangat comel. “
Kenny senyum mendengar part comel tu. Patutlah Neal cinta
mati dari kecil dulu. betullah Alisya sangat comel seperti yang di dengarnya. Perbualan
mereka seterusnya tiada kaitan dengan Alisya, Arsya ataupun Neal. Tiada apa-apa
yang Kenny dapat maklumat atau harapkan dari cikgu Ayu ataupun cikgu Talib. Mereka
berempat berjalan sampai ke kereta waja biru tua milik cikgu Ayu.
Kenny membisik pada Alisa yang mereka akan kembali ke bilik
guru tadi sebaik sahaja dua bekas guru ini beredar. Cadangannya dibalas dengan
renungan yang cenging oleh Alisa tidak bersetuju. Kenny sengih macam kera sumbang.
‘ Ayu, yang diorang cakap pasal budak nama si Ali. alis."
" Alisya.." jawab cikgu Ayu..
"Ha itulah!..
bukankah mereka yang suka menyamar satu sama lain tu bukan?”
Cikgu Ayu yang sedang
membantu ayahnya masuk ke dalam kereta mengangguk.
“ Ye.. aah, merekalah tu..”
“ Apa maksud cikgu menyamar?”
Kenny yang terdengar memandang cikgu Ayu meminta
penjelasan.
“ Oh.. it’s like a trick. Arsya, dia selalu senyap-senyap menyamar
jadi adiknya kemudian dia..”
Cikgu Ayu berhenti seketika seolah-olah berfikir..
kemudian dia menyambung katanya
“ bad things just happened.. “
“ bad things?” tanya Alisa tertarik bila Cikgu Ayu
kelihatan seperti menyembunyikan sesuatu.
“ People hurt..”
Suasana jadi sunyi dan kekok seketika. Alisa ingin bertanya
lebih lanjut tapi melihat cikgu Ayu lebih serius dari sebelum ini, begitu juga
Kenny, Alisa kunci soalannya dalam fikirannya.
“ It’s creepy.. Arsya dia betul-betul seperti adiknya bila
dia buat begitu.. tiada beza langsung! Tambahan pula mereka adalah kembar
seiras, lagilah tiada ruang untuk kita mengetahui siapa Alisya sebenarnya, dan
bila kita sedar.. “ sekali lagi cikgu Ayu teragak-agak..Dia diam lagi.
“ Like i said, bad things just happened.”
Cikgu Ayu menuju ke tempat duduk pemandu, ingin beredar.
“ Tapi kalau tak silap saya, ada seorang yang sentiasa dapat
membezakan siapa Alisya dan siapa Arsya..Walau sebanyak mana Arsya cuba menjadi Alisya, membohonginya, dia tidak pernah tertipu..
dan disebabkan itu Arsya sangat benci padanya..”
“ Siapa?”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“ Dammit ! Dammit you Neal!” rungut Kenny menjerit-jerit
dalam hati. Sambil minyak ditekan laju,dia memandu laju keretanya menuju ke
kuala lumpur. Alisa memegang tali pinggang kaledar erat-erat berdoa mereka
sampai dengan selamat dan kemarahan Kenny reda..