Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 6 Ogos 2014

Berikan kujawapan 87




“ Tak mungkin bukan?”

Fikir Alisa sebaik sahaja keluar dari shower. Dia mengelap badannya dan mengeringkan rambutnya, namun fikirannya masih jauh memikirkan hal itu. Sebolehnya dia tidak mahu berfikir seperti ini, tapi kata-kata Alisya padanya membuatkan dirinya mensyaki Alisya,lebih-lebih lagi bila ia betul-betul berlaku sebelum Kenny ditimpa kemalangan.

“ Aku akan berjumpa Kenny nanti, But do you know?he should take care of himself than take care of other people business... who knows, what else can happen to him...maybe... bad thing will happen to him...”

Kata-kata Alisya saat mereka tidak sengaja bertembung seolah-olah berbaur amaran.  Perasaannya tidak  senang dengan kata-kata itu, lalu  Alisa senyap-senyap mengekori Alisya.  Dan apa yang disaksinya membuatkan dia rasa ada yang tidak kena dengan Alisya.

Alisa turun ke tingkat bawah yang sunyi. Sudah 3 hari, ibu dan ayahnya bercuti ke luar Negara, tinggalkan dirinya sendirian. Alisa sebenarnya tidak kisahpun, kerana dia pun banyak kerja di pejabat.  Kak Su, orang gajinya pula demam dan berehat di rumahnya. Rumah banglo tiga tingkat ini terasa begitu sunyi dengan ketiadaan mereka.

Alisa mencapai jag air yang hampir kosong di atas meja makan lalu dituang ke dalam gelas yang tersedia . Selalunya memang diletakkan di sini, senang dicapainya dan kebiasaannya Kak su yang sentiasa memastikan air  ini sentiasa penuh. 

Bayang-bayang sesusuk tubuh di luar buatkan Alisa terkejut. Siapa pula? Tukang kebun hanya akan datang lusa, seperti biasa. Alisa memerhatikan betul-betul dan rupa-rupanya, ia adalah bayang pokok yang seolah-olah berbentuk kelibat orang. Alisa tersenyum sendirian memikirkan dirinya  yang begitu mudah tertipu. Minuman di tangan diteguknya, menghilangkan rasa resah yang tidak kena tempat. Sebaik sahaja tekaknya basah dengan air, Alisa masuk ke dapur untuk mengisi jag air yang kini sudah kosong.  Dia kembali mengingati apa yang dilihatnya saat dia mengekori Alisya.

Di pertengahan jalan; ketika dia mengekori Alisya, dia kehilangan jejak Alisya, namun terserempak kembali  bila dia terlihat kereta Kenny park di kawasan tempat letak kereta. Dia amat kenal kereta itu  kerana sudah beberapa kali dia menumpang Kenny dahulu. Dan dari situ, Alisya kelihatan beredar dari kereta Kenny dengan wajah yang tersenyum, seperti berniat jahat.

Apabila dia mengekori nya lagi, kali ini lebih hati-hati kerana khuatir akan kehilangan Alisya lagi,   dia akhirnya sampai di tempat pertemuan Alisya dan Kenny- di bawah jambatan yanng sunyi.  Dia tidak tahu apa yang mereka bincangkan kerana kedudukannya yang agak jauh dan terselindung, tetapi bila dia lihat Kenny bergegas meninggalkan tempat itu, dia rasa tidak sedap hati.

Dan perasaannya itu tepat apabila tidak lama kemudian kedengaran bunyi seretan tayar kereta yang kuat diikuti dentuman seolah-olah sebuah dinding sedang roboh. Jeritan dan teriakan bergema dan dia melihat kereta Kenny terbabas merempuh himpunan kereta. Saat melihat Kenny yang tidak sedar diri berlumuran darah, jantungnya terasa seperti hendak tercabut. Dia tidak faham, kenapa? bagaimana?Tidak berfikir, dia meluru ke arah Kenny sebelum dihalang seorang lelaki dan dianjak ke tepi.

Dalam keadaan terpinga-pinga masih tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku, Alisa kaku memerhatikan beberapa pemuda  cuba mengeluarkan Kenny yang tersekat di tempat duduk pemandu. Macam-macam difikirnya di benak fikirannya saat itu.. teruk ke Kenny? Hidup lagi tidak Kenny, kenapa dia tidak bergerak? Sesiapa tolong bawa dia ke hospital. Tolong... kenapa semua ini boleh terjadi? Kenapa? Ya allah...

Air matanya bergenang memikirkan yang dia mungkin kehilangan Kenny, dan di celah orang ramai, dia terlihat Alisya. Mata mereka bertemu, dan dia dapat rasakan Alisya sedang memerhatikannya sejak tadi.. seolah-olah sudah menantikan perkara ini, dan dirinya rasa seram sejuk saat melihat Alisya perlahan-lahan meletakkan jari telunjuknya di bibirnya yang sedang tersenyum, seolah-oleh memberitahu dirinya agar tidak membocorkan rahsia ini.

Alisya beredar dan Alisa tahu semua ini berkaitan dengan Alisya!.. Walaupun Alisa tiada bukti, tetapi nalurinya kuat mengatakan Alisya punca semua ini.. tetapi sebab apa? itu dia tidak tahu.. kerana itu dia berharap yang Kenny akan sedar dari koma  secepat mungkin.. dan memberitahu kebenarannya. Kerana jika betul Alisya yang membuat semua ini, mereka perlu menjauhkan Neal darinya dan melaporkan polis tentang ini. 

Sebaik sahaja air di dalam jag penuh, Alisa membuka almari dapur, mencari-cari kalau ada makanan segera untuk dia isi perut. Bungkusan roti kelihatan terletak kemas dan saat itulah tiba-tiba dia merasakan kepalanya berat. Dia terjatuh tanpa sempat mencapai bungkusan rotinya.Pandangannya gelap gelita, dan saat dia separa sedar, dilihatnya sesesorang berada di dapur gas rumahnya. Bau gas begitu kuat seolah-olah seluruh rumahnya dipenuhi gas bocor. Dia ingin bangun tetapi seluruh anggota badannya rasa tidak bermaya, malah pandangannya juga tidak jelas.. seseorang memberikan dia sesuatu..tetapi dia tidak makan apa-apa sebelum pulang tadi.. atau adakah air yang diminumnya tadi?

Alisa perhatikan susuk tubuh yang seolah-olah pernah dilihatnya.  Seutas rantai silver berbentuk nota music kelihatan berjurai keluar dari kocek seluarnya. Itu yang dilihatnya sebelum sekali lagi pandangannya gelap. Alisa lemas dalam udara bergas ini..



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'