Walaupun di waktu melawat, suasana di hospital sama seperti biasa-sentiasa sibuk. Di wad-wad yang menempatkan pesakit, ramai saudara mara mulai memenuhi ruang. Di ruang istirehat yang menempatkan hanya sebuah televisyen pula terdapat dua orang budak lelaki sedang menonton Dora the explorer di tv9 sementara ayahnya sedang leka membaca suratkhabar. Sesekali si ayah menjenguk bimbang kalau budak-budak yang masih berada di sekolah tadika itu berkeliaran bermain di tempat lain. Di kaunter jururawat , dua orang jururawat muda sedang asyik dengan telefon mereka. Laman facebook terpapar di skrin masing-masing dan sesekali kedengaran gelak ketawa mereka bergurau senda. Kesemua mereka sedang asyik dengan hal masing-masing, langsung tidak peduli akan sesiapa yang keluar masuk dari wad ini.
Di bilik wad 23A, Kenny sedang bersendirian terbaring di katil dengan
bantuan pernafasan yang terletak kemas di hidungnya. Kecederaan yang dialaminya
teruk, tulang rusuk dan kakinya patah, terdapat pendarahan di otaknya,
namun selepas pembedahan , kesemua itu
tidak membawa kepada maut. Ianya satu keajaiban dan doktor mengatakan yang
progress Kenny dari hari ke hari semakin positif.
Monitor degupan jantung Kenny beritma tenang
seolah-olah dia sedang tidur. Walaupun dia masih tidak sedar, tetapi doktor
menjangkakan dalam dua tiga hari lagi, Kenny tidak akan lagi bergantung pada
bantuan pernafasan dan dia berkemungkinan akan sedar. Satu berita baik. Di
sisinya, seseorang sedang diam memerhatikannya. Dia mengusap pipi Kenny dan perlahan-lahan alat bantuan pernafasan Kenny ditanggalkannya.
“Selamat tinggal, Kenny. ” katanya sambil bebola hitam matanya galak merenung Kenny yang sedang tercungap-cungap kekurangan nafas. Bibirnya tersenyum gembira melihat penderitaan itu, menanti mesin degupan jantung Kenny berbunyi beep yang panjang..
“
Cukuplah...”
Alat
pernafasan di tangannya di ambil dari pegangannya, lalu dikembalikan kepada
Kenny. Nafas Kenny kembali tenang.
Dari tadi Arsya pasti hanya dia seorang sahaja di sini! Jadi, siapa?! Siapa yang memerhatikannya??Apabila melihat insan itu adalah Neal, Arsya tidak tahu kenapa dirinya cuba
melarikan diri dari Neal .Sepatutnya detik inilah yang dia nanti-nantikan selama ini! Tetapi hatinya terasa sakit, dia tidak mahu bertentang mata dengan Neal; melihat wajah hampa Neal yang kini sudah mengenali dirinya yang sebenar. Yang dia keji seperti ini, dirinya yang sebenar-benarnya. Yang dia bukannya Alisya. Dan Neal kini mengetahuinya..
Neal menghalangnya. Tangan Arsya dipegangnya kemas
Neal menghalangnya. Tangan Arsya dipegangnya kemas
“ Sejak bila? “tanya Arsya.
Tiada jawapan dari Neal. Namun, melihat wajah Neal
yang tidak terkejut dan renungannya yang sayu, Arsya mengerti yang Neal sudah
mengetahui hal ini sejak awal lagi.
Neal sengaja membenarkan dirinya masuk dalam ‘game’ Arsya, dia berpura-pura selama ini.. Ini menjelaskan kenapa Neal langsung tidak marah ataupun mencurigainya walaupun terang-terang dia cuba mencederakan Neal, mempermainkannya. Neal sudah tahu dia adalah Arsya dan disebabkan itu lah diam-diam Neal memerhatikan tindakannya, mengekorinya dan menghalang semua cubaannya.
Game kali ini, rupanya dirinya sendiri yang terkena. Tapi kenapa Neal selama ini membisu dan menyembunyikan kebenaran ini? Apa yang dia dapat dari semua ini?
Arsya merentap tangannya dari pegangan Neal, lalu keluar dengan berang. Kali ini, Neal tidak menghalangnya..
Neal sengaja membenarkan dirinya masuk dalam ‘game’ Arsya, dia berpura-pura selama ini.. Ini menjelaskan kenapa Neal langsung tidak marah ataupun mencurigainya walaupun terang-terang dia cuba mencederakan Neal, mempermainkannya. Neal sudah tahu dia adalah Arsya dan disebabkan itu lah diam-diam Neal memerhatikan tindakannya, mengekorinya dan menghalang semua cubaannya.
Game kali ini, rupanya dirinya sendiri yang terkena. Tapi kenapa Neal selama ini membisu dan menyembunyikan kebenaran ini? Apa yang dia dapat dari semua ini?
Arsya merentap tangannya dari pegangan Neal, lalu keluar dengan berang. Kali ini, Neal tidak menghalangnya..
XOXOXOXOXO
“
Kenny, maafkan aku. Aku begitu mementingkan diri sendiri.. “
Wajah Kenny tenang dalam lena. Hanya bunyi
mesin jantungnya berbunyi perlahan, membalas kata-kata Neal.
“
Kau dan Alisa.. cedera di sebabkan aku. “ luah Neal yang duduk di sisi Kenny.
“
Aku tahu.. dari sejak hari pertama dia muncul, aku tahu semuanya tidak kena.
Semuanya tidak sama. Namun, disebabkan
kedegilan aku, kerana kepentingan diriku, aku sembunyikan kebenarannya dari
kau.. aku teruk. Seorang sahabat yang teruk. Aku yakin jika kau sedar nanti,
dua tiga das tumbukan juga akan hinggap kat muka aku kan? ” Neal
senyum sendirian mengenangkan bagaimana reaksi Kenny nanti.
“
Kenny... aku harap kau mengerti kenapa bila kau sedar, aku tiada di sisi kau.. Aku
tahu kau kan dapat kebenarannya dan jawapannya..”
Neal
bangun dari tempat duduknya.
“
Aku akan memperbetulkan segalanya.. bagaimana ia bermula, ia juga akan berakhir
seperti yang sepatutnya....” Neal melangkah ke pintu keluar, namun teragak-agak
untuk keluar. Dia menoleh pada Kenny.
"Seumur hidup aku, kau adalah teman terbaik aku
, itu kenyataannya.... terima kasih kerana menjadi sahabatku selama ini, terima
kasih kerana berada di sisiku selama ini.... “
"Tapi kau tau tak cerita teman kau itu masih belum tamat..."
Lain kali, kau ceritakan penamatnya nanti
“
Bagaimana penamatan cerita aku ini, Kenny?”
Neal
keluar. Waktu melawat sudah berakhir.