Bunga-bunga jatuh berguguran, senyap-senyap memenuhi hamparan rumput dengan kelopak merahnya dan dedaun kering, seolah-olah sebuah taman dalam mimpi.Neal mengatur langkah dengan tenang sambil menikmati kecantikan hutan yang sudah sekian lama tidak diterokainya. Langit yang membiru, burung-burung yang berkicauan, keindahan ciptaan allah ini dinikmatinya dengan penuh rasa syukur. Dia terus berjalan melepasi taman rahsianya.. menuju ke sebuah tempat lagi yang lebih jauh ke perut hutan ini. Tidak ingat berapa lama dia berjalan, akhirnya sampai jua dia ke tempat itu. Deria dengarnya menangkap bunyi deruan air terjun yang jelas dan semakin kuat.. Dia senyum, dahulu di sinilah dia sering meluangkan masa sambil memerhatikan air terjun dan pemandangan dari puncak bukit kecil di sini.
Di sini jugalah menjadi saksi dia melepaskan kesedihan
dan kesunyiannya.. Tempat dia menyembunyikan diri dari semua masalahnya.. Alisya
juga buat begitu.. di sini.. Jika dia tidak silap, dia akan dapat.. Neal berhenti . Sesusuk tubuh yang dikenalinya
sedang duduk memeluk lutut di tebing ini, sayu memerhatikan air terjun. Ya, dia tidak silap...Neal mendekatinya,
namun belum sempat dia betul betul menghampirinya, insan itu tersentak lalu
memandangnya. Langkah Neal mati.
“
Kau?! Kenapa kau di sini?” tanya Arsya, terkejut...
“
Saya mencari awak..”
Neal duduk sedikit jauh dari Arsya, namun cukup dekat untuk mereka berbicara. Dia tidak mahu Arsya melarikan diri darinya.
Neal duduk sedikit jauh dari Arsya, namun cukup dekat untuk mereka berbicara. Dia tidak mahu Arsya melarikan diri darinya.
“
Bagaimana kau tahu aku di sini?”
“
Kita selalu ke sini bila ingin menyembunyikan diri dari semua orang..”
‘
Huh, ‘kita’. .. Kau tahukan aku bukan Alisya?..” soal Arsya meluat melihat ketenangan yang tergambar di wajah Neal. Arsya tidak puas hati selagi tidak melihat kekecewaan dan penderitaan dari Neal.
" Kau nak tahu apa yang berlaku pada Alisya? Dia
dah mati, mayat dia entah mana kesejukan di luar sana.. Aku yang bunuh dia
dengan tangan aku ini.” Arsya cuba membangkitkan kemarahan Neal.
“
Kau tahu dia menderita hingga akhir hayatnya.. langsung tidak dapat bertemu lelaki yang dia cintai;kau.. hahahaha!!... it was so.... fun...” nada suara itu begitu bangga.
Neal
masih diam, tiada reaksi, Cuma mendengar apa jua yang Arsya cakapkan.
“
Kau nak tahu bagaimana aku bunuhnya?”
“
Enough..” kata Neal namun Arsya tidak peduli..
“
Mula-mula, I caused her to bleed.. a lot.. kemudian i started the first ‘game’.. ingatkan
game yang aku pernah main dengan kau?..' tak boleh jerit walau apapun'. ingat kan?”
“
Bukan benda ini yang awak nak ceritakan sebenarnya, kan?” potong Neal.
Arsya merenung Neal tidak puas hati bila kata-katanya tidak dapat dihabiskan
Arsya merenung Neal tidak puas hati bila kata-katanya tidak dapat dihabiskan
"Awak, nak tanya satu soalan ini pada saya kan? Sebaik
sahaja awak lihat saya di sini.. ia terlintas di fikirannya awak, soalan ini.. kenapa.. kenapa saya berada di sini. ..."
“Ya! Kenapa?! Kenapa kau berada di sini? Kenapa
mencari aku?!” bentak Arsya marah bila Neal bercakap akan kebenaran itu.
“ Kerana saya mencintai awak..”
Arsya
ketawa besar. Lucu, kelakar.. tetapi Neal kelihatan serius.
“
Jadi kau tidak mencintai Alisya?”
“
Tidak, saya masih cintakan Alisya.. “
“
Jadi? Apa maksud kau.?”
Neal
diam memandang Arsya seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan.
“ Kadang-kadang memori mempermainkan kita.. apa yang kita fikirkan betul sebenarnya tidak dan apa yang palsu jadi sebaliknya.. kerana itu kita boleh terlupa siapa diri kita sebenar. Contohnya saya, bila memori tentang Alisya disekat..perasaan terkunci, saya menjadi orang lain, namun ia tidak pernah lenyap sepenuhnya..."
Arsya pelik, apa yang Neal cuba sampaikan?
“ Jika awak merasai getarannya dan merasakan diri
awak serba tidak kena, apabila perasaan awak tidak keruan kerana saya.. jadi itu bermaksud
yang awak akan kembali, seperti saya..
seperti Neal yang kembali pada Alisya. "
"Apa yang awak rasakan bila awak melarikan diri dari saya? Mengapa awak berada di sini?.. ”
Alisya diam.. dia sendiri tidak faham mengapa dia berada di sini, tidak ingat bagaimana dia boleh berada di
sini. Tempat yang jauh ini... tempat yang menjadi rahsia Neal dan Alisya. Dia peroleh ketenangan di sini. Apa yang dia jelas, di hospital, bila kebenarannya tersingkap, dia rasa tidak senang, rungsing..
hatinya perit dan wajah Neal yang memandangnya dengan kecewa saat itu berulang-ulang di fikirannya.. dan dia rasa.. pedih..di hati.
“ Jadi setiap kali awak terlupa atau keliru... ingatlah perasaan yang awak rasai bila bersama saya, di sisi saya.. kerana sumpah, ia adalah benar”
“ Awak tahu kenapa saya mencintai awak..? " sambung Neal. Dia bangun mendekati Arsya.
"Kerana awak adalah Alisya, selama ini awak adalah Alisya...”
Jawapan itu tidak mengejutkan Arsya sebaliknya disambut dengan ketawa.
" You just like Ris..
menafikan kenyataan! buta disebabkan cinta! akhirnya memakan diri
sendiri.. hanya aku tahu siapa diri aku, dan aku boleh jadi sesiapa yang aku
mahukan.. “
Arsya bangkit lalu berdiri memandang Neal yang kini betul-betul di depannya.
“ Awak keliru.. Apa yang saya beritahu ini adalah sebuah kebenaran, jawapan untuk apa yang awak rasakan bila di sisi saya.. Awak adalah Alisya, awak tidak pernah menjadi Arsya." jelas Neal lagi tidak putus asa.
“ Hahah.. gila! Kau seperti Ris.. Jangan nak
menegakkan benang yang basah.. apa bukti kau yang mengatakan aku Alisya??.. Aku
bukan dia yang lemah, suci itu.. Aku bukan si bodoh yang kuat menangis,bodoh
mengorbankna diri untuk cintanya pada kau! aku Arsya yang terperangkap dalam
dunia seperti ini, yang dikurung di hospital sakit jiwa hanya kerana orang-orang seperti kau yang takut aku 'bebas' . Aku yang sentiasa diikat hingga berdarah
mereka tanpa mempedulikan perasaan dan kesakitan yang aku jua rasai.. “
“ Ini buktinya.. parut yang aku tidak akan
lupa di tubuh ini,, bukti kehidupan aku.. kebanggaan ku.. lihat.. lihat..!!”
Neal tidak berkata apa-apa, cuma sayu merenungnya.
Arsya memandang pergelangan tangannya. Bekas
parut hitam seinci tebalnya, kesan dari ikatan yang kuat yang mengopek kulitnya, yang membuatkan
dia berdarah dan terus berdarah setiap hari.. kesan yang terhasil dari ikatan
yang tidak pernah ditanggalkan mereka...ianya TIADA.
“ Kenapa? Kenapa ia tiada? Mana ia!!!???”
jerit Arsya menyedari tiada apa-apa di pergelangan tangannya kecuali parut
kecil yang terhasil dari ikatan ketiak dirinya dikurung Ris.
Arsya menyinsing lengan bajunya, mencari-cari
seperti gila.
“ Mana? Mana? !!!!” pekik Arsya seperti gila.
Matanya
terbeliak, wajahnya pucat.. dia terjelepuk.
“ Mana... parut itu...” kata Arsya perlahan...
Air matanya mengalir..semuanya kembali, semuanya.. kebenarannya.