Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 30 September 2014

Adora Cafe- My heart (Hatiku) 2





“Serious apa kena dah dengan aku ni...” rungut aku sambil berjalan menendang batu kecil di jalan raya. Aku sedang dalam perjalanan balik ke rumah selepas habis mengajar di kelas tusyen. Sepanjang cuti semester ni , sekali sekala aku mengambil upah mengajar  di kelas tusyen budak tingkatan 3, selain bekerja di kafe Adora. Kafe kepunyaan abang aku Zarif. Kafe yang  diinspirasi dari kafe di japan. Ia sebuah kafe yang menghidangkan dessert, iaitu kek, teh, coklat dan ice-cream dan diterajui oleh pekerja-pekerja yang mempunyai paras rupa. Famous betul cafe ni sejak kewujudannya. ,

Zarif balik dari Japan setelah 3 tahun belajar dalam bidang pengurusan,  Alih-alih balik ke kuala lumpur, terus nak buka kafe Adora ini, dan sebabkan umi sangat sayang kat anak lelaki tunggal harapan bangsa ni, Umi sponsorkan kafe ni.. Untunglah..

Tapi yang paling penting, aku tak faham kenapa aku asyik fikirkan je pasal hal semalam. Jejaka yang datang ke kafe tu... hampir gila aku teringatkan dia. Wajah dia, walaupun semalam dia tidak cakap apa-apa padaku, selain memberi order apa yang dia nak, wajahnya yang kacak itu menghantui aku. Bak kata Zarif, keangauan... inikah rasanya angau itu? Dah 21 tahun aku hidup, ini ke angau yang dimaksudkannya?

Jap, aku masih mandi basah, makan masih lalu, tidur agak lena , so takde ler angau mana bukan? Cuma degupan jantung aku je tak tentu arah hari tu, dan tangan aku rasa sejuk, pipi rasa hangat kemerahan, dan aku tak berani merenung matanya . Selain itu tiada masalah, Bukan  masalah..

‘ Yeaahh!” jerit aku membara dengan semangat, ala-ala budak junior ttaekwando,masa aku menjadi instructor di universiti. 

Sekumpulan burung merpati yang sedang berehat di tiang berterbangan melarikan diri, terkejut. Aku sengih.  Rasa senang hati, sambil mengalas beg sandang, aku mengatur langkah ke tempat aku selalu berehat dan mencari ilham.  Lokasinya adalah di puncak bukit belakang taman dekat-dekat sini. Di situ terdapat satu pohon rendang dan besar dan dari sana aku dapat melihat sebahagian bandar ini.
Kafe Adora dapat dilihat agak jelas dari situ memandangkan. Mungkin aku boleh tengok keadaan di sana samada abang aku masih mengamuk tentang hal semalam hehehe...

Sebaik sampai di sana, suasana yang nyaman dengan angin yang bertiup nyaman menyambut kehadiran aku. Tak sabar aku hendak lepak-lepak di bawah pokok sambil... langkah aku mati. Ces, ada orang lain pula berada di sana. Berpakaian serba hitam, dia berdiri  membelakangi aku, sambil merenung jauh ke Kafe Adora, tindakannya mengundang rasa ingin tahu aku, jadi aku menghampirinya.

“ Woi!” ya, teguran aku agak kasar, tapi itu memang caraku.

Dia menoleh dan secara sekilat pantas aku jua berpaling badan darinya.

Dammit! Lelaki hari tu!!  Jerit aku dalam hati. Kenapa? Kenapa dia ada kat sini pula?

Aku tak tahu nak buat apa selain rasa nak melarikan diri, tapi aku tahu ia akan buatkan aku nampak cam orang gila pula. Jadi aku rasa aku akan berjalan dengan tenang, dan sangat cool .. meninggalkan tempat ini.

Tapi belum sempat berbuat apa-apa,  bahu ku ditepuknya perlahan. Terkejut, bukan sebab dia tiba-tiba menepuk aku, tapi disebabkan sentuhannya membuatkan aku darah aku naik berderau dan hati ini berdebar-debar, dan seluruh anggota badanku rasa longlai. Aku menoleh dan lihat wajahnya sedang merenungku, begitu dekat, begitu hampir, dan mata bewarna coklat keperangan itu bertemu pandanganku.

Dup dap...

Sekali lagi aku dengar degupan jantung ini, rancak. 

 Badan ini terus kehilangan keseimbangan dan dalam keadaan itu,entah bagaimana aku dan dia terhantuk kepala, dan kami berdua jatuh dengan masing-masing terduduk sendiri.

“ Argghhhhhhh!!!” jerit aku sambil mengosok dahi yang bergema sakitnya. 

Jeritan aku yang ala singa betina mengaum itu mengejutkan dia . Aku juga. Sebab untuk kali pertamanya, aku sedari yang aku ni kasar gila. Aku  gigit bibir bawah, rasa malu. Oh my, aku rasa sangat self conscious. 

Dia juga sedang menggosok gosok dahinya yang sakit.  Disebabkan kulitnya yang putih bak Izzue Islam tu, dahinya jelas kelihatan merahnya.  Aku tertanya-tanya bagaimana seorang lelaki boleh seputih salju ini? Bibirnya jua merah semerah darah. Jika snow white adalah lelaki, dia adalah snow itu.. fikirku.

Aku merenungnya. Dia dalam keadaan sakit, terkejut dan jeritan aku menakutkannya.  Dia tidak perlu bercakap apa-apa sebab reaksi wajahnya sudah menceritakan semuanya. Lagipun ini bukan salahnya, kenapa pula perlu aku marah dan mengamuk bukan?

“ Maafkan saya , awak tak apa-apa ke?”
Itu yang patut aku ucapkan padanya, tapi yang keluar dari mulut ..’

Bodoh ke?!!” jerit ku mengamuk.

Oh my...(=_=;;)






' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'