Sambil menutup muka dengan bantal aku jerit sekuat hati. Kemudian
aku guling-guling tidak puas hati di atas katil. Kemudian aku ulang balik
jeritan dan diikuti guling-gulingan. Beberapa kali, hinggakan Zarif yang diam-diam
memerhati dari celah pintu, geleng-geleng kepala.
“ Apa yang kau tengokkan tu?” tegur Puan Salimah melihat anak
bujangnya mengintai . Dari dapur dia
dapat lihat Zarif tertinjau-tinjau.
“ Takde,, adik cam peliklah umi..” jawab Zarif, berjalan ke arah
ibunya. Dia perhatikan ibunya memotong buah-buahan untuk kudapan petang-petang
begini.
“ Pelik camne?Apa yang pelik?”
“Dia macam... camne nak cakap yer..dia cam berperangai girly?”
“Girly?” Puan salimah angkat kening sebelah, menunjukkan dia jua
tidak percaya.
Perbualan mereka berhenti takat itu bila aku keluar dari bilik
secara tiba-tiba. Mereka berdua selalu jer senyap-senyap cakap pasal aku,
terutama zarif, sibuk sangat .. huh, tapi tu tak penting. Sebab aku sendiri tak
tahu kenapa aku takde mood , masih terfikirkan pertemuan dengan lelaki itu dan
perbuatan aku padanya.. huhuu.hu... kenapa lah benda tu bukan mimpi? Kenapa?
!!! Pertemuan yang memalukan, haishhh...
“ Rina nak makan? ” tanya Puan salimah pada anak daranya sorang
ni.
Pinggan berisi buah-buahan dihulur
pada Rina. Dalam keluarga ini, hanya umi sahaja memanggil aku dengan nama Rina,
sedangkan aku lebih selesa dipanggil Sef.
Dan sangat marah bila dipanggil Serafina, yer Zarif suka panggil aku
nama penuh... cis, dia suka menyakat aku.
“ Entah, dah dua hari duduk terperuk jer dalam bilik tu.. makan
tak, keluar tak.. “ tambah Zarif sambil menyumbat buah betik ke mulut.
Aku memandang pinggan dan buah-buahan itu. Betik, epal, tembikai,
buah naga.. semuanya kegemaran ku.. tapi aku tidak rasa lapar. Asyik-asyik
teringatkan lelaki itu.. d
Hari itu, dia tidak membalas pun bila aku memarahinya tempoh hari, malah dia hanya diam mendengar dan memandangku . Bila diingat balik, wajahnya begitu innocent bila memandangku, terkebil-kebil, mesti dia terkejut tengok aku yang ganas ni..mungkinkah dia akan ingat aku bila-bila? Sebagai tomboy kasar kurang ajar yang dia pernah terserempak, mungkin aku ni mimpi ngeri dia, dan dia pasti elakkan diri kalau berjumpa aku di mana-mana..
Hari itu, dia tidak membalas pun bila aku memarahinya tempoh hari, malah dia hanya diam mendengar dan memandangku . Bila diingat balik, wajahnya begitu innocent bila memandangku, terkebil-kebil, mesti dia terkejut tengok aku yang ganas ni..mungkinkah dia akan ingat aku bila-bila? Sebagai tomboy kasar kurang ajar yang dia pernah terserempak, mungkin aku ni mimpi ngeri dia, dan dia pasti elakkan diri kalau berjumpa aku di mana-mana..
Fikirkan itu aku rasa sangat down. Adakah ni bermaksud aku takkan
dapat jumpa dia lagi? Eh.. kenapa lak aku nak jumpa dia lagi? Aku down sebab
apa sebenarnya? Tak dapat jumpa dia lagi ke? Atau sebab pertemuan yang
teruk itu ke? Kenapa mesti aku risau pasal semua ni.. aku nak jumpa dia lagi
ke? Kenapa ?
“ Haish.. pening-pening!” rungut aku sambil garu kepala. Zarif dan
Puan salimah terkejut lihat aku serabut.
“ Kenapa?” tanya Puan Salimah
“ Takde apa-apa..”
“ tak nak makan?’
Aku mengeluh.
“ Takde selera.”
Jawapan aku buatkan Zarif dan Puan Salimah berpandang sesama
sendiri.
Aku mengeluh. Tak lalu makan, tak tidur lena, malah mandi aku pun
rasa tak basah-basah.. ini sudah teruk, aku dah betul-betul angau. Aku terus
bangun dari duduk .
“ Tak boleh jadi ni! Nak kene keluar!” sebaik sahaja aku cakap
begitu aku terus keluar.
Puan salimah memandang Zarif ..
“ Kan dah cakap.. GIRLY..” kata Zarif.
Di luar aku berjalan sambil berfikir.
Arah destinasi belum ditentukan melainkan aku Cuma ingin berjalan, menenangkan
fikiran, Berfikir secara logic dan waras, tanpa
mainan perasaan.
“ Dia siapa! Huh!? Nobody, kenapa aku
nak fikir pasal dia.. aa!! Get lost! Kuar dari minda ni..!” kata aku sedikit
lantang. Lagipun siapa yang nak dengar , hanya aku sendiri di sini.
Pintu pagar di sebuah rumah banglo
yang terletak hanya beberapa langkah dari rumah aku, tiba-tiba terbuka.
Ngam-ngam aku betul-betul di depannya, kalau aku tak perasan mesti kepala aku
dihentak besi pagar ni. Aku berdiri diam perhatikan siapa yang keluar dari
rumah ni, apa tak nampak ke aku nak lalu?dan bila masa ada orang tinggal kat
banglo ni, rasanya penghuninya dah berhijrah ke Hongkong 5 bulan lepas, jadi
siapa tinggal sini sekarang?
Seorang lelaki lengkap bertshirt putih
, berjaket biru keluar dari pintu pagar. Dia memandangku.
“ Owh?awak..” katanya seolah-olah
mengenali ku.
Aku telan air liur. Dia,.. dia..
lelaki yang mengganggu fikiranku selama ni.. dia??!!