" Apa benda bodoh yang aku buat ni!"
Fikir Zarif dari tadi. Bunyi
air yang mengalir dari kepala paip yang dibiarnya sejak tadi; memenuhi ruang
bilik air. Deras terusan air mengalir masuk ke dalam lubang sinki. Zarif
merenung wajahnya di dalam cermin. Imej gadis malam tadi memenuhi otak
fikirannya. Dia tak tahu pertemuan mereka ini dirancang atau takdir, yang pasti
tindakannya malam tadi , bukanlah dirinya yang sebenar.
Zarif membasahkan wajahnya, menutup
air yang mengalir , mengelap mukanya yang bersih itu dengan tuala. Sekali lagi
merenung wajahnya di cermin, memikirkan sebab yang dia kenapalah tergerak untuk
membawa pulang gadis itu ke rumahnya. Mungkinkah disebabkan gadis itu
menghampirinya lalu jatuh rebah dalam dakapannya? Lalu dalam situasi yang S.O.S
tu, dia cuma mampu terkejut dan secara automatic terfikir nak bawa gadis itu
pulang ke rumahnya?
Tetapi bila difikirkan kembali ,
bukankah situasi itu sepatutnya dia bawa gadis itu ke klinik ke, hospital ke…
jadi kenapa? Kenapa dia bawa pulang gadis ini, dan membiarkan gadis ini tidur
di katilnya dan pagi harinya terasa yang tindakan ini tidak betul? Sebab ini
bukan dirinya.. Dia tak sewenang-wenang bawa perempuan atau paling tepat
perempuan 'asing' ke kamar bujang nya.
Jadi hari ini dia rasa pelik, what
happen to Zarif semalam? Bertindak melulu bukan trademark dirinya.
Tok!
Tok! Tok!
Terkejut Zarif bila pintu bilik
airnya diketuk bertalu begitu.
"
Awak.. Awak lama sangat kat bilik air ni? Awak tak apa – apa ke? "
Suara lembut itu berbaur khuatir
itu memanggilnya. Tanpa menyahut, tombol pintu dipusingnya dan terus pintu
dibuka kasar. Hampir-hampir sahaja daun pintu yang dibuka mengejut itu mengena
perempuan itu.Wajah Zarif garang.
"
Kenapa?"
"
Emm.. saya dah sediakan sarapan. "
Zarif memandang ke meja makan yang
terhidang roti bakar yang disapu jem kacang, telur separuh masak dan air fresh
orange dari kotak yang sudah separuh tinggal, diminumnya semalam. Gadis
itu bergerak ke meja makan. Zarif hanya mengikut, kemudian mereka duduk
berhadapan.
"
Hanya ini jer yang ada kat dapur awak.. " bicara perempuan asing itu
memulakan kemesraan.
Dia membetulkan rambut panjangnya yang ikal beralun sambil diperhatikan Zarif. Semalam tak silap Zarif, gadis ini berambut pendek, jadi itu cuma rambut palsunya kah?
Dia membetulkan rambut panjangnya yang ikal beralun sambil diperhatikan Zarif. Semalam tak silap Zarif, gadis ini berambut pendek, jadi itu cuma rambut palsunya kah?
Zarif capai roti bakar dan
mengunyahnya perlahan. Selamber jer perempuan ni selongkar dapurnya, dah macam
rumah sendiri pula. Selamber sangat yer.. agaknya apa lagi yang dia
selongkar..Sambil itu matanya sesekali memerhatikan perempuan di depannya
ini.
Semalam, perempuan ini, tiba-tiba
muncul, tiba-tiba pengsan dalam dakapannya. Dan saat itu dia perasan tubuh
perempuan itu sangat sejuk dan lemah. Sangat letih, tidak terurus, seolah-olah
perempuan ini datang dari jauh dan dalam keadaan terdesak. Bibirnya yang pucat
itu mengomel tak keruan dan perlahan bila ditanya . Zarif rasa kasihan lalu
dibantunya. Perempuan ini kelihatan begitu lemah.
Tapi pagi ini, gadis ini nampak
berbeza, .Walaupun baju kemeja yang dipakainya besar dan bewarna kusam kelabu,
tetapi kecantikan perempuan berkulit kuning langsat ini masih terserlah.. Ehh
baju kemeja ? Zarif merenung baju yang dipakai perempuan.
"
Tu baju saya! Bila masa?"
"
Oh, baju ni? Saya ambil kat bakul laundry kering kat atas washing machine tu,
masa awak belum bangun lagi."
Zarif terkejut, huh,
perempuan ni selambar selongkar semuanya barang di rumahnya, buat sesuka
hatinya, tanpa minta kebenarannya.. apa lagi yang perempuan ni buat?
Der.. Zarif memandang sekeliling, melilau matanya melihat kalau-kalau ada
yang hilang, terubah tempat atau apa saja. Matanya terpaku pada bra hitam dan
spender berenda yang tersidai kering di beranda rumahnya. Rasa malu naik ke
pipinya, lalu dia mengalihkan pandangannya, memandang perempuan itu.
"
Tu.. tu…" katanya terkejut sambil menunjuk ke arah beranda.
"
Oh.. tu bra saya. Saya sidai baju kotor saya untuk kering. Untuk pengetahuan
awak, saya tak pakai apa-apa.. di dalam ini.. ” Jelasnya dengan senyuman yang
disengajakan.
Zarif
terbatuk., mukanya merah padam.Rasa cam nak kena heart attack pun ada.
Personaliti perempuan ini juga berbeza! Mana damsel in distress semalam???
“
Jap lagi saya akan keluar beli barang, dan dalam sejam saya akan
balik. I hope you will be gone by then.”
Zarif
cuba bertenang.
“
Okey.. whatever.”
Perempuan itu bangun dan bergerak
ke bilik air. Dicapainya tuala Zarif yang tersadai di sofa.
“
Eh, awak nak buat ape?”
“
Nak mandi, tukar baju.. kemudian saya berambus.. puas hati ?” angkuh betul cara
dia bercakap, langsung tiada rasa berterima kasih di atas pertolongan Zarif
semalam, menyesal pula Zarif membantu. Huh..
Sebaik sahaja gadis itu hilang di
balik pintu bilik air, Zarif mengambil kunci motornya yang tergantung di
dinding betul-betul bersebelahan pintu keluar. Dia fikir nak pusing-pusing amik
angin dulu sebelum ke kedai dan bila balik nanti dia berharap semuanya
akan kembali normal; tanpa perempuan itu. Pintu dibukanya.
“ Oh
mak kau aku jatuh terkejut jantung aku eh kau !” melatah Puan Salimah
bila pintu tiba-tiba dibuka.
Beg plastic berisi baju dan makanan
di tangannya hampir-hampir terjatuh bila dia yang tadi baru sahaja nak masuk ke
rumah anak bujangnya ini, terkejut bila Zarif tiba-tiba membuka pintu dari
dalam. Selamatlah umur dia baru nak masuk 45 tahun, kalau dah 55, mau jadi
arwah terkejut begini.
“
Eh, umi! Buat apa umi datang sini?”
“
Sejak kau pindah keluar rumah, tak boleh ke umi nak jumpa kau sekali
sekala?” bebel Puan Salimah sambil menghulurkan tangan kanannya . Mengerti, Zarif cepat-cepat salam dan
mencium dengan hormat.
“ Takdelah.. Zarif terkejut je umi
datang mengejut, selalu call dulu..” jelas Zarif dengan nada agak
mengada-ngada. Dia mempelawa Puan Salimah masuk.
“
Kenapa… tak boleyy…?” balas Puan salimah dengan nada suara yang dibuat ala-ala
penyet yang annoying.
Beg-beg yang dipegangnya
diletak di atas meja dapur kemudian satu persatu barang-barang dapur
dikeluarkan. Memang Puan Salimah prihatin terhadap anak bujang nya yang duduk
sendirian, makan minum kena jaga.. Setiap kali dia singgah dia akan membeli
sedikit barang makanan untuk Zarif.
“Eh,
Zarif buat breakfast sendiri?! Rajin pula hari ni?” kata Puan Salimah
sambil menyimpan telur ke dalam peti ais.
Dia perasan di atas meja makan
terdapat breakfast roti dan air. Zarif terkedu. Baru dia teringat yang dia
tidak bersendirian hari ini. Camne pula dia boleh lupa.. rungut Zarif sambil
mengetuk-ngetuk kepalanya.
Puan salimah bergerak ke meja
makan, diambilnya sekeping roti bakar. Em.. boleh tahan sedapnya, dibakar
ngam-ngam gitu. Baru sahaja dia hendak memuji matanya terpandang pada bra hitam
dan spender berenda yang tergantung di anjung. Tersembur sisa-sisa roti di
dalam mulutnya. Dia terbeliak memandang Zarif.
“ Umi… bukan.. “
belum sempat Zarif
memberi penjelasan, bunyi pintu bilik air yang terbuka menarik perhatian Puan
salimah. Jantungnya rasa nak tercabut bila melihat seorang gadis yang berkemban
keluar darinya.
“ Zarif!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jeritnya.