“ Ya allah Zarif, ni kerja kau?” soal Puan
Salimah.
Dia
memandang Zarif dan teman Zarif yang kini sudah pun lengkap berbaju. Mereka
bertiga kini duduk di ruang tamu dengan Puan Salimah duduk mengadap mereka
berdua. Lagak seperti seorang hakim dengan pesalah di hadapan.
“ Dah berapa lama kau bawa balik perempuan camni? Dah tak
tahu nak control nafsu dah ke? Bukan ini yang umi ajar tau… “
“ Ini bukan seperti apa yang umi fikirkan..”
“ Dah berapa lama Zarif bersekedudukan camni, patutlah umi
suruh kawin Zarif tak mahu. Dah seronok buat maksiat camnie?..”
“ Taklah umi…”
“ Tak … tak.. apa?! You have menconteng arang pada muka
umi, papa, Serafina.. ’”
“ I did nothing wrong, umi!” kata Zarif sedikit meninggikan
suara.
Bengang
betul dia dengan uminya yang tidak mahu mendengar alasannya. Pompang pompang
dok memarahinya. Mentang-mentang dia nampak bra tu dan tup-tup keluar perempuan
ni dalam keadaan camtu, terus dia anggap Zarif bermaksiat.Oh tidak!!
“ See, now Zarif dah berani tengking umi? Dah berubah,dah
jauh tersimpang.. ni… ni.. sapa nak bertanggungjawab ni?”
Puan
salimah menunding jari pada perempuan asing itu yang kini sudah lengkap berbaju.
“ Bertanggungjawab apa.. no such thing.. Umi, Zarif baru
jumpa dia semalam, nama pun tak tahu, apa yang Zarif nak
bertanggungjawab?.”
Kali ini
Zarif menjawab dengan nada yang selembut dan setenang-tenangnya. Dia tidak mahu
menyakitkan hati uminya.
“ Ya Allah..one night stand lah ni? Zarif, what is
happening to my sweet innocent boy? “
Semua ini semua salah Umi.. Umi yang benarkan Zarif keluar dan tinggal luar dari rumah, hidup sendiri.. tengok sekarang? Dah jadi social, dah pandai
clubbing, dah pandai tidur dengan perempuan… My Zarif dah jadi typical
metropolitan guy…”
Puan Salimah menangis sambil memegang kedua belah pipi Zarif, hatinya sayu melihat
anak bujangnya yang sudah tersasar jauh. Dah macam drama tv3 pulak gayanya.
“ Umi.. umi akan betulkan semua ni..Umi janji..”
Puan
Salimah mendekati teman Zarif. Di pegangnya tangan perempuan itu.
“ Umi akan pastikan Zarif jadi lelaki yang
bertanggungjawab. Mari!.”
Puan
salimah menarik perempuan itu dan memimpinnya keluar dari apartment
Zarif. Meninggalkan Zarif keseorangan sambil terpinga-pinga. Lama Zarif
berfikir cuba mengerti dan memahami situasi dan maksud kata-kata uminya,
hinggalah masuk satu message dari uminya yang berbunyi.
“ Wedding kamu berdua akan berlangsung dalam masa 3 bulan
ni. You must take responsible on your action and start new chapter of life. Umi
dah beritahu papa“
Zarif
kaku.
“ Nooooooooooooooooooooooooooooooo!!”