Anak-anak buah Zack mulai dekat dan mengelilingi Zarif
dan Putri. Zari tahu tiada jalan keluar bagi mereka. Mereka terperangkap di sini.
“ Romeo and Juliet, Zarif dan Putri..hahaha! ”
Zarif tidak membalas kata-kata Zack. Tangan Putri
Zarif genggam erat.
“ Jangan risau, saya akan melindungi awak..’ kata Zarif perlahan pada Putri.
Mata Zarif tidak lari dari memerhatikan setiap pergerakan
Zack di depannya. Dia bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan. Apa yang
berlaku,apa jua! dia akan dan bersedia menghalangnya. Memastikan Putri
selamat. Itu sahaja. Dia tidak kisah apa yang berlaku pada dirinya.
“ Ini ke yang kau mahu Putri? Melibatkan dia?”
Putri yang berdiri di belakang Zarif mulai resah. Dia sedar
kemampuan Zack.. apa yang Zack mampu lakukan terhadap mereka, terhadap Zarif.
Ia bukan main-main. Dia meleraikan pegangan tangan Zarif dan hendak bergerak ke
hadapan. Biar dia sendiri berdepan
dengan Zack jika dia dapat menyelamatkan Zack, itu sudah cukup. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada Zarif.
“ Awak tak dengar apa yang saya cakap!” Zarif menarik
tangan Putri. Mata mereka bertaut.
“Zarif!Ini bukan benda main-main! Ini masalah saya,
awak tak perlu terlibat!”
“ Saya bukan datang sini untuk bermain!”
“ Awak boleh mati disebabkan ini!”
“ Saya tak peduli!.. “
Pap!! Pipi Zarif ditampar.
‘ Saya peduli! Saya tidak mahu awak cedera.. Saya
tidak mahu apa-apa berlaku pada awak. Saya tidak mahu disebabkan saya… “
“Saya pula tidak mahu awak menangis disebabkan saya…” Zarif
mencium linangan air mata yang membasahi pipi Putri.
“Sebelum ini saya ada cakap saya cintakan awak.. Kali
ini, saya nak awak dengar betul-betul, sekali lagi.” Putri didakapnya.
‘ Saya masih cintakan awak.. “
Putri terdiam.
‘ Saya masih cintakan awak.. “
Putri terdiam.
Setelah rasa Putri tenang di dalam dakapannya, Zarif
memandang Zack.
“ Sekarang ini antara kau dan aku..”
Zack sengih saat mendengar nada suara Zarif yang tidak
getar itu. Isyarat diberi pada anak buahnya untuk menyerang. Tiba-tiba kedengaran jeritan demi jeritan dan kekecohan di kalangan anak
buah Zack yang ramai itu. Satu persatu kelihatan tumbang. Zack pelik. Apa yang
berlaku. Kemudian dari celah-celah mereka muncul seorang lelaki berpakaian serba hitam.
“ Ary?” kata Zarif saat melihat Ary.
Vroooommmmm… sebuah Superbike Kawasaki R6 memecut laju lalu merempuh
bulatan gangster-gengster Zack. Penunggangnya adalah Fai dan pemboncengnya
adalah Im. Motor itu berhenti di depan Zarif dan Putri.
“ Fai? Im? ”
Im turun dari motor. Satu kayu besi dipegang di tangan
kirinya.
‘ Apa korang buat kat sini?” Tanya Zarif terkejut
melihat kehadiran mereka bertiga.
“ Camne korang
boleh tau?” soalnya keliru.
“ Ary.” jawab Im.
“ Panjang ceritanya boss, tapi kami dah faham
segalanya.. “ kata Fai pula.
Wajah Zarif masih keliru. Banyak benda lagi dia nak tanya. Banyak lagi persoalan…
Wajah Zarif masih keliru. Banyak benda lagi dia nak tanya. Banyak lagi persoalan…
“Aku akan jelaskan lepas semua ini selesai..” kata Im
seolah-olah membaca fikiran Zarif.
“ Kami juga hendak melindungi puteri kami..” kata Fai pula dengan bersemangat.
Di bawah cahaya bulan , mereka berempat terus
menyerang.
~~~
‘ Adeh.. adeh… “ ngadu Fai.
Ary sedang membantu membalut tubuh Fai yang cedera, Im pula sedang duduk di kaunter display sambil menuam mata kirinya
yang lebam . Di antara mereka, hanya Ary seorang langsung tidak cedera. Cis.. Mereka bertiga senyap-senyap memerhatikan di satu
sudut berdekatan, pada Putri yang sedang
membalut dan mengubati luka di kepala Zarif. Balutannya kemas dan sentuhannya
lembut berbanding Ary .
“ Semua ini belum berakhir.. .”
“ Emm…”
“ Zack pasti akan datang lagi..”
“ Emm..”
“ Awak tak takut ke? Kehidupan awak takkan sama lagi
seperti dulu... “
“ Bagaimana dengan awak? Kehidupan awak juga takkan sama lagi. Tidak
takutkah awak untuk hidup dengan saya selepas ini?”
‘ Tak!”
“ Saya juga… “
Telefon bimbit Zarif berdering menganggu perbualan
mereka. Panggilan dari ibunya… Zarif sengaja membuka loudspeaker.
“ Zarif, Umi ingat perkahwinan kamu dengan Putri tu
perlu dipercepatkan… buat apa nak tangguh-tangguh.. setahun lama sangat tu.. 6
bulan boleh ? .. semua persiapan umi boleh uruskan.. bla-bla..bla-bla… bla-bla…
“
‘ Umi..”
‘ Ha.. kenapa?jangan cakap
kau pun nak tangguh, hari tu Putri.. ”
“Umi… Zarif cintakan Putri… “
Umi Salimah tidak mengerti kenapa tiba-tiba Zarif
bercakap begitu, tetapi di kafe Adora, Im, Fai, Ary tersengih-sengih mendengar
pengakuan Zarif itu.
Zarif dan Putri
pula saling berbalas senyuman, jemari mereka bertaut.. hati mereka tersentuh..
kerana ini adalah kali pertama, secara official nya, pada semua, pada dunia.. cinta mereka bukan lagi sebuah lakonan.
End