“ Kucing.”
“
Ini?”
Esha
mengambil satu lagi cupcake yang lain.
“
Rabbit.”
Jawapan
Im itu buatkan muka Esha yang manis berubah stress, kerana apa yang Esha lihat
sekarang ini, kedua-dua cupcakes tu mempunyai corak yang sama! Corak muka beruang, kesemuanya!!Dan Im yang
lukis, semuanya!!
Di belakang mereka berdua, budak-budak kecil mulai bermain sesama sendiri,bosan melihat dua orang dewasa ini yang tidak dapat buat keputusan lagi. Cupcakes yang sudah dibakar semuanya masih belum dihias toppingnya.

Takde satu pun nampak kucing, rabbit cam awak cakap tu..”
“
Taklah... ini kucing, ini rabbit.. cuba awak tengok betul-betul..” tegas Im sambil
menunjukkan perbezaannya. Satu beruang mempunyai gigi taring, satu lagi
mempunyai gigi jongang. Tetapi perbezaan itu tidak mengubah apa-apa, sebab
semuanya beruang.. beruang!!
“
Awak tak reti lukis binatang yer?”
“ Reti!!!” marah Im terasa diperendah-rendahkan. Budak umur 5 tahun pun boleh
melukis muka binatang yang simple seperti kucing, arnab..Inikan pula dirinya, seorang chef!
“
Jadi lukiskan saya satu muka ayam..” cabar Esha.
Im capai satu cupcake yang
belum dihias toppingnya dan dengan piping yang tersedia, dia melukis ayam yang
Esha mahukan. Sekejap sahaja dia lakukannya.
“
Nah, satu ayam.” kata Im dengan bangga,
Cupcake dengan wajah beruang berparuh itu diserahkan pada Esha.
Esha tepuk dahi, pening-pening...tapi dalam masa sama tidak dapat menahan tawanya, lucu dengan Im.
Cupcake dengan wajah beruang berparuh itu diserahkan pada Esha.
Esha tepuk dahi, pening-pening...tapi dalam masa sama tidak dapat menahan tawanya, lucu dengan Im.
“
Di kafe Adora, corak haiwan, awak buat camne?”
“ Ada cake mould Zarif sediakan.. saya gunakan itu sahaja.. “
“ Ada cake mould Zarif sediakan.. saya gunakan itu sahaja.. “
“
Ohh.. Jadi mesti Zarif juga tahu yang awak tak reti lukis binatang.. Buta
haiwan! “
“
Ha!! Bu.. bu.. buta haiwan?”
“
Saya keluar sekejap belikan cake mould tu.. Awak tunggu sini jap dan ajar
mereka lukis bunga ke, daun ke.. anything kecuali haiwan, awak akan buat
diorang confius.. “
“
Eh? “
Itu
perbualan mereka setengah jam lepas. Kini Esha kembali dengan barang yang
dibelinya, dan senyuman yang tak lekang dari tadi. Im.. im... Esha tak sangka
di sebalik wajah kacak, perangainya yang tenang itu, terselit kecomelan Im. Im
takut dengan budak-budak, Im kelam-kabut, Im tak reti melukis haiwan, Im lucu,
lembut hati dan cepat terkejut , meradang macam anak kecil.Tak sangka lelaki
yang mencuri hatinya ini, lelaki yang dia
hanya mampu dia pandang dari jauh kerana terlalu elegant dan misteri; rupanya seorang lelaki normal yang punya
peribadi yang unik. Sisi Im yang lain ini membuatkan dia semakin jatuh hati padanya. Tapi elokkah dia membiarkan perasaannya membuai seperti ini? Sedangkan dia tahu Im tiada perasaan padanya?
Esha sampai tetapi peliknya lot mereka kini penuh dengan gadis-gadis muda, dan cupcakes sudah terjual . Bau cake dan biskut yang enak datang dari bilik khas di belakang lot mereka. Esha masuk dan lihat budak-budak sudah enjoy membuat cupcake mereka sendiri untuk dijual nanti.

Camne awak buat ni?”
Esha melihat cupcakes dengan corak haiwan yang betul, tersusun di atas pinggan.
Esha melihat cupcakes dengan corak haiwan yang betul, tersusun di atas pinggan.
“
Saya bawa pembantu khas dari kafe ...Dia yang lukis topping tu..”
Im tunjuk pada Ary yang sedang sibuk mengeluarkan cupcakes dan biskut dari oven. Ary berhenti sejenak untuk berbalas senyum dengan Esha kemudian meneruskan kerjanya.
Im tunjuk pada Ary yang sedang sibuk mengeluarkan cupcakes dan biskut dari oven. Ary berhenti sejenak untuk berbalas senyum dengan Esha kemudian meneruskan kerjanya.
“
Ary selalu tolong saya di kitchen dan
dia sangat cekap..”
“
Takpe ke? Cam susahkan dia je..”
“
Takpe.. takpe... “ kata Im cuba meyakinkan.
“
Mana ada takpe! Aku ni camne?”
Kemunculan seorang perempuan tomboy dengan kedua-dua tangannya
memegang aiskrim kon., mengejutkan Esha. Garangnya...
“
Im!! Pulangkan balik Ary!!” marah Sefarina, sedia untuk mem flying kick Im.
Yerlah, tiba-tiba je Ary hilang masa mereka jalan-jalan di festival ini, rupa-rupanya di kidnap oleh Im. Im kelihatan tenang, tidak takut tetapi tidak menjangka yang Sefarina dapat cari lot ini dengan cepat. Cis..
“
Eh.. ni... ni Esha penyanyi lagu CINTA tu kan?”
Sefarina baru perasan yang Esha sedang memerhati mereka dengan wajah innocent.
Sefarina baru perasan yang Esha sedang memerhati mereka dengan wajah innocent.
“
Ah.. emm ye saya..”
“ Wahhh!!!” Sefarina terus membuang aiskrim di tangan semata-mata untuk berjabat
tangan dengan Esha.
“
Saya minat dengan cik Esha.. kak ipar saya pun minat dengan cik Esha..Cik Esha
boleh panggil saya Sef..Selamat berkenalan..”
“
Err.. selamat berkenalan..”
“
Ok, set! “ tiba-tiba sahaja Im bersuara.
Apron yang dipakainya ditanggalkan. Dia mendekati Sefarina, memegang bahu Sefarina, memandang mata Sefarina dengan serius..
Apron yang dipakainya ditanggalkan. Dia mendekati Sefarina, memegang bahu Sefarina, memandang mata Sefarina dengan serius..
“
Tolong take over sekejap dengan Ary... “
“
Huh?”
Im sengih, memegang tangan Esha dan membawa Esha lari keluar bersamanya.
Setelah mereka berdua berjaya meloloskan diri, Im lepaskan tangan Esha.
“
Haish.. barulah kita bolah berdua-duaan sekarang...” Im pandang pada Esha.
“
Seperti yang awak mahu.,saya akan temani awak hari ini, menemani awak,
melakukan apa sahaja untuk awak.. Hari ini saya kepunyaan awak..” kata Im
sambil kenyit mata, mengusik hati Esha.
Esha keliru kenapa Im tiba-tiba berubah sekelip mata dan dia tidak faham kenapa Im dengan mudahnya
mengucapkan kata-kata itu. Namun Esha tidak dapat kawal
perasaannya yang semakin berdebar-debar diperlakukan begitu oleh Im. Hatinya terus mempermainkannya walaupun dia tahu, sesuatu tidak kena.
“ Jadi , apa yang awak ingin lakukan dengan
lelaki yang awak sukai ini? ”