“ Terima kasih semua ! ^o^ “
Esha
turun dari pentas dan mendekati Shasha yang menanti di tepi pentas. Band underground OpiezO mengambil alih dan suasana bertukar
romantik bila melodi jazz yang indah dimainkan oleh mereka. Esha pandang ke belakang pentas, tempat di
mana Im sedang duduk menantinya. Di tepi Im, terdapat selonggok anak patung
yang Im berjaya peroleh masa main game tembak tin, baling gelung, baling dart,
teka barang dan banyak lagi permainan masa mereka berdua berjalan-jalan di
festival petang tadi.
“ Awak nak apa? Saya akan
dapatkan semuanya..”
Itu
ayat Im bila melihat Esha yang excited melihat semua anak-anak patung yang
dijadikan hadiah. Dan Esha tak sangka Im betul-betul maksudkannya. Sekarang dia tak tahu camne dia nak bawa
balik semua itu. Esha senyum sendirian.
Awak cintakan saya... bukan?
Wajah
Esha serta-merta berubah bila teringatkan kata-kata Im sebelum ini. Dia tidak
mengiyakan dan tidak jua menafikan. tetapi dari pandangan dingin yang dia lihat
dari kaca mata Im waktu itu, Waktu itu, Esha sedar yang Im tidak perlukan
apa-apa pengakuan atau jawapan dari dirinya, Semua itu tidak penting bagi
Im. Im cuma menyatakan sesuatu yang dia
gagal sembunyikan.- Perasaannya pada Im.
Esha mendekati Im yang sedang merenung
telefon bimbit di tangan. Sebaik sahaja menyedari kehadiran Esha, Im simpan telefon
itu ke dalam kocek seluarnya.
“Your voice is beautiful, just
like you...”
Ia
pujian yang biasa didengarnya tetapi renungan
lembut Im padanya memperdendangkan yang
lain... Ia membuatkan hati Esha jadi
tidak keruan, membuaikan perasaannya... Ini yang Im lakukan terhadapnya,
seharian ini...
“Thank you...”
Im
mengusap pipi Esha. Jari itu menyentuhnya dengan lembut lalu membelai telinga
Esha . Wajah Esha merah padam, malu namun dia tidak pula menepis perbuatan Im
padanya... Dia kaku bila di sisi Im.. Dan bila Im mendekatkan bibirnya pada
telinga Esha, Esha pejam mata, menahan gementar.
“ I want to hear it...everyday...
can I?”bisik Im begitu lembut dan perlahan.
Esha buka matanya dan mata mereka
bertaut.
Im senyum..
“Subang awak tertanggal... “
Pantas
Esha menyentuh telinganya yang rupanya kosong, hilang subangnya.
Ahh...perasaannya dipermainkan oleh Im
sekali lagi. Hari ini Im membuatkan dia jatuh cinta dan mempermainkannya
perasaannya..berulang-ulang. dan dia...
“ Mari makan... “ ajak Im berlalu
tanpa menunggu Esha.
** dan dia membenarkannya...
“ Baik!”
Esha mengejar Im.
~~~
Ini
bukan dirinya yang sebenar. Im tidak pernah buat begini pada sesiapa. Dia
menjauhkan diri dan tidak melayan mereka yang menyukainya. Dia tidak berminat pada
cinta mereka.. tetapi Esha..
Im menyuap masuk sausage ke mulut, sambil matanya
tajam memerhatikan Esha yang sedang makan spaghetti. “I’m
sorry...” Itu
message yang diterimanya tadi dari Faza. I’m sorry....Im selalu menerima message sebegitu rupa. Berpuluh-puluh message yang sama masih berada dalam
inboxnya.. dan Im tidak pernah lupa untuk membalasnya . it’s okay.....Itu jawapan yang sama dari dirinya. It's okay.
“
Hukhukhuk...”
Im
tersentak bila mendengar Esha terbatuk. Baru dia perasan di sebelah Esha kini
ada seorang budak lelaki . Entah bila
dia muncul. Tetapi Im kenal budak kecil ini. Zaid, 9 tahun. Dia ada join
belajar buat cupcakes tadi dengannya.. Budak ni nakal.
“
Ee.. tular mesti kak Esha tak baca bismillah tadi..”tuduh Zaid
“
Mana ada! Akak tak fokus je tadi..”
“
Fokus akak pergi mana?” Im perasan mata Esha memandangnya kemudian ia beralih.
“
Banyak tanyalak kau ni.. sini kau...”
Esha menangkap Zaid, lalu ditenyeh-tenyeh ubun kepala Zaid geram.
Zaid ketawa , tidak sakit malah seronok pula. Im
perhatikan kemesraan mereka. Im perasan
sepanjang di karnival ini, tiada peminat yang menganggu mereka sedangkan Esha
adalah selebriti. Semua volunteer, penjual dan yang terlibat,malah beberapa pengunjung , mereka sangat mesra dan selamber dengan Esha. Budak-budak di
rumah anak yatim juga begitu. Seolah-olah, Esha adalah ahli keluarga mereka.
“ Tiap-tiap tahun saya terlibat menjayakan festival itu dan tahun ni kali pertama saya...”
“
Cikgu!”
Si kecil Zaid itu memandangnya.
Zaid sudahpun Esha lepaskan dan kini berdiri di depan Im yang dari tadi hanya memerhati.
“Cikgu? “ ulang Im .
Ahh.. dia baru teringat
dia mengajar Zaid tadi , jadi di mata suci anak kecil ini, dia adalah guru.
“
Bila saya besar nanti, saya nak jadi cam cikgu!. Saya nak buat kek sesedap
cikgu buat! “
Im tersentak kemudian tertawa . Budak ini mengingatkan dia pada dirinya ketika kecil dulu. Yang pada ketika itu naif , bersemangat, ceria dan penuh dengan impian. Sudah terlalu lama dia tidak rasa begini..
“ Baiklah, abang akan tunggu hari itu.” balas Im memberi semangat. Kepala Zaid diusapnya.
“ Bila saya besar nanti, saya akan jadi lebih kuat. Dan saya akan jadi hero awak...”