Esha bergegas ke tempat yang dijanjikan. Dengan tubuh yang kecil molek itu, dia dengan mudah dapat meloloskan diri di antara celah-celah banyak orang itu dan akhirnya sampai di depan pintu utama festival. Tetapi di situ tiada Im.
“
Dia tak datang ke?”
Esha
melihat jam di tangan. 11 pagi. .Itu yang dia catat di atas tiket masuk yang
diberinya pada Im. 11 pagi, pintu utama.. Esha memanjangkan lehernya cuba
meninjau-ninjau jika dapat melihat Im berada berhampiran. Masih tiada..
“ Esha, biar saya ceritakan satu kisah.”
Esha
bersandar pada tiang di belakangnya. Bila fikir kembali , kemungkinan Im tak
datang adalah 99.9%! Im tidak ada sebab
untuk datang hari ini. Lagipun Im telah
berterus terang menolak perasaannya pada hari itu. Kisah cinta pertama Im ,
cintanya. Esha kini tahu segala-galanya
dan faham apa yang Im cuba sampaikan.. Esha dah direject 101%. Haishhh...tetapi dia juga ada sesuatu untuk
sampaikan pada Im.. Sesuatu yang patut Im tahu.
Namun semalam, sewaktu dia melihat Im dan Faza ,serta-merta dia terlupa apa yang
perlu dia beritahu Im, dan ia digantikan
dengan rasa cemburu. Faza tidak layak
mendapat cinta Im! Perempuan talam dua muka itu tidak layak mempermainkan cinta
naïf Im padanya. Lalu tanpa berfikir, dia sengaja bertegur sapa dan menunjukkan
kemesraan pada Im di depan Faza. Tetapi
lakonannya berakhir bila lihat kata-kata Im, renungan Im, perhatian Im hanya
untuk Faza seorang, Im hanya cintakan Faza... Dia yang cuba menyakitkan hati
Faza akhirnya hanya terluka di hati sendiri.
Hari ini juga, mungkin akan berlaku perkara yang sama.
Hari ini juga, mungkin akan berlaku perkara yang sama.
“
Esha!’
“
Im?” Sangkaan Esha silap bila melihat
lelaki yang menyapanya bukan Im.
“
Ingat saya lagi tak? Hari tu di kafe, saya tak sempat kenalkan diri.. Saya
Zarif, pemilik Kafe Adora”
“
Ah.. saya ingat.. Apa khabar? “
“
Tak sangka dapat terjumpa Cik Esha di sini.. Kenalkan ini tunang saya. Putri.”
Esha
bersalaman dengan perempuan yang sangat ayu di sisi Zarif.
“
Putri ni peminat cik Esha..” jelas Zarif .
Putri
mengeluarkan satu buku nota kecil dan meminta Esha untuk menurunkan
tandatangan. Permintaan Putri itu Esha layankan dengan mesra.
“Im
, dia kat kafe ke sekarang?”
“Tak, cik Esha tak tahu yer yang setiap tahun Kafe Adora bercuti untuk
festival ini. Rasanya dia patut berada di rumah, rasanya... “
“ Oh... yeke... “
“
Emm.. Im tak datang festival macam ni,
setiap tahun..” kata Zarif seolah-olah membaca fikiran Esha. ”
“
Ahh... “
“
Cik Esha tunggu siapa?”
“
Tak.. taklah! Tiada sesiapa..”
Zarif
dan Putri saling berpandangan, hairan dengan
Esha yang tiba-tiba gelabah.Mereka berbual seketika dan kemudian masuk
ke dalam festival yang semakin meriah
dengan orang ramai. Sebaik sahaja
masuk, mereka berdua ke ferris wheel lokasi ; paling diminati oleh pasangan
couple yang datang ke sini.
Esha pula masih menanti di tempatnya. Walaupun dah confirm yang Im takkan datang, Esha masih tidak berganjak.. Dia masih mahu mengharap...pada 0.01% itu.. Bodohkan dia? Kemudian, bahunya tiba-tiba ditepuk dari belakang.
Esha pula masih menanti di tempatnya. Walaupun dah confirm yang Im takkan datang, Esha masih tidak berganjak.. Dia masih mahu mengharap...pada 0.01% itu.. Bodohkan dia? Kemudian, bahunya tiba-tiba ditepuk dari belakang.
“
Ooh... begini rupanya festival ini.. Boleh tahan..“
Im
berdiri di sebelah Esha sambil memandang ferris wheel yang besar dah gah dari situ.
“
A.. awak datang?” Esha tak percaya. Im yang berada di sisinya dipandang tanpa
kelip.
“
Ya, saya perhatikan awak sejak tadi.”
“
Ehh? Bila? Saya tak nampak pun awak!?”
‘
Jadi, apa kita buat di festival begini?” soal Im. Esha sengih.
~~~
Kening
Im terangkat-angkat , menahan rasa geram saat ini. Dalam masa sama tak percaya
dengan apa yang berada di depannya. Sekumpulan budak kecil dalam lingkungan 6
ke 10 tahun, semuanya comel-comel dengan apron corak-corak dan topi
masing-masing . Siap dengan peralatan lengkap untuk membuat cupcakes.Semuanya
excited untuk belajar bersama Im.
“
Sebab ni ke awak ajak saya ke sini ..?”
“
Hehe...”
“
Saya nak balik.”
“
Ehhh... nanti!! “ tahan Esha memegang lengan Im yang nak keluar dari bilik yang
disediakan khas untuk preparation cupcakes ini.
Im tak peduli dan terus berjalan dengan mengheret Esha yang ringan tu sekali.
Im tak peduli dan terus berjalan dengan mengheret Esha yang ringan tu sekali.
“
Awak taknak beramal ke? Tiap-tiap tahun saya terlibat lagi susah dari ni tau..
Hantar brochure dengan pakai costume beruang, sapu sampah, pasang khemah.,
pasang lampu.. Kira oklah first involvement awak adalah sesuatu yang awak dah
mahir dan suka buat kan?”
“Pernah
ke awak dengar yang beramal dengan keringat lebih terasa kepuasannya dari wang
ringgit.? Awak taknak cuba kah? Budak-budak di sini sangat gembira bila saya
kata mereka dapat buat cupcakes sendiri dan menjualnya di festival nanti..Awak
sanggup musnahkan harapan mereka?”
“
Lagipun, sejak saya ceritakan mereka tentang awak, mereka semua tak sabar untuk
jumpa awak, dan rasa kek yang sangat sedap itu...”
Im
akhirnya berhenti, letih mendengar bebelan Esha. Sambil memicit pangkal
dahinya, dia berfikir samada perlukah dia turutkan kemahuan Esha.? Dia tidak
pernah mengajar sesiapa dan dia sangat kekok dengan budak-budak kecil. Dia
tidak tahu bagaimana hendak berinteraksi dengan budak-budak kecil! pula tu ! Wajah Esha yang tidak putus asa itu ditatapnya. Nampaknya apa jua alasannya takkan diterima oleh Esha.
“
Hmm.. baiklah..Saya cuba..”