“Bila saya besar nanti, saya akan
jadi lebih kuat..Dan saya akan jadi hero awak! ” kata Im mengukir janji. Dua
anak kecil itu berayun di buaian di taman permainan yang tiada sesiapa.
Im turun dari buai.
“ Awak boleh tunggu saya?”
~~~~
“ Im? Im..?”
Dirinya dipanggil berulang-ulang.
Perlahan-lahan memori itu menghilang.
“ Awak tak apa-apa?”
Di
depannya, Esha sedang memandang dengan wajah yang risau. Mereka berdua
berada di depan gerai menjual takoyaki , sedang menanti order mereka. Bunyi
music dari band OpiezO berkumandang melalui pembesar suara yang dipasang di sepanjang laluan festival.
“ Awak tak apa-apa ke?”tanya Esha
lagi.
“ Esha, dah siap.. special untuk
kamu dan boyfriend kamu..”
Penjual yang peramah itu
menyampuk. Kotak takoyaki diserahkan pada Im.
“Ehh.. tak.. tak... dia .. dia bukan.. ...” Esha
gelabah.
“ Terima kasih.. “ Im
membayar harga makanan mereka, memegang
tangan Esha kemudian membawa Esha beredar.
Mereka menuju ke ferris wheel.
Rasanya sepanjang hari ini, banyak kali dia ditegur oleh kenalan Esha yang mana
kesemua mereka menganggap dia sebagai kekasih Esha. Dan setiap kali begitu,si
Esha ni menunjukkan reaksi yang sama- terkebil-kebil, gelabah, dan wajah itu
akan jadi merah padam. Malah, sepanjang hari ini, dia sentiasa melihat wajah
yang malu-malu itu dengan pipi blushing yang kemerah-merahan.
Hanya
dengan menyentuhnya, membelainya, mengusiknya, merenungnya, hanya
berdiri di sisinya jua, Esha akan tertunduk malu dengan wajah itu. Langsung tidak
dapat menyembunyikan perasaan suka pada Im yang tertera jelas di wajahnya itu.
"Awak cintakan saya... bukan?"
Hanya yang bodoh sahaja tidak dapat melihat yang Esha sedang menyukainya... mencintainya... Melihat kelakuan Esha itu, Im naik marah. Naifnya cinta dan betapa bodohnya Esha ni! Tidak nampakkah yang dia sedang mempermainkan cinta itu!
Im getap bibir... Ini bukan dirinya, apa yang dia peroleh melalui semua ini? Wajah Faza bermain di kotak fikirannya. Ini bukan tempatnya, ini bukan cintanya... Jadi, kenapa dia lakukan semua ini?
Im getap bibir... Ini bukan dirinya, apa yang dia peroleh melalui semua ini? Wajah Faza bermain di kotak fikirannya. Ini bukan tempatnya, ini bukan cintanya... Jadi, kenapa dia lakukan semua ini?
“Lagi
sekali, ulang kenapa mesti kita kena naik juga ferris wheel ni?
“
Sebab dari atas, kita dapat lihat satu tempat ni...Pemandangannya cantik !! ”
“
Jadi,, kenapa mesti kena naik tepat tengah malam? Rasanya tiada apa yang
dilihat kalau dah nak dekat closing time.. “
“
Sebab saya ada persembahan tadi dan baru habis, kemudian kita pergi makan,
kemudian kita jalan-jalan, kemudian dah lewat.. sekarang baru ada
kesempatan...”
“
Setiap tahun awak datang sini, takkan tak pernah naik? Lagipun queue die panjang,
kita takkan sempat naik. "
Alasan Im itu Esha dengar sahaja tanpa membalas.
Saya tak lagi berminat, kita balik sahaja. ” Im
mengubah fikiran.
“
Saya tidak pernah naiknya, ini kali pertama saya..”
Esha berhenti berjalan. Im
yang berada di depannya turut berhenti.
"Awak cintakan saya... bukan?"
“
Ingat soalan awak pagi tadi? Saya ingin berikan jawapan saya.. “
Im berpaling mengadap Esha.. Wajah comel Esha kelihatan serius.
“Ya,
saya cintakan awak, terlalu cintakan awak hinggakan saya tidak dapat mengawal hati , perasaan saya,
tindakan saya.. kata-kata saya, semuanya.. Saya betul-betul dah gila.. ”
Tiada lagi segan, Esha mengaku..
~~~
“ Saya gembira... “
“
Gembira?.”
“
Hari ini, menemani awak, melakukan semua aktiviti bersama awak, berada di sisi
awak, bukan awak sahaja gembira, saya
juga.. I want you to know that.. ”
Esha
terkebil-kebil. Apa yang Im cuba sampaikan? Adakah ini bermaksud yang Im happy
bersama dengan dia hari ini.. sangat happy? Bukan bohong? Hati Esha melonjak-lonjak gembira.
Im yang sedang duduk merenung jauh melalui tingkap dari kabin ferris wheel ini, diperhatikan. Ini adalah perbualan mereka yang pertama sejak mereka naik ferris wheel ni. Sejak tadi, Im tidak bercakap apa-apa padanya. Dia jauh melamun merenung langit malam dan cahaya indah dari festival di bawah mereka.
Esha serba-salah . Pengakuannya tadi juga tidak Im cakap apa-apa mengenainya..Adakah Im membencinya? Apa yang mengganggu Im? Waktu inilah Esha berharap dia mempunyai superpower untuk membaca fikiran Im. Esha menyalahkan diri sendiri dan pengakuannya tadi.
Im yang sedang duduk merenung jauh melalui tingkap dari kabin ferris wheel ini, diperhatikan. Ini adalah perbualan mereka yang pertama sejak mereka naik ferris wheel ni. Sejak tadi, Im tidak bercakap apa-apa padanya. Dia jauh melamun merenung langit malam dan cahaya indah dari festival di bawah mereka.
Esha serba-salah . Pengakuannya tadi juga tidak Im cakap apa-apa mengenainya..Adakah Im membencinya? Apa yang mengganggu Im? Waktu inilah Esha berharap dia mempunyai superpower untuk membaca fikiran Im. Esha menyalahkan diri sendiri dan pengakuannya tadi.
“
Awak taknak makan ke takoyaki tu?”tegur Im akhirnya memandang Esha dan
melihat kotak takoyaki itu masih berada di atas peha Esha, tidak disentuh.
‘
Ohh.. hehehe.. lupa pula...” Esha
sengih.
Aahhh.. dia terlalu fikirkan tentang Im sampai terlupa makanan kegemarannya.
Aahhh.. dia terlalu fikirkan tentang Im sampai terlupa makanan kegemarannya.
“
Awak nak saya suap?” usik Im. Bibirnya melirik manis.
“
Eeehhhhh??!! ;”
“
Nak saya duduk di sebelah awak?”
Im bangun dari tempat duduknya. Kabin terasa bergoyang.
Im bangun dari tempat duduknya. Kabin terasa bergoyang.
“
Eh,,, jangan gerak... nanti kabin ni senget sebelah...Nanti jatuh camne??!”
Esha
ketakutan tetapi Im terus degil, terus
bangun untuk duduk di sebelahnya dan kabin terasa bergoyang. This is suicide!! Esha melepaskan satu jeritan kuat, ketakutan. Automatik tangannya cuba mendapatkan sokongan lalu tubuh Im
dipeluknya. Ferris wheel itu berhenti.
“
Buka mata awak.”
Esha
buka mata dan lihat kabin ini masih utuh, takde senget-senget seperti apa yang
dibayangkan nya. Ferris wheel mereka berhenti di puncak. Dengan langit yang cerah, tanpa awan yang menghalang, bintang-bintang yang bergemerlapan kelihatan dan terasa begitu dekat.
“
Sampai bila awak nak peluk saya?”
Esha
terkejut, baru menyedari yang dia masih memeluk Im. Kelam-kabut dia meleraikan
tubuhnya; berganjak ke belakang, terperanjat, tergamam, terkejut, terkaku dan
hatinya terus berdegup lebih kencang dari biasa, macam motorboat, macam ribut, perasaan ini melanda dirinya. Kemudian, pipinya naik merah padam,menyala
seperti udang bakar.
Im yang perasan perubahan itu ketawa.
“
Huh? Kenapa?”
“
Wajah awak tu, semakin merah bila awak semakin sukakan saya. Awak patut
control sikit, semua orang boleh nampaknya perasaan awak pada saya. “ pesan Im sambil tersengih.
Esha malu. Dia ingin menjerit dan melarikan diri dari pandangan Im yang mengusiknya. Tetapi bila kabin bergoyang-goyang lagi dek gerakan
Im yang disengajakan, Esha kembali cuak, hilang semua perasaan malu tadi. Im ketawa ; suka benar dia mengusik Esha. Tapi Esha tidak marah. Sebaliknya dia tersenyum sendirian. Dia dapat lihat wajah yang ceria dan penuh dengan ketawa ini. Kegembiraan Im buatkan
hatinya turut bergembira. Ini rupanya cinta.
“
Merah....” kata Im tiba-tiba .
Esha ingatkan Im ingin mengusiknya lagi, tetapi
bila lihat Im seolah-olah terpaku sambil memandang ke langit, dia jua turut
memandang ke situ. Di situ, beratus-ratus sky lantern , dengan warna yang pelbagai,
sedang terbang memenuhi langit. Cahayanya membentuk
lukisan di kaki langit, satu panorama yang seolah-olah magikal. Mereka berdua senyap. Hati Esha tersentuh. Sesuatu terlintas di fikiran Esha.Suasana ini seolah-olah sebuah mimpi indah yang dicipta untuk dia dan Im. Hari ini, Esha tidak mahu ia tamat. Adakah Im terasa begitu juga?
“
Esha, hubungan saya dengan Faza, apa yang awak dengar dan apa yang awak lihat
sendiri.. salah satunya adalah kebenarannya... “
" There is nothing between us."
" Ia seperti apa yang awak dengar dari Faza,.. I'm just a delivery boy. Kami tiada apa-apa hubungan"
Faza mencium bibir Im dan Im membalasnya dengan memeluk Faza seerat-eratnya.
" I love you more..."
Esha
tersentak.. Semuanya kembali padanya.. Faza, Im.. kebenaran.. cinta..
Dia teringatkan kisah Cinderella. 12 tengah malam dan semuanya
akan meninggalkannya... semuanya...Macam magik.
“
Saya tahu...apa hubungan awak dengan Faza.. ” jawab Esha perlahan.
“
Jadi awak patut tahu apa yang saya lakukan dengan awak adalah untuk kepentingan
diri sendiri. It's just a tantrum , an angry feeling,of being neglect. “
“
Emm...”
Esha memandang jauh ke langit..
Esha memandang jauh ke langit..
“
Saya akan terus permainkan perasaan awak seperti ini, Saya akan terus buat awak jatuh cinta pada saya., seperti ini.."
" Jika awak terus mendekati saya, saya hanya akan mempergunakan awak...“
" Jika awak terus mendekati saya, saya hanya akan mempergunakan awak...“
Sunyi.... keadaan sunyi...
“It’s
okay...” kat Esha.
Kupon yang disembunyikan di kocek seluarnya digenggam erat. Dia ingat ingin berikan pada Im, tetapi nampaknya, dia akan simpannya... lagi.
“ Awak boleh gunakannya..” Esha membuat keputusannya.
Im getap bibir, dia marah.
“ Awak boleh gunakannya..” Esha membuat keputusannya.
Im getap bibir, dia marah.
“
Baiklah...I already warned you.. ” Im menarik Esha.
Malam
itu, Esha memberikan ciuman pertamanya pada Im- Lelaki yang akan melukakan hatinya.
Lelaki yang dia cinta.
Lelaki yang dia cinta.
Ferris wheels bergerak turun..