Dengan
sweater kelabu yang dua kali ganda besar saiznya, hood yang menutup sepenuh
kepalanya, Esha duduk di tempat yang sama. Satu-satunya tempat dining yang
tersembunyi dari pandangan khalayak ramai tetapi mempunyai pandangan dan laluan
mengadap kitchen. Dari situ,dia dapat lihat jelas akan tingkap kecil kitchen
itu. Dan di situ, dia dapat lihat Im
yang sedang membuat kek dan pastrynya di dapur.
Sebelum mulakan hari dan sebaik menerima order yang pertama, Im
akan makan coklat mint yang dibuatnya
sendiri.. Kemudian, bila dia leka menyiapkan kek, tanpa sedar Im akan bersiul.
Im tidak suka dipanggil ke depan, jadi bila ada pelanggan request untuk
bertemunya, dia akan senyap-senyap menghilangkan diri. Lokasi persembunyian
adalah dalam toilet.
Dan
jika dia terpaksa berjumpa pelanggan di depan, dia akan menjadi lelaki paling
gentleman dan sweet tutur katanya. Mulut
Im akan muncung bila cuba sembunyikan rasa malunya saat menerima pujian dan
bila Im membaca dokumen, dia sering bermain dan gigit pennya.
Esha
tersenyum bila mengingati semua itu. Sudah berapa kali dia ke sini? Hmm..tidak
terkira.. Sudah berapa kali mereka berjumpa dan berborak selepas peristiwa di
festival hari itu? Kosong..
“
Special dari chef kami..”
Ary datang dan meletakkan satu keping kek yang cantik
pada Esha. Kek yang tiada dalam menu
hari ini, kek yang Im buat khas.
“
Terima kasih..”
Setiap hari, kek yang berbeza.. special dari Im.
Esha
pandang ke arah kitchen dan lihat Im sedang memerhatikannya dengan lirikan mata
yang mengusik dan senyuman yang memikat, kemudian Im kembali pada kerjanya,
seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Esha tertunduk malu, dia mendengar degupan
hati sendiri yang rancak..Dia mengosok-gosok kedua-dua pipinya, cuba
mengurangkan kemerahan yang semakin jelas. Ya, setiap hari,Im akan buat dia
begini.. dan dia hanyut dalam senyuman dan kenakalan Im. Esha menyuap masuk kek
ke dalam mulutnya. Manis..
~~~
Zarif
perhatikan mereka berdua. Bukan hari ini sahaja, tapi setiap hari. Sambil
mengelap gelas dari kaunter display, pandangannya tidak pernah lari dari
memerhatikan gelagat mereka. Gadis dalam sweater besar itu Esha, dan Im...
“
Is he ...flirting?”
“
Sapa boss?” sampuk Fai yang tiba-tiba muncul dari belakang. Hampir-hampir
sahaja Zarif terlepas gelas di tangan.
“
Kau ni! Kalau pecah gelas kesayangan aku
ni... “
“
Tapi tak pecah kan.. Sef pecah lagi banyak.....”
Zarif
peluk leher Fai ala-ala wrestling,
kemudian bila Fai mengaku kalah, baru dia lepaskan. Fai kembali membuat kerjanya dan Zarif memandang
ke arah kitchen lagi, pada Im yang sedang menyanyi-nyanyi dan leka. Sudah lama dia
tak lihat diri Im yang seperti ini.
Dahulu ,
Im tidak suka dirinya diperhatikan oleh pelanggan dari tingkap kitchen tu...
dia akan mengelak berada di situ.. Jarang sekali mereka dapat lihat Im dari
situ. Tapi kini, di situlah Im akan
berada. Malah, Im sejak akhir –akhir ini
lebih ceria , lebih banyak bergurau, lebih open dari biasanya yang tegas,
dingin, garang, gila kerja, kijam..ok yang kijam tu sengaja Zarif tambah. Tapi
ini bukan selalu yang berlaku!. Im sudah lama tidak ceria dan open seperti ini.
“ I’m happy , you know...”
Itu
ayat Im bila dia tanya perubahan diri Im itu.. Happy? Sudah Lama dia tidak
mendengar ayat happy itu..sejak 5 tahun lalu.. .Semua
ini Zarif perasan sejak kehadiran Esha di kafe Adora.
Memang Im tidak bercakap
dengan Esha, tiada komunikasi antara mereka tetapi Zarif dapat lihat dari mata
Im yang kerap memandang Esha, senyuman yang sentiasa terlirik di bibirnya dan
Esha yang kelihatan segan setiap kali mereka bertentang mata. Zarif yakin ada
sesuatu antara mereka. Dan di mata Zarif, ia kelihatan seperti Im sedang
mengusik Esha.. Hanya mengusik tidak lebih dari itu.. dan Esha, terang-terang
dia dapat lihat , Esha ada perasaan pada Im.. ia lebih dari suka... lebih dari
itu... cinta?
“
Cinta? Aku tidak berminat dengan benda tu.. It’s bullshit..” kata Im sambil bermain PSP.
“
Sebabkan kau tak pernah mengalaminya, kau ambil mudah tentangnya..”
“
Jadi kau pernah mengalaminya?”
Im senyum sambil tertunduk.
So, tell me Mr Love... apa itu cinta?” soal
Im, berminat. PSP dimatikan.
“
It’s a precious feeling.. That you won’t realise when you had it.. ”
“
Ceeehhhh...”
“ Im, bagi aku cinta adalah perkara paling
indah. Jika kau dapat merasainya.. kau akan hargainya lebih dari segala-galanya
seperti aku. Dan bagi aku...”
Perbualan
dengan Im satu hari dulu, bertahun dahulu, ketika mereka sama-sama belajar di Jepun, mengetuk
memorinya. Im bukan lelaki yang ambil mudah tentang cinta, jauh sekali
mempermainkan cinta orang lain.. jadi kenapa? Betulkah ini hanya satu
permainan ?
“ Dan bagi aku... aku hanya ada
satu cinta...hanya satu..”
Zarif
renung Esha yang sedang menikmati kek special Im itu. Zarif risau... ada
sesuatu tidak kena, dan antara mereka, seseorang akan terluka.