Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 29 Disember 2014

Adora Cafe - Cinta 16





Im turun dari buai.
“ Awak boleh tunggu saya?”




Esha perhatikan taman permainan yang lengang di kala larut malam begini. Tiada beza.. Dia duduk di buaian dan berbuai dengan perlahan sambil membiarkan kakinya bergesel di tanah. Taman permainan yang tidak jauh dari rumah anak yatim Seri Mahligai adalah tempat persinggahannya setiap kali dia kembali ke sini, setiap tahun...  

Di sini, setiap tahun dia mengingati dan menunggu budak lelaki yang akan menjadi heronya. Tidak ramai yang tahu Esha sebenarnya merupakan penghuni tetap rumah anak yatim Seri Mahligai.  Hari dia bertemu budak lelaki itu, ia juga merupakan hari dia berpisah dengannya. Masih jelas di ingatan Esha, budak lelaki yang tidak sempat dia tahu namanya itu, berkawan dengannya, mengukir janji padanya, memberikannya hadiah dan kemudian menyuruhnya menunggu di sini sebelum tiba-tiba beredar dan terus menghilang. 

Esha berhenti berbuai. Ironinya, tahun ini, saat dia fikir yang dia tidak akan kembali ke sini lagi, saat dia mahu berhenti menunggu, dia dipertemukan dengan Im dan Im... Im adalah budak lelaki itu.

Esha sentiasa berfikir, jikalah hari itu, dia tidak beredar dari sini untuk mencari Im mungkin pertemuan kedua mereka tidak akan mengambil masa begini lama. Jika hari itu dia tidak dilanggar kereta, situasi mereka mungkin berbeza dan jika... hari itu, dia tidak diambil menjadi anak angkat pasangan yang tidak sengaja melanggar nya, dia takkan berpisah dengan Im.

Dalam satu hari, satu pertemuan, satu perpisahan, satu memori..  tetapi ia kekal hingga ke hari ini. Bagi Im inilah cinta pertama dan cintanya..tetapi apa yang Im tidak tahu adalah ini juga cinta pertama bagi Esha. Cintanya...

~~~~~~~~




Im berdiri di sisi buaian yang berayun perlahan. Dia menyentuh buaian besi yang sudah lama itu, lalu duduk diam-diam di situ. Semuanya masih sama.. tiada beza. Di sini perpisahan mereka.

“ Awak boleh tunggu saya?”

Jelas di ingatannya, hari itu sebaik sahaja dia kembali ke sini dengan membawa dua tin laici untuk dikongsi bersama budak perempuan itu, keadaan di sini kosong, sama seperti malam ini. Tiada sesiapa dan tanpa budak perempuan itu. Dia tidak sempat tahu namanya, siapa, dan dimana budak perempuan itu tinggal. Apa yang tinggal hanya sebuah memori dan sebuah penantian. 

5 tahun lalu, ia sepatutnya sudah berakhir ,bila dia tekad menghentikan segala pencarian dan penantian ini.. Cinta pertama? Cinta? Dia ingin melupakan segalanya..Kemudian Faza muncul, mengaku dirinya cinta pertama Im, mengaku dia adalah budak perempuan itu, mengulang kembali memori pertemuan dan perpisahan mereka..

Dan Im tahu...  Faza membohonginya... Tetapi dia menerimanya, kerana dia tidak sanggup menafikan dan kehilangan cinta pertamanya, cintanya...  Im membina memori palsu.  Ini cintanya... tetapi...

Budak perempuan itu Esha... ulang-ulang kenyataan itu menyeksanya.

~~~~


Sebaik sahaja bangun, sarapan pagi ala inggeris dan melayu sudah lengkap berada di atas meja makan.Dari nasi goreng , nasi lemak , ke omelette , bread and beans, dan mushroom soup,  semuanya lengkap seperti di hotel lima bintang. Dan sudah pastinya special dessert untuknya, kek kegemarannya turut disediakan oleh Im.  Faza paling suka bila dapat bersarapan di sini bersama Im, dapat melihat wajah Im yang bersih dan gembira itu serta layanan Im padanya.

“ Kan I dah kata tak payah buat semua ini untuk I..” tegur Faza pada Im yang sedang membakar biskut dalam oven.
“ Salahke I nak layan yang terbaik untuk cinta hati I ni... “ 

Im menanggalkan apron. Dia mendekati Faza dan mencium ubun kepala Faza, sesuatu yang istimewa dilakukannya hanya untuk Faza; menggantikan ucapan selamat pagi antara mereka.

“ Lagipun bukan selalu you bermalam di sini.. Apa kata you pindah masuk dan tinggal di sini dengan I? I miss you... ”

Faza ketawa mendengar usikan Im sering didengarnya setiap kali dia berada di sini. Dia mencium pipi Im kemudian duduk di meja makan. Kek dicapai dan dimakannya. Sambil itu, dia menjeling pada kain selimut dan bantal yang tersusun kemas di sofa ruang tamu.

“ You tau kan,  you tak perlu tidur di sofa setiap kali I bermalam di sini kan?”
“ Are you saying.. I patut ambil kesempatan terhadap you?.”
“ Do you want to?”
Im senyum. Raut wajahnya  manis bila dia tersenyum dan Faza tidak ingin melihat Im tersenyum untuk orang lain.. . 

“ If I do, will you consider to leave everything and run away with me?” tanya Im, serius.
“ Im... please... kita dah bincang pasal ni kan... “
] “ I know.... I just kidding...”

Mereka berdua tidak bercakap lagi. Faza tahu Im tidak bergurau tadi.. tetapi jawapannya masih sama.. Im faham bukan? Faza makan dengan Im duduk di sisinya, memerhatikannya.

“Wahhh...boleh tahan pandai juga Esha decorate kek yer..cantik..” puji pengacara pada Esha yang menjadi tetamu mereka untuk rancangan hari itu. 

Im dan Faza memandang kearah televisyen yang sedang terpasang dengan rancangan Dessert Table yang sedang ditayangkan.

“Terima kasih..saya selalu memerhatikan seseorang buat kek.. ”
“ Seseorang?Siapa?”

Faza perhatikan raut wajah Im..Im tidak pernah berminat pada apa-apa melainkan dirinya.. tetapi hari ini berbeza. 

“ Esha sukakan kek ke?” soal pengacara bila Esha tidak menjawab soalannya sebelum ini.
“Saya sudah jatuh cinta!”
Pengacara itu terkejut bila Esha tiba-tiba memberi kenyataan tidak berkaitan seperti itu. Esha merenung kamera, wajahnya tenang, tetapi serius.
“ Betul-betul sangat –sangat jatuh cinta... bagaimana?  I think I lost my mind.”sambung Esha.
 “ Err... .. Esha?"
 Esha tidak menjawab, membiarkan suasana kekok berlangsung di studio itu. Kemudian beberapa minit kemudian, Esha memandang kepada pengacara dan ketawa.

“ Saya jatuh cinta dengan kek.  ...bukan sukakan kek.. ”

 “ Ohh.. Wahh... hahaha... saya ingatkan apa lah tadi.. “ pengacara pula ketawa.


Im menunduk dengan bibirnya terukir senyum.  Faza tidak senang hati..kegembiraan yang terpacar itu berbeza dari selalu yang dilihatnya.. Dan paling penting, ia tidak rasa palsu seperti sebelum –sebelum ini... tidak sama seperti apa yang berlaku di bilik persalinan sebelum ini.... Kali ini, Im bukan sengaja untuk menyakitkan hatinya, atau cuba mencabarnya. Cuma senyuman itu bukan miliknya.  





' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'