Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 30 Disember 2014

Adora Cafe - Cinta 16.5




Im senyum.Seharian ini senyuman itu tidak lekang di wajah Im.  Manis, ceria... Im kelihatan lebih aktif dari selalu,  setiap pergerakannya kelihatan ringan seolah-olah dia sedang menari-nari di kitchen itu, bermain-main.... Im yang selalunya serius, nampak begitu playful hari ini.. dan setiap kali dia hanyut leka dan  khayal memerhatikan Im, Im pasti akan tiba-tiba memandang ke arahnya. Seolah-olah mengetahui dari jauh yang hatinya sedang berdebar-debar hanya dengan melihat diri Im.

Mata mereka bertaut dan...seperti selalu, Esha akan melarikan renungannya, lalu tertunduk segan. Bila dia mendongak kembali, Im masih tidak beralih dari situ. Tiba-tiba Im tunjuk ke arahnya, dan dengan jari telunjuk itu, Im mengerakkannya ; memanggil Esha ke arahnya.

“ Sa.. saya ke?” Esha tunjuk muka sendiri. 

Im mengangguk, bibir itu tidak berhenti tersenyum padanya.  Esha confused, Im panggil dia masuk ke kitchen tu ke? Kenapa? Kemudian Esha sedar sesuatu, di sekelilingnya kini sudah tiada sesiapa. Tiada pelanggan dan pekerja Kafe Adora. Esha lihat pintu depan sudah digantung dengan signboard CLOSED.  Bila masa?

Esha memandang pada Im yang masih menantinya.Hanya dia dan Im. Setiap kali mereka berdua-duaan, sesuatu akan berlaku. Di rumah Im, di festival, di rumah anak yatim tempoh hari.. kata-kata, ciuman, pelukan..perbuatan  Im. Im betul-betul maksudkan kata-katanya itu bila dia akan membuatkan Esha jatuh cinta, semakin cinta.. setiap hari, setiap saat, setiap nafas.. dan dia kini rela terperangkap..

“ Im awak teruk... sangat teruk...”kata Esha perlahan. Dia melangkah ke arah Im.

Sebaik sahaja Esha masuk ke dalam kitchen, dia mendengar alunan musical instrument yang indah. Adakah sebab lagu ini, membuatkan mood Im seceria ini?Adakah disebabkan itu juga Im kelihatan berbeza hari ini?  

“ Awak guest pertama kitchen ini dan the only guest .. yang saya benarkan masuk ke sini.. ”  
Esha terasa istimewa bila diberitahu begitu.
 “Awak ni memang tak kisah apa yang akan berlaku pada imej awak ke?” tiba-tiba Im meninggikan suara.
“ Ke.. kenapa?”
“ Saya sudah jatuh cinta! Saya jatuh cinta dengan kek... bukan sukakan kek...” Im mengimik.
Esha terkejut.  
“ Awak tengok??!!  Awak kan tak minat tengok berita hiburan? Camne awak boleh... . “
“ Memang saya tak berminat ! tapi..."
Im dengan lembut menjentik dahi Esha.. 
" saya berminat pada awak...” 

Lidah Esha terasa terkunci. 

“ Hah! Merah padam muka tu.. Apa sahaja yang saya cakap, awak mudah percaya. Reaksi awak ni macam thermometer .. saya yakin hati awak sedang berdebar-debar sekarang kan... ” 
 Esha terasa disindir.
“ Sebab awaklah reaksi saya begini! Ingat saya apa.. .apa nak buat, dah saya suka kat awak, cintakan awak... haishhh.. otak saya ni betul-betul dah tak betul sebabkan awak tahu!  ”marah  Esha membebel.

  Giliran Im pula terdiam. Raut wajah Im berubah. merenung Esha.

 “ Err.. maksud saya err..awak yang bertanggungjawab!! Apa-apa jadi pada saya sebabkan perasaan saya yang awak pergunakan ini..  awak kena bertanggungjawab."

Esha tak tahu apa yang dia melalut ni.. Seriously sejak dia jumpa Im, apa yang keluar dari mulut, apa jua tindakannya... semuanya kelihatan bodoh.  Luahan mendadak di Dessert Table itu jua dia tidak faham mengapa,... perasaan ini bagaikan sedang mendesaknya dan Im terus menerus membuatkan ia semakin gila.. 

“ Baiklah... saya akan bertanggungjawab.“
 Esha perhatikan wajah Im melihat adakah Im cuba mengusiknya lagi.
  “ Saya akan jadi hero awak.... ”

Esha tergamam. Imej Im dikala kecil muncul di depannya. Adakah?

“ Mencintai saya dan tidak menyembunyikan perasaan itu. Saya ingin lakukan perkara yang sama untuk awak.... boleh kah?” 

Kata-kata Im itu kedengaran begitu lembut... 

Im ketawa bila melihat Esha dari tadi kaku macam patung tanpa reaksi. Ditariknya Esha mengikutnya ke meja yang sudah disiap sediakan dengan semua barang-barang yang diperlukan.

“ Mari, saya ajarkan awak buat kek kegemaran saya...
                                               .... Saya ingin awak buatkan untuk saya nanti..hanya awak... ”









' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'