Sebaik sahaja dia masuk ke dalam
bilik persalinan ini dia lihat dua insan yang sebolehnya dia tidak ingin jumpa
lagi. Faza dan Im.
“ Diorang takde bilik extra, so
kita kena berkongsi bilik.. It’s ok kan?” sapa Faza yang sedang dibantu oleh
makeup artisnya untuk membuat rambutnya. Buat pertama kalinya, Faza dan Esha akan
berlakon dalam filem yang sama, dan mereka akan berada di sini buat masa
seminggu.
“ Okey je....” Esha mengambil tempat duduk di meja solek
bersebelahan Faza.
Dari cermin, dia dapat lihat imej pantulan Im yang sedang
leka membaca majalah di belakang. Im nampak tenang dan cool seperti biasa .
Dia yang memakai kemeja hitam lengan panjang dengan butang baju yang tidak
dikancing habis serta gaya duduknya yang bersahaja, dia nampak seperti model
katalog baju berjenama. Esha tertanya- tanya kenapa Im
masih boleh berada di sini bersama Faza setelah apa yang berlaku hari itu..
“ I love you more..”
Huh, ayat Im pada Faza itu
memungkinkan segalanya. Im mencintai Faza lebih dari Faza mencintainya, mungkin mereka bergaduh sekejap kemudian
berbaik semula, biasalah rutin pasangan bercinta, memang begitu.. pujuk hati
Esha walaupun kalau difikirkan logik, dan kalau dia di tempat Im, dia takkan
senang-senang memaafkan Faza yang berkelakuan gediks dan mesra dengan lelaki
lain depan mata lak tu.
Mungkinkah Im tidak tahu tentang komposer itu? Jika dia tahu apa reaksinya nanti? Esha yakin pada apa yang dia
lihat berlaku antara Faza dan komposer itu, mereka lebih dari sekadar
kawan. Sedang Esha sibuk bermain dengan
fikirannya, Shasha dan Kak Safa- make up artisnya masuk. Tanpa lengah mereka menyiapkan
Esha.
“ Siapa tu yer?” soal Shasha pada
Esha , tertarik pada lelaki yang duduk di belakang mereka.
“ Masa aku masuk tadi dia dah ada
dengan Faza.” jawab Esha walaupun dalam hatinya hendak memberitahu yang itu boyfriend
Faza, teman lelaki Faza, cinta hati Faza!!
“Ohhh.. Faza, siapa yang kat
belakang ni yer?” tanpa segan Shasha yang over peramah itu, terus bertanya pada Faza, walaupun dia tahu Faza adalah artis senior berbanding
mereka.
“ Oh.. dia hantar order I. A delivery boy.. “ jawab Faza sambil menunjukkan kotak kek di atas meja soleknya.
Dari cermin, Esha lihat raut wajah Im sedikit tersentak.
“ Ooh..bakery mane? Ada delivery
pula yer...”
Im tiba-tiba bangun dari duduk.
Dia mendekati Faza ,berdiri di belakang
Faza,tunduk dan membisik di telinga Faza. Perbuatannya buatkan Shasha dan
Kak Safa terkedu.
“ Saya nak balik dah...
Bayarannya?” bisik Im perlahan.
Faza senyum dan mencapai pursenya, mengeluarkan
wang kertas RM50.
“ Keep the change..”
Dari cermin, Esha perasan renungan Im jatuh pada dirinya.
Im
mencapai bayarannya.
“ Nanti! “ tahan Shasha bila
lihat Im hendak keluar. “ Boleh saya
dapat no telefon awak eh.. I means..
kedai bakery awak.. Nak order..”
“ Hulurkan tangan awak...”
“ Huh..”
“ Hulur..”
Shasha menurut. Dan sebaik
tangannya dihulur, Im melurutnya lembut kemudian memegangnya. Hati Shasha
berdegup kencang. Im perasan perubahan itu lalu mencium tangan Shasha, ala-ala
bangsawan.
“ Secret...” Im kenyit mata dan Shasha tersipu malu.
Di
pantulan cermin, Esha lihat raut wajah Faza berubah.