Tiga ekor burung merpati putih
kelihatan terbang rendah dan membuat satu pusingan di langit biru sebelum
hinggap di tepi kolam renang untuk minum. Di situ, di bawah payung teduh, Esha sedang baring di
atas kerusi rehat, menikmati keamanan dan ketenangan saat ini. T-tshirt putih
dan skirt labuh warna merah jambu yang
dipakainya berbuai-buai di tiup angin petang. Relaks.. cool... Ahh... tak
sia-sia dia datang ke sini.
Peristiwa dua hari lepas bermain
di mindanya. Hari itu, sebaik sahaja Im beredar, lebih kurang 5 minit kemudian,
dia juga melulu keluar. Cuba mengejar Im, tetapi dia tidak mengerti mengapa dia
berperangai begitu.
“ Kau ni kenapa Esha?” tegur
Shasha sebaik sahaja mereka berdua keluar dari bangunan . Shasha juga mengekori
Esha tadi dan dilihatnya Esha seolah-olah mencari seseorang.
“ Kenapa beberapa hari ini, kau
cam pelik je..Hari tu muka pucat cam nampak hantu, kemudian semalam kelam
kabut.. hari ni pula tercari sana sini? Apsal ni...?”
“ Emm... entahlah..”
“ Entah?”
“ Shasha, I think I need some
vacation...”
Dan..... hari ini tiba!! Walaupun
bukan vacation ke Hawaii atau Pulau Maldives kerana schedule kerjanya masih
padat untuk minggu ini, tapi OFF day satu hari ini sudah cukup baginya. Esha memandang kondominium mewah di depannya.
Di sinilah dia tinggal buat sementara hingga habis shooting filem di
sini.. Yang bestnya tempat ini walaupun tidak sebagus hotel 5 bintang yang
ditempah untuk para pelakon tetapi tempat ini privasi tidak ramai orang.. Dia bebas menjadi dirinya. Esha teringatkan perbualan
ringkasnya dengan Faza sebaik sahaja tamat shooting hari itu.
“ Lelaki tadi tu... “
“ huh?”
“ Delivery man tadi tu... “
“ Oh.. ye.. kenapa dengan dia?”
“ Betulkah dia hanya delivery
man?”
Akhirnya Esha berani menyuarakan soalan ini, persoalan yang bermain di
fikirannya sejak beberapa hari ini. Apa sebenarnya hubungan Faza dan Im? kerana
berdasarkan apa yang dia saksikan... ia sepatutnya lebih dari itu... atau
mungkin dia silap?
“ Yeah, He is just a delivery man.. “ jawab Faza dengan mudah.
“Oh.. lupa pula.. You jangan
start any gossip tentang ini okey.. I dan dia tiada apa-apa hubungan....” pesan
Faza sebelum mereka berpisah hari itu.
”There is nothing between us..“ tegas Faza lagi.
Esha mengeliat letih memikirkan
benda-benda yang tiada kena mengena dengannya.
Mungkin dia patut lupakan semua yang berlaku dua tiga hari ini..apa yang
dia lihat, apa yang dia ketahui.. semuanya tidak berkaitan dengan dirinya. Esha bangun dan pergi ke vending
machine minuman yang disediakan di lobi kondo, berdekatan dengan lif utama.
Tekaknya tiba-tiba terasa haus dan setelah agak lama berdiri di depan mesin
itu, akhirnya dia memilih juice peach yang sejuk.
Gedegang!
Esha seluk tangan untuk mencapai tin
warna merah jambu itu. Tak sempat-sempat, dia terus membukanya,meneguk air
manis itu macam orang yang tersadai di Gurun Sahara. Sambil meneguknya, dia
ternampak seseorang masuk ke dalam lif dan sebelum sempat lif itu tertutup,
Esha nampak jelas wajah lelaki itu.
“ Nanti!!!” jerit Esha berlari
mendapatkan lif sebelum ia tertutup.
Lelaki itu menahan lif untuknya. Esha berjaya masuk dan lif yang hanya ada mereka berdua itu tutup dan terus naik ke atas.
“ Tingkat berapa?” tanya Im.
Esha tidak menjawab. Dia tiba-tiba
rasa gelabah. Apa pasal pula dia tiba-tiba naik lif ini? Tadi, memang dia terkejut
tadi bila ternampak Im dan tanpa berfikir panjang, dia meluru masuk ke
lif, tanpa apa-apa plan atau niat.. sama seperti hari itu, bila dia cuba
mengejar Im.
“Tingkat berapa?” Im ulang
soalannya, kali ini dia merenung Esha lama. Pantas,tanpa berfikir, Esha menekan
button lif tingkat yang paling atas.
“ Kita pernah kenal ke?”
Esha semakin gelabah. Kenapa Im
banyak tanya pula ni? Dan OMG, Im tak cam muka dia ke? Kan mereka pernah
terserempak, 2-3 kali, lelaki ni.. ishh.. lelaki ni cuma nampak Faza je
ke?!! Mungkin itulah panahan cinta. Mereka yang bercinta hanya hidup dalam dunia
mereka sahaja.. sama seperti lirik lagu CINTA nya.. Jelesnya...
“ Saya tidak pernah lihat awak di
sini...”
Esha menunduk tidak berani
menjawab atau pun memandang Im. Peramah pula Im ni... tapi bila ingatkan balik
hal di Im dan Shasha hari itu, Esha was-was samada ini adalah memang sikap Im
atau salah satu ayat flirtingnya?
Bukankah Im dah ada Faza? Tapi Faza kata mereka tiada apa-apa hubungan..
“ I love you more..”
Esha sure pada apa yang didengarnya dan dilihatnya antara Im dan Faza. Jika mereka tiada apa-apa hubungan,tapi mesra dan bercumbuan
lebih dari sekadar kawan.. dan ditambah dengan sikap Im yang flirting dengan
Shasha, dan Faza yang juga flirting dengan lelaki lain...Konklusinya, semua ini
kelihatan seperti Im ni lelaki simpanan Faza?!!!
“ Im.. Apa yang you lihat tu it’s nothing. .We just.. friend..I just.. “
Tapi jika Im hanya lelaki
simpanan, kenapa perlu Faza kelam-kabut
memberi penjelasan pada Im bila kantoi dia bermesraan dengan lelaki
lain. Ahhhh!! Esha semakin pening...
“ Awak tinggal di sini kah?” Im
cuba berbual lagi.
“ Aah...”
Esha memandang Im yang kelihatan
segak berpakaian kemeja putih tanpa dikancing habis, mendedahkan lehernya yang
panjang dan tulang kolar tengkuknya yang
dalam. Im mengayakannya dengan seluar skinny jeans warna hitam dan kasut canvas
yang sedondon warna. Entah kenapa pakaian yang formal ini bila disarung di
tubuh Im, kelihatan stylish dan casual. Di tangan kanannya pula Im memegang satu
beg plastic dari supermarket berdekatan.
“ Tingkat paling atas ini?”
Esha baru perasan yang Im tidak
menekan mana-mana butang pada lif, seperti Im juga ingin naik ke tingkat paling
atas ini. Esha gelabah. ooo... jadi Im tinggal di tingkat paling atas rupanya. Terus Esha tidak boleh kta yang dia tinggal di situ, sebab impossible Im tidak
kenal jirannya atau jiran barunya.
“ Tak.. kawan saya tinggal di
tingkat ni.. “ bohong Esha..
“ Ohh...”
Im diam. Tiada lagi perbualan
antara mereka. Tidak lama kemudian, lif terbuka dan mereka berdua keluar dari lif.
Tetapi Esha terkedu bila melihat yang di tingkat ini, di lorong ini.. hanya ada
satu pintu apartment.. tiada apartment lain. Hanya satu PENTHOUSE.. dan
pemiliknya adalah Im. Patutlah Im banyak tanya tadi, sebab Im pelik kenapa
seorang perempuan yang tidak dikenalinya, hendak datang ke rumahnya? Kemudian
mengaku kawan lak tu? !!!
Esha siap sedia untuk meluru
masuk ke dalam lif atau lari ikut tangga kecemasan. Tetapi Im lebih awal sudah mengagak apa yang Esha akan lakukan dan
dia terlebih dahulu memegang tangan Esha, menarik Esha padanya. Menghentikan
segala-galanya dan mewujudkan 1001 rasa tidak keruan di hati dan seluruh diri
Esha...
Im senyum dan Esha rasa panas di kedua belah pipinya
yang kini kemerah-merahan...