Mereka
hanya berdua di dalam bilik persalinan privasi ini. Faza di meja soleknya
membetulkan dandanannya dan seperti biasa, Im berada di belakangnya, duduk membaca
majalah. Mereka tidak bercakap apa-apa, samada tentang ‘delivery boy’ itu
ataupun tentang janji Esha untuk makan malam bersama Im, semalam - yang tidak
ditunaikan untuk entah keberapa puluh kali.
“
Are you mad at me?” tanya Faza mencuri pandang pada Im dari bayang cerminnya.
“
I’m not...”
“
Hate me?”
Im
serta-merta memandang Faza, renungannya dan wajah itu menyatakan yang dia tidak
mungkin membenci Faza, yang hatinya hanya akan terus mencintai Faza untuk selamanya.
Faza tersenyum puas..Dia tak perlukan penjelasan atau bait-bait kata dari Im,
kerana hanya dengan melihat, dia dapat rasakan cinta itu.. cinta Im padanya..
cinta mereka..
“
Ah! Im!”
Im
memandang pada Esha yang tiba-tiba masuk
dan terus meluru ke arahnya. Wajah Esha ceria dengan renungan mata yang
bersinar-sinar seakan anak kecil, dan suara yang overexcited , Esha duduk di
depannya. Im pelik.. Esha ini tidak
nervous dan malu-malu seperti di kafe dan di apartmentnya tempoh hari. Kenapa
mesti Esha ini berlakon menjadi orang lain?
“
Tempoh hari saya lupa nak ucapkan terima kasih untuk kek baru awak tu... Ianya
sangat sangat sedap.. dah dijual ke?” tanya Esha mesra seolah-olah mereka sudah
rapat, sedangkan hanya beberapa kali mereka berbual.
Im meletakkan majalah yang
dibacanya ke tepi.
“
It’a best seller...” jawab Im dengan lembut.
“
Wow! Saya mesti datang untuk makan lagi...”
“
Di kafe atau ...makan di rumah saya,
seperti hari itu?”
Im mengukir senyuman yang mengusik. Esha
terkedu, pipinya naik panas mengenangkan apa yang berlaku di rumah Im hari
itu.Namun bila perasan anak mata Im sedang memandang Faza, sedang menantikan reaksi Faza , serta- merta
Esha tersentak.. Ia sama seperti hari itu... dengan Shasha..
“
Awak akan datang ke esok? Ke festival itu? ”
Perhatian
Im kembali pada Esha. Wajah itu menunduk merenung kedua tangan yang digenggam
erat di atas peha- nervous menanti
jawapannya. Esha yang malu bila memandang wajahnya, Esha yang dikenalinya,Esha yang jatuh cinta
padanya. Sejak
awal lagi dia tahu, Esha sukakan pada dirinya. Im, dia sudah lali melihat gadis-gadis
lain yang sama seperti Esha, yang jatuh cinta padanya. Kelakuan mereka semuanya
sama.. seperti ini.. Naifnya cinta..
“
Festival itu?... Saya tidak pernah dengar apa-apa tentang festival..” tanya Im seolah-olah ini kali pertama dia mendengar tentang itu.
Seolah-olah dia sudah melupakannya ajakan Esha itu. Memang
benar Im tidak peduli tentang Esha lagi.. Apa yang berlaku antara dia dan Esha
hanya satu kesilapan yang berlaku disebabkan dia tidak dapat mengawal
perasaan yang mahukan perhatian dari
Faza. Ia satu kesilapan, it’s a childish prank dan Im sedar.. yang dia tidak
wajar mengambil kesempatan terhadap perasaan Esha yang naïf ini..
Disebabkan
itu, untuk membetulkan keadaan, dia
memberitahu Esha tentang kisah cinta pertamanya. Walaupun tidak direct dia
beritahu yang dirinya adalah kekasih Faza, tetapi dia mahu Esha tahu yang
hatinya sudah terikat pada cinta pertamanya.. kekasih pertamanya.. dan tidak ada
apa-apa yang dapat mengubah perasaannya. Ringkasnya
dia mahu Esha sedar, tiada ruang untuk Esha di hatinya dan hubungan mereka
berakhir takat ini sahaja. Dia mahu Esha putus asa dan tidak lagi berusaha
mendekatinya. Dia tiada apa-apa harapan untuk diberikan pada Esha. Hari itu,
dia sudahpun menolak cinta Esha terus terang.
Jadi bila dia lihat raut wajah Esha yang berubah saat dia dengan dingin memberikan jawapannya, Im sudah menjangka yang hati Esha terluka. Ironinya dia tidak kisah. Sebab Esha sepatutnya sudah bersedia menerima kemungkinan yang hatinya akan terluka lagi bila mendekati Im, bila membuat keputusan menegurnya, berlakon 'mesra' seolah-olah tiada apa-apa berlaku antara mereka.
" Saya harap awak datang. Saya tunggu..."
Im terkejut, dipandangnya Esha, sedikit keliru kenapa Esha masih ingin mendekatinya sedangkan dia tidak lagi mahu terlibat dengan Esha. Kemudian Im sedar sesuatu.. Namun, dia tidak berminat untuk berbual lagi dengan Esha.
Esha minta diri dan keluar dari
bilik persalinan. Tiada jawapan dari Im seperti apa yang Esha agak tetapi hati Esha masih ingin memberitahu Im yang dia akan menanti Im pada hari itu. Walaupun penantiannya nanti hanya sia-sia.
XOXOXOXO
“
You akan pergi ke ?”
“
Are you jealous?”
Faza
bangun dari tempatnya. Dari tadi dia mendengar setiap perbualan mereka, dan
memerhatikan reaksi Im dari bayang cerminnya. Apa yang dilihat dan didengarnya,
dia tidak suka. Im yang selama ini tidak pernah berminat untuk berbual dengan sesiapa di lokasi , hari ini
berbual mesra dengan Esha dan ini bukan perbualan mereka yang pertama. Di kafe?
Di rumah ? Kek?
“
You want me to be jealous?” Faza berdiri di depan Im, bercekak pinggang. Im
senyum gembira melihat reaksi Faza.
“
I want you to love me...”
“
I do love you...”
Im
bangun dan mendekati Faza. Dia memegang pinggang Faza, menarik Faza dengan
lembut, memeluknya dan setiap kali jarinya menyentuh tubuh Faza, ia mendebarkan
hatinya sendiri. Dia tidak mahu melepaskan Faza, dia hanya mencintai Faza,
lebih dari segalanya..
“
Then love me properly...” Im memegang tangan Faza .
“
Ikat dan rantai diriku dengan cintamu.. Show me that... “
Tangan Faza dibawanya
ke bibir, lalu diciumnya penuh kasih. Dia memandang Faza.
“
I won't go to that festival if you told me to..” kata Im pada Faza yang masih
membisu.
Bunyi pintu dibuka mengejutkan Faza. Pantas, Faza menepis dan menolak
Im. Di depan pintu, Roy pelakon utama
lelaki dalam filem mereka ini, memandang Faza dan Im.
“
Diorang nak start dah... You dah siap ke?”
“
Dah....”
Faza
mendekati Roy dan Im lihat tangan lelaki itu selesa memegang pinggang Faza.
“ Yesterday night was fun.. Malam ni you ada
apa-apa plan?”
“ Nope, takde apa-apa plan.”
“Want
to have dinner again at my place?” ajak Roy. Faza senyum dan Im terus keluar.
Wajahnya tidak gembira.