“
Ya. Memang tu nombor Danny.”
Tenang dan bersahaja Farish menjawab pertanyaanku. Senang, sempoi jer, seolah-olah tidak rasa bersalah. Sebenarnya,
memang dia tidak sepatutnya rasa bersalah pun, aku jer yang main hentam jer
anggap yang nombor telefon tu, nombor dia.
“ Tapi saya dah bagi nombor tu lama dah.
Kenapa baru sekarang awak tanya?”
Aku telan air liur. Erk... yer juga. Lama
dah dia bagi nombor tu, baru sekarang nak kecoh-kecoh. Tapi, kenapa dia bagi
nombor tu at the first place? Aku tak minta pun nombor Danny. Kenapa dia bagi?
Bagilah nombor dia kan .
Ok stop Amyra, jangan nak gedixx **
Aku perhatikan Farish yang sedang sibuk
mengajar seorang student perempuan yang aku agak berusia awal 20-an.
Tersengih-sengih si gadis tu bila tangan mereka bersentuhan saat Farish
mengajarnya menguli tepung. Tak salah aku, hari ini kelas Farish, dia nak ajar
buat cookies apa entah namanya- Aku pun tak ingat. Yerlah sibuk melayan
perasaan, berteka-teki samada Farish dan Danny berpakat tentang hal tempoh hari
tu. Pasal date tu lah!
“ Amyra, kenapa awak tanya pasal nombor tu?
“ ulang Farish, rupanya masih mengharapkan balasan jawapan dari aku. Mungkin dia juga keliru kenapa aku kecoh-kecoh
pasal benda ini.
“ Takde apa-apa..”
Seriously, aku tak tahu nak cakap apa lagi
dah, jadi aku perhatikan sahaja Farish mengajar, dengan harapan topik ini
berakhir di sini. Urghh.. naik menyampah pula aku lihat
kegedikan pelajar-pelajar Farish yang rata-rata perempuan. Farish tak sedar ke
dirinya diperhatikan dan digoda pelajar-pelajarnya? Boleh buat donno jer..
takde feeling ke hape?Aku selesakan kedudukan aku di satu sudut
meja yang kosong, menjauhi Farish. Taknaklah aku menganggu dia.
Sambil mendongak dagu, aku perhatikan
Farish yang memang aku akui kekacakannya. Rambutnya yang panjang itu diikat
tinggi seperti ‘pony tail’, kemas dan maskulin. Subang di telinga kirinya
buatkan dia Nampak macam lelaki yang jahat. Well, bad boy memang hot stuff di
kalangan perempuan terutama gadis- gadis remaja.Rasanya kali pertama aku jumpa dia pun, aku
perhatikan pakaiannya lebih ke ala gothic, or rock,. Ade tengkorak-tengkorak
gitu, cincin, rantai dengan headphone besar badaknya tu..Macam jenis bad boy.
Lelaki yang kelihatan mempunyai ramai teman wanita. Macam
tak percaya dia dan Danny...Ahh!! Baru
aku teringat!
Tujuan utama aku ke sini adalah untuk
mendapatkan kepastian tentang Danny dan Farish. Apa sebenarnya hubungan mereka?
Betulkah apa yang aku agakkan yang hubungan mereka itu lebih dari sahabat?
“ sekurang-kurangnya dia bawa teman wanita kali ini….”" bukannya boyfriend nya seperti tahun lepas …"
Berulang-ulang ayat itu bermain-main di
fikiran aku. Huhu, memberi impak betul first impression di rumah Danny itu,
tertanam di hati, hingga sekarang aku
tidak dapat memberi kata putus, samada untuk mempercayai Danny yang aku kenali,
lelaki romantika kasanova ataupun lelaki yang diceritakan dari sudut pandangan
orang lain, iaitu kisah yang diceritakan oleh Tania- tentang Danny dan Farish.
" Huhu.. Danny, walaupun saya dah
berjanji akan percayakan awak and takkan fikir bukan-bukan lagi tentang awak.
Plus no rahsia-rahsia.. tapi... "
Aku memandang Farish yang tampaknya akan
menamatkan kelasnya sebentar nanti.
“
Tapi.. awak dengan Farish tu.. is a lover. ”