Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Khamis, 29 Januari 2015

KL Love Story (S2) - Part 2





“ What lover?” 

Tegur satu suara dari arah belakangku yang berjaya  membuatkan aku terkejut beruk. Aku toleh dan lihat Danny sedang tersengih memandangku.  Mukanya yang manis tu sentiasa membuatkan hatiku bergetar lembut.

“ Takde apa-apalah. Bila masa awak sampai sini?” sengajaku ubah topik sambil berharap yang Danny tidak pasang telinga tadi.
 “ Ehhmmm.. lama juga, sejak awak cakap sorang-sorang tu... .  “

Dia meneguk air mineral dari botol mineral yang berada di tangannya sambil memerhatikan Farish yang leka dengan student-studentnya. 

“ Ha! Jadi? Awak dengar ke saya cakap apa tadi??!”

Danny terkejut, hampir-hampir tersembur; dek teriakkan aku ini.  Tapi itu tidak boleh challenge rasa terkejut aku bila melihat dia hanya tersengih dan mengenyitkan mata padaku, seolah-olah mengiyakan pertanyaan aku. Dia dengar!! AAAA!!  Betul lah ek?

 ‘ Apa yang meriah sangat ni?” 

Farish mendekati kami.  Nampaknya suara aku yang kuat tu turut menarik perhatiannya.  Keliling aku lihat student-studentnya sudah berkemas-kemas untuk pulang. Kelas sudah tamat rupanya.

“ Nothing.  “ jawab Danny. 

Dia mendekati Farish kemudian menanggalkan getah rambut Farish dan perlahan-lahan rambutnya yang lembut, lurus dan hitam itu jatuh ke bahunya. Dalam keadaan ini, wajahnya yang bujur sireh itu nampak begitu ‘keayuan’ . Aku tergamam. Farish, he's so beautiful.

" I miss you.." kata Danny begitu lembut. 

Farish tidak membalas sebaliknya aku lihat dia memberikan renungan singa pada Danny dek kenakalan Danny padanya.  Farish mengikat rambutnya kembali, tidak selesa bila diperlakukan begitu di depanku. Danny pula hanya ketawa kecil. 

“ Jadi awak akan pergi dengan saya kan?”   
Pertanyaan Danny itu mengalihkan perhatian aku dari terus terpaku menatap Farish.
“ Err?huh?”
“ Pasal surat tempoh hari tu? Itu kad jemputan dari Danish. Awak tak baca ke?’

Aku godek-godek isi beg dan keluarkan surat Danish yang aku simpan. Surat yang tak sempat-sempat nak bagi pada Danny. Tapi bagaimana Danny tahu isi kandungan surat itu tanpa menerimanya? Aik? Tanpa minta izin dari Danny, terus aku koyakkan sampulnya. Ya, memang ia cuma sebuah kad jemputan dari Danish. Tertera tarikh dan tempat untuk....

“ Sambutan HARI JADI!!??”

Apa!! Pasal benda ini sahaja yang si Danish tu beriya-iya suruh aku pass pada Danny? Budak tu berlakon berpura-pura cam benda ni penting sangat ke??  Eee............ aku ingatkan benda apa lah yang serious sangat! Hati aku rasakan yang  KOMPOM mereka berdua berpakat nak kenakan aku..  Danny dan Danish .. ha.. padan sangat ler tuh..diorang ni memang sengaja nak kenakan aku.

 “ Haaa?? Saya ingatkan benda serious rupanya hanya birthday celebration jer? Tapi kenapa  benda camni pun buatkan awak sedih sangat hari tu?.. kenapa pula?... merisaukan saya jer..” rungutku selantang yang boleh. Yerlah geram yang amat! Danny ni sengaja buatkan aku risau. Yer yok  oo jer..

Aku pandang Danny dan Farish yang membisu.  Aku salah cakap ke? Kenapa mereka berdua berwajah serius seperti ini? 

“Yes, it’s just a birthday celebration.“ kata Danny.

Dia tiba-tiba minta diri untuk balik. Katanya dia hanya singgah sekejap semata-mata untuk mengacau Farish. Sebelum beredar sempat lagi dia mengusik aku dan dalam tawa, dia meninggalkan kami. 

Namun, bila difikirkan balik, hati aku mengatakan yang dia sedang berpura-pura. Berpura ketawa, berpura-pura menyembunyikan sesuatu dari ku?  Sebab saat dia berlalu tadi, aku lihat kemuraman dan kepiluan di sinar matanya. Mungkinkah ini cuma mainan naluri wanita aku sahaja ..kah? 

“ Saya tahu pasal ‘date’ awak hari tu. “

Aku terkejut. Farish... Farish… dia tahu? Sejak bila? Aku renung Farish yang kelihatan serius. Bibirnya tidak menguntum senyuman seperti biasa. Matanya tajam memandangku, menembusi ku dan kata-katanya itu, buatkan aku terkaku. Farish marah ke? Sebab dia tahu semua tentang date tu? Tentang apa yang Danny cakapkan pada aku? 
Adakah ...dia cemburu?


“ Amyra, Danny yang ‘ sebenar’ hanya akan buatkan awak lebih terluka.  Walau apa pun perasaan awak pada dia, saya nasihatkan awak untuk hentikannya sebelum terlambat.  "




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'