Aku keliru. Apa sebenarnya maksud Farish?
Danny ‘sebenar’? Jadi adakah selama ini Danny yang aku kenali adalah satu
pembohongan? Apa maksudnya aku akan terluka?Ia satu ugutan? Atau satu amaran? Adakah sebab Farish cemburu jadi dia
mengugut aku begitu?
Tapi
walaupun kami tidak kenal lama, namun aku
tahu Farish, dia bukannya jenis yang lekas
marah atau cemburu. Hatinya baik, bicaranya teratur dan kelakuannya begitu
gentleman. Namun, jika hubungannya dengan Danny adalah
seperti yang aku fikirkan.. jadi... Cemburu kah yang mengubah layanannya
padaku?. Kenapa Farish tidak cakap direct jer
camnie..
“ Hey pompuan.. jangan kacau Danny. “
“ Hey pompuan.. kau jangan harap dapat
Danny. Danny hak aku!”
“ Hey pompuan, kalau aku nampak kau dengan
Danny lagi,, siap kau...”
Yang paling mengeramkan, apa maksud dia
kata perasaan aku pada Danny?? Suka-suka dia sahaja cakap macam tuh, seolah
macam lah dia tahu apa perasaan aku pada Danny?! Perasaan aku pada Danny hanya
satu-
Muka ku sembamkan ke bantal.
Menyampah, geram, tak suka.. itu perasaan aku! Ia bukannya perasaan yang
disangka Farish. ..kan ??
Ok, aku bohong... hari itu, semalam hati aku rasa lain bersama Danny.. tapi mungkin hanya aku, bagaimana dengan Danny?
Date? Real Date? Adakah itu step first yang menunjukkan yang Danny sukakan aku? Hari itu adakah ia bermaksud yang officially aku dan Danny mempunyai hubungan lebih dari sebelum ini?
Jap, bila ingat balik sebelum ini aku cuma Amyra yang Danny selalu kacau, usik, arah, sakitkan hati, main-mainkan.. jadi kalau lebih dari semua itu, adakah sekarang officially, aku dah naik level tinggi sikit dari itu? Level yang mana satu? Kawan atau..
“ Saya nak buat confession.""Sejak awal pertemuan lagi saya sentiasa ingin jadi sebahagian dari hidup awak . Saya tidak mahu berpura-pura lagi di depan awak..."
Kata-katanya, pengakuannya, semua itu... adakah itu cinta? Aku taknak berharap lebih, sebab... tak mungkin kan? Mungkin ke?
" Danny!! Cakaplah direct je.!! "
" Patutke aku tanya dia? Awak... suka kat saya ke?"
Ahhh!! malunya nak tanya begitu...
Aku campak bantal ke bawah kemudian berpusing-pusing atas katil cam orang gila.. Stressnye fikir macam-macam camni!!
I miss you..
Ayat itu pada Farish, gelagat mereka, kenakalan Danny pada Farish pada petang tadi. Aku telah saksikannya. Jika Danny dan Farish adalah seperti yang aku rasa.. (T.T), jadi apakah aku? Adakah aku cuma dijadikan alat untuk buatkan Farish cemburu? Sebagai cover untuk hubungan mereka?
Satu persatu kisah pasal benda-benda begini muncul di memori, apa yang aku baca dan apa yang aku ingat, semuanya seolah-olah ia sedang berlaku sekarang. Dan warning dari Farish hari ini, ia menguatkan andaianku.
Aku patut larikan diri dari perangkap Danny ni, hilang terus, back to my normal life!
Ini semua gila!
Namun, hati aku betul-betul terasa berat untuk itu..ArghhH!!! Aku garu kepala yang tidak gatal, sampai serabut rambutku dibuatnya.
“Apalah yang aku fikir ni!! Kan aku dah janji taknak
fikir bukan-bukan lagi pasal Danny.”
Aku ingat pengakuan Danny dan janjiku padanya.
Aku ingat pengakuan Danny dan janjiku padanya.
Bip.. bip..
Bunyi message yang masuk mengalih perhatianku.