Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 2 Februari 2015

KL Love Story S2- Part 4





Aku abaikan message Danny, dan selang 5 minit kemudian, sekali lagi dia hantar message.

“ Awak marah?Apa yang Farish cakapkan petang tadi, saya minta maaf, on behalf. Gomenasai. Miowwhh.– Danny.

Aku tersenyum bila lihat gambar kucing shrek mata bulat di penghujung ayatnya.

Jadi, dia tahu apa yang Farish cakapkan dengan aku tadi petang? Ini reaksinya?
Bip..bip..

Awak masih marah? Baik! Kiralah sampai 3, saya akan ke tempat awak. – Danny

Wait! Dia nak ke sini ke? Boleh percaya ke ni? Kalau betul mungkin dia ada di rumah Farish sekarang, tak mustahil dia maksudkan kata-katanya itu! Bip.. Bip..

“ 1”- Danny

Aku kelam kabut. Betul ke  apa yang Danny cakapkan ni? Dia akan datang sini ke?  Pantas aku belek wajah yang selekeh di depan cermin. Rambut yang kusut cepat-cepat  dikemaskan, muka letak bedak sikit, letak lipbalm skit.. … ok, semua check! Bip bip..

“ 2”- Danny

Eh, tapi Syu takde sekarang ini. Bahaya pula kalau biarkan Danny yang buaya tu masuk ke rumah., kan ke macam bahaya? Tak manis pula kami berdua je di rumah. Baik aku suruh dia batalkan niatnya.Cepat-cepat aku balas message nya namun baru sahaja aku tekan punat send, pintu rumah diketuk bertalu-talu.Oh tidak!

Serba salah, aku tidak tahu apa patut buat sekarang. Ah, tapi aku kan dah janji nak percayakan Danny dan tak fakir bukan-bukan lagi. So. Hmm.. ok.. jumpa sekejap je. Depan pintu jer. Jangan harap Danny boleh masuk malam-malam macam ni. Aku rancang begitu. haha... 


TOk! TOk! TOk!

Amboi, kuat pula ketukannya, bergegar pintu.  Tetiba aku rasa nak satu loceng pintu. Sabar ler cik abang oi! Aku bergegas berlari ke pintu.   Sebaik sahaja pintu dibuka, seorang remaja lelaki yang selalu aku perasan jual burger di gerai burger di bawah , menyengih memandangku. 

“ Kenapa?”
“ Ni, ada bro ini suruh saya pass kat akak. “
Aku ambil burger yang dihulur dan  kertas tisu kertas warna merah yang disekalikan.
“ Siapa?”

Budak lelaki itu rupanya dah jauh meninggalkan aku.  Aku cakap sorang-sorang rupanya, ces!Tapi bila masa pula gerai burger ni buat delivery service?  Advance nyer.. , dah boleh challenge mcd dan kfc lah lepas ni.

Burger di tangan menganggu pemikiranku. Aku tidak pernah pun order dari mereka, dahlah tu si mamat ini pun boleh blah macam itu sahaja tanpa minta bayaran. Takkan free kot? Salah rumah kot. Aku buka kertas tisu merah yang dilipat kemas itu. Terdapat tulisan dari marker pen hitam yang tertulis.

“G.O.T.C.H.A ” – CROCS KL

Crocs? Jenama kasut kah? Crocodile? Buaya?

Telefon terus berdering dan sebaik sahaja aku jawab hello, kedengaran tawanya yang menyakitkan hati.

“ Mesti awak kelam kabut kan? Haha! ? Gotcha! That's what i mean... "

Uii.... bahasa. Huhu, sejak date ari tu, laser Danny nih makin diupgrade pula.

"Yang burger ini awak bagi ek?  Saya tak makan malam-malam cenggini.. nanti gemuk." sengaja aku jual mahal. 

" Burger? Burger apa? Saya kat Singapore sekarang lah. Ada mesyuarat dengan branch kat Singapore awal pagi esok.  "

" Eh? Yerker? Pelik… "

Kertas tisu merah yang tertulis gotcha tu aku belek lagi. Habis, sapa yang tulis ni?  Kalau bukan Danny, budak burger tu ke? Yang peliknya crocs nih.. sape lagi crocs bagi aku? Dannylah.

" Hahahahha!!" di gagang telefon, Danny ketawa besar,membayangkan muka cuak Amyra.

" Awak ni, mudah sangat percaya. Fine, it was me..tapi saya buat semua ini, bukan sebab awak istimewa..." 

Aku terlihat di beranda, satu belon merah berbentuk LOVE tersangkut di ampaian. Kemudian satu lagi,  satu lagi.. dan satu lagi.. seolah-olah...  
Automatik kaki aku bergerak ke anjung.

Di bawah, terdapat berpuluh  lilin kecil warna warni, yang disusun membentuk lingkaran bentuk hati yang besar. Apinya berliang liuk lembut ditiup bayu malam, indah.  Dan di tengah-tengahnya, Danny, dengan handphone di telinga tersenyum manis memandangku. Dia melepaskan belon terakhir di tangannya lalu melambai padaku. 

Dan di gagang telefon... aku dengar suaranya lembut .... 

 " Tapi sebab awak lebih dari itu..."





Aku diam. Tak tahu nak cakap apa. Tergamam, terkejut dan senyuman terus terukir di wajahku. Tak pernah seumur hidup, aku aku tersengih melebar seperti ini. Tak pernah aku rasa begini.. Danny... dia.. Aku renung lelaki yang masih tersengih dengan lambaian di tangannya. Kenapa semua yang Danny buat begitu sweet?Sebab dia seorang playboy  ke? Atau ini sememangnya dirinya sebenar?

“  Hello?"

Aku masih tidak dapat berkata apa-apa. Terasa mulut ini terkunci dengan semua ini.

"  Awak sukakannya?"
" Saya…"

Serius aku tak tahu nak cakap apa lagi. Nak jerit terlonjak-lonjak pun ada,  nak peluk-peluk Danny pun.. nak nangis-nangis terharu pun ada.  Semuanya! Bercampur baur..

"  Baju tidur awak tu.. gambar mickey mouse... Interesting... how old are you? "

Aku tersentak. Dia sindir ni.. sinisnye hukhuk...  Lupa pula aku dah siap pakai baju tidur pyjamas gambar kartun mickey mouse warna biru. Di hujung telefon, Danny mengetawakan ku.

Ishh!! Danny ni spoil lah! Baru aku terasa terawang-awang tadi, rasa feeling-feeling tadi.. Bila kena usik macam tu, hilang semua perasaan tu.  Selalu camnie…buat ala-ala romantic, kata-kata romantic kemudian mengusik aku. Main-main, suka main-main. Suka buat aku keliru samada dia ni serius ke, atau tidak. Buat perasaan aku tak tentu arah bersama dengannya. ..Namun, perasaan yang tidak stabil ini lah… yang mengasyikkan.


Aku senyum.

Haish, Amyra bt Zulkifli, apa aku dah terjebak ni..? 




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'