Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 2 Februari 2015

KL Love Story S2- Part 4.5


Danny dah lama balik ke rumah dia.

Aku masih lagi tersenyum.. terbawa-bawa sampai ke katil.Kiranya kalau Syu lihat aku sekarang ini dia akan kata aku macam orang gila bayang. Tersengih sengih sahaja, macam tak betul.
Aku akui, aku mulai sukakan dia. Tapi aku masih tidak yakin untuk menerima perasaan ini 100%. Lebih-lebih lagi bila memikirkan banyak persoalan yang disimpan di dalam hati aku sekarang ini. Terutama tentang Farish dan Danny, hubungan mereka. Aku perlukan penjelasan sebelum aku buat sebarang keputusan.

Aku tekad! Aku capai telefon bimbit ku yang belum bertukar ke telefon bijak apa-apa jenama. Masih sebuah nokia 3310 . Degup jantung semakin berentak cemas. Tanganku aku rasa seram sejuk. Sebelum aku ubah fikiran, aku taip cepat-cepat soalan yang selama ini aku tidak dapat luahkan. Yang aku sembunyikan. Sesuatu yang menganggu aku..
“ Danny, are you and Farish are lover ?”


Aku hantar dan cepat-cepat tutup handphone, nyorok bawah bantal dan terus pejam mata, tidur. Aku akan baca jawapannya esok. Ya, esok..



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'