Kepercayaan. TRUST. Satu perkataan yang mudah,
simple tetapi sukar diaplikasikan, aku salah seorang yang mempunyai isu ini.
Apa yang susah sangat ha AMYRA!!! Apa yang susah sangat aku nak percayakan
Danny? Aku sudah bertekadkan hari tu untuk tidak fikir bukan-bukan lagi pada
Danny, tapi aku still fikirkan benda bukan-bukan tentang dia, tentang Farish.
Sambil menahan taxi, aku terfikir akan jawapan Danny pada soalan aku semalam.Mungkin kalau gaya romantis dia, dia akan
cakap begini... -----à
“ Saya mempercayai awak, tapi awak tidak
rasa begitu terhadap saya. It hurts me so much..“
Atau versi drama?
“ Awak betul-betul mengecewakan saya,
sampai hati awak fikir saya dan Farish adalah lover?”
Atau mungkin versi sinisan?
“ Hahahahaha.. saya and Farish? Gay? Awak
ni minat laki gay ke? Ewww!!!”
Huhhuh.. banyak betul versi dalam kepala otak aku. Rasa betul-betul menyesal tidak check inbox aku sebelum keluar tadi . Lebih malang bila handphone tertinggal pula tu! Semua ini disebabkan Danny. Jika aku tidak fikir macam-macam tentang jawapannya, aku pasti dapat tidur lena dan tidak terlajak tidur hingga ke tengah hari. Dan lebih malangnya bila celik mata , keluar dari
bilik terus ternampak nota kuning yang dilekat di pintu peti ais, ditulis oleh Syu yang berbunyi ~Danny call. Dia suruh jumpa di pavillion pukul 2 petang hari ini. PENTING!
Disebabkan itu, kelam kabut aku dibuatnya hari ini. Hanya dalam masa dua jam aku kena mencari baju yang sesuai, gosok baju, cari kasut, mandi, siap-siap semua untuk ke sana. Sebuah temu janji yang tidak diberitahu terlebih awal, tidak terancang dan.. ini memang gaya Danny. What do i expect?
Aku tersenyum. Aku tidak marah, tidak merungut.. peliknya, mungkinkah aku sudah mulai selesa mengikut rentaknya? Namun satu je masalah, camne aku nak jumpa Danny? Dia sebut Pavillion
jer? Tak sebut perlu tunggu di mana? Depan pintu masuk kot?Arghh!! Serabut!! Telefon takde pula tu!!!
“ Dik, dah sampai dik....” kata uncle taxi yang sejak tadi menyedari betapa kelam -kabutnya aku dan jauhnya lamunan aku, hingga tak sedar sudah sampai. Aku hulurkan wang kertas RM10, turun dari teksi dengan perut yang tiba-tiba rasa kecut. Aku telan air liur, rasa gementar mulai memenuhi segenap isi diri ini. Hari ini, danny yang akan aku jumpa adalah Danny yang sudah menerima sms aku, dan dia sudah memberi jawapannya - yang aku masih belum tahu huhuh...
Ini Danny yang mana satu? Apa reaksinya bila mengetahui apa yang selama ini aku sembunyi dan fikirkan tentang dia?
Apa jadi sekiranya, jawapan Danny adalah...
“
Ya. Saya dan Farish saling mencintai.. We are gay. ”
Patutkah aku pitam?