“ Amyra.”
Bahu aku ditepuk lembut. Aku telan air liur yang terasa kelat haus tiba-tiba. Apa reaksi Danny?
“ Ehhh!!!!!! Awak??!”
Di depan aku
bukannya Danny, sebaliknya seorang lelaki yang buat masa ini aku cuba elakkan kerana amarannya- FARISH!! Aku tinjau sekeliling, mencari-cari
kelibat Danny- lelaki buaya ini takde pula?Aku salah tempat ke?
“ Danny tak dapat datang, ada hal di
office. Dia wakilkan saya. Kalau awak tak suka, awak boleh beritahu dan saya boleh pergi. “
Farish, dia seolah-olah tahu yang aku tidak mahu bertemunya.. atau mungkin dia yang sebenarnya tidak mahu berjumpa aku. Dia benci aku dan amaran dia di kafe adalah benar belaka. Mengapa? Kenapa? Bila aku nak jumpa Farish, Danny yang datang, bila giliran Danny pula, Farish yang hadir?Kenapa Danny hantar Farish? Inikah
jawapan dia? Farish yang akan menjelaskan semuanya padaku..
“
Ya. I dengan Danny lover. U ada problems ke? Anyway, Danny never likes you.
Everything yang dia buat cuma ingin buatkan I cemburu je.. “
“ I
nak beritahu yang Danny dah taknak jumpa you lagi okeiess ~.. bye.. loser! GAME
IS OVER. ”
Farish mengetawakanku, dan duniaku terasa
berpusing 360 degree.
“ Amyra?
Amyra? ”
Namaku dipanggil berulang kali. Sayup-sayup pada awalnya dan akhirnya semakin jelas bila aku mulai sedar diri. Aku
tatap wajah Farish yang risau. Der..
jauuuhnnya aku melamun~ melampau ler pula~
“ Awak tak apa-apa ke? Tiba-tiba sahaja awak
senyap?”
“ Hmm.. takde apa-apa..”
“ Nampak macam awak nak pitam je tadi.”
Yeke? Aku raba pipiku yang terasa sejuk.
Aku sengih . Malu aku, camne lah aku boleh terbawa-bawa begini. Ni semua sebab
fikirkan pasal Danny la!
“ Taklah. Pening sikit je tadi. Saya tak
sempat makan tadi, bangun lambat.” dalihku walaupun memang ada kebenarannya, aku tak sempat makan pun, bangun lambat , kelam kabut nak datang ke
sini. Semuanya gara-gara Danny lagi.
“ Kalau begitu, kita pergi makan dulu,
kemudian baru pergi ambil dress awak.”
“
Dress?’
“ Danny tak beritahu ke? Dia suruh kita
ambil dress dan jewelery yang sudah ditempahnya.”
“ huh?”
Aku masih kurang faham. Lambat pick
up, bak kata Syu.
“ Party Danish. Kan awak janji nak pergi dengan dia esok.”
Janji? Bilanya aku janji? Takde pun! Kali
terakhir aku sebut tentangnya adalah di kafe Farish. Tapi aku sangat yakin aku tiada apa-apa agreement tentangnya. Danny!!! Why!! Danny dan perangai sesuka hatinya= Kot-kot aku ada hal ke esok? Nak kemas rumah ke? Jumpa kawan
lama ke? Nak mandi kan kura-kura ke? Walaupun aku takde pet
kura-kura kan ,
tapi kalau ada camne?
Aku ikut langkah Farish yang masuk ke shopping kompleks yang sering buat aku seram sejuk bila masuk
ke sini. Bukannya sebab aircond tapi sebab jenama barang kat sini, tak
pernah aku dengar. Mahal lak tu! Aku tak selesa berada di sini.
“ Kenapa?” tanya Farish semacam tahu-tahu
sahaja perasaan aku.
“ Em.. Tak perlulah semua barang-barang
itu. Saya tidak mahu terhutang budi pada Danny.. Lagipun.."
“ Saya bukannya boleh dibeli dengan wang
ringgit.. tu yang awak nak cakap bukan?cliche..” potong Farish sebelum sempat aku habiskan ayatku.
Aku diam sekejap. Ui, itu adalah ayat drama.
“ Memang saya tak boleh dibeli dengan wang ringgit tapi awak silap jika fikir yang saya anggap Danny lakukan semua ini untuk 'beli' saya.. “
“ Habis tu? Apa yang dia lakukan untuk awak ini..kemewahan dan layanan yang awak terima semua ini. Jika bukan untuk beli awak, apanya? Apa yang terlintas di fikiran awak? ”
Kenapalah Farish sangat serius? Kenapa? Dia benci aku sangat ke?
“ Tiada apa-apa, walaupun tanpa semua kemewahan ini, dia masih akan layan saya seperti ini, sebab...
Cinta...
"Tanpa identiti buaya dan pewaris Damya Holdings, sudikah awak betul-betul mengenali Daniel Fazran ini?"
" Sebab dia Daniel Fazran.. "
Jujurnya, walaupun aku selalu merungut tentang Danny, tentang perangainya, perbuatannya
tapi aku tahu dia tidak berniat jahat.. dia bukan typical lelaki kaya yang
menggunakan duit untuk mendapatkan sesuatu kepentingan diri, atau berniat jaha, atau membeli sesiapa untuk kepentingan dirinya. Buktinya di
pantai hari itu... itu Danny yang sebenar. Aku melihatnya, mempercayainya dan aku ingin mengenalinya.
" Danny bukannya orang yang akan menggunakan duitnya untuk kepentingan diri sendiri. Saya tahu, dan awak sepatutnya lebih kenal Danny dari saya."
Farish tidak cakap apa-apa lagi, sebaliknya
terus berjalan. Kami berdua keluar dari sini.