Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 4 Februari 2015

KL Love Story S2- Part 6



Kami berdua tidak pergi ke butik di pavilion itu, sebaliknya  Farish bersetuju membenarkan aku bebas memilih tempat untuk membeli baju sendiri, tidak kisah di mana, asalkan aku selesa tapi dengan syarat, semuanya pembelian akan ditanggung oleh Danny. Jadi aku pilih lokasi paling selesa bagi aku. Midvalley hahaha... Ahhh!! Puas  dan selesa shopping di sini.  

Aku memilih baju yang aku rasakan sesuai untuk ke sana. A simple cream dress paras buku lali kembangnya, simple design with modesty. Lagipun Farish kata sangat cantik. Warnanya masuk dengan kulit aku.  Maka aku sangat berpuas hati dengan pembelian kali ini. Sangat puas hati. Baju yang mahal bukannya penting, Yang penting baju itu padan dengan kita- seperti ini. 

Tentang syarat Farish agar semua perbelanjaan ditanggung Danny, rupa-rupanyanya sebelum Farish ke sini, Danny sudah berikan kad kreditnya pada Farish, mengagak yang ini akan berlaku. Cis, kalau aku tahu awal-awal, aku beli dress mahal. Aku sengih sampai ke telinga. Rupanya Danny tahu,takdelah selalu paksa sangat aku kan? Farish yang dari tadi hanya merenungku langsung tidak menjamah mcd di depan mata. Dia perasan kegembiraan aku ini. 

“ Senyuman awak manis...  “ tegurnya.
"Huh?"
“ Sejak tadi, muka awak masam sahaja. Awak marahkan saya tentang apa yang saya cakap tentang Danny bukan?"
 “ Err.. takdelah. “
“ Awak berhak marah. Maafkan saya.. Saya salah anggap tentang awak. “ katanya kesal. 
Okey....Apa yang dia anggap tentang diri aku?

 Telefonnya berdering. Danny ke?

Namun bila mendengar dia bercakap tentang hal-hal komputer, aku dapat agak ni mesti ada kaitan dengan kerjanya sebagai dell technician tuh. Lupa aku yang dia ni buat banyak kerja, Dell  technicia, pengurus cafe dan pengajar. Kalau aku jadi dia, tak larat nak buat semua kerja itu. Satu kerja pun sudah cukup bagi aku stress.

“ Awak masih keje Dell lagi? Kenapa awak nak kerja banyak-banyak sedangkan awak dah ada cafe sendiri, apartment sendiri, kereta sendiri.” tanyaku ingin tahu.

 “Sebab saya mengenali Daniel Fazran."
' Err?"

 “ Saya orang biasa macam awak, berasal dari kampung juga. Mek Kesum tu nenek saya, satu-satunya darah daging saya. Saya bekerja keras untuk capai tahap ini, semuanya sejak saya mengenali Daniel Fazran . Tanpa dia saya takkan capai semua ini.

" Saya berhutang banyak benda dengannya dan disebabkan saya kenal siapa Danny, sikap dan perangainya.. hutang ini tak mungkin saya dapat langsaikan.. dia lebih dari seorang sahabat. Dia... 

“  Danny.... is an important person for me.. “ 

Jernih matanya kelihatan memandangku tajam.  Aku telan air liur, apa yang difikirnya?

“ Sudahlah. Jom balik. Awak pun dah habis makan kan.. .”  
Cerita tamat dan dia melemparkan senyuman padaku. Dia bangun hendak beredar.


“ Amyra, apa yang saya cakap di kelas hari itu...saya masih berharap yang awak pertimbangkannya.” 



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'