Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Khamis, 5 Februari 2015

KL Love Story S2-Part 7





“ Amyra, Danny yang ‘ sebenar’ hanya akan buatkan awak lebih terluka.  Walau apa pun perasaan awak pada dia, saya nasihatkan awak untuk hentikannya sebelum terlambat" 



Kata-kata itu terus terngiang-ngiang di fikiranku.  Sambil keluar dari rumah, turun ke tingkat bawah lalu menuju ke kereta yang sedang menanti, suara Farish itu terus bermain-main di telingaku. 


“ Amyra, apa yang saya cakap di kelas hari itu...saya masih berharap yang awak pertimbangkannya.” 

Vroomm.. vroom.. 

Bunyi enjin itu  seakan mengesa aku mempercepatkan langkah kaki ini.  Bila ku pandang ke atas, aku lihat Syu sedang menjengah dari tingkap, melambai-lambai padaku. 

Vroomm.. vroom.. 

Bunyinya mengingatkan aku tentang handphone aku yang masih belum aku check inboxnya.  Masih berteka teki apa jawapan Danny pada soalanku ? Atau apa yang Danny tidak jawabkan?

Bila aku ke kereta mewah warna merah itu , tingkap cermin tinted gelap itu diturunkan dan kelihatan jejaka ini sedang tersengih padaku. Wajahnya ceria bila melihat aku di situ. Lelaki ini, jejaka ini.. Apakah bahayanya jika aku mendekatinya?  Adakah aku seperti bermain di gigi air yang tenang? Tidak tahu dan tidak menyedari apa di sebalik aliran air ini?  Lama ku renungnya.  Adakah aku membuat keputusan yang betul. Dunianya, dirinya.. segala-galanya..ia akan aku lihat semuanya.. 

"  Sejak awal pertemuan lagi saya sentiasa ingin jadi sebahagian dari hidup awak . Saya tidak mahu berpura-pura lagi di depan awak..."

Senyuman itu, sinar mata itu bercahaya bila dirinya ku perhatikan. Dia, tidak berpura-pura lagi padaku.. 

“ Apa yang awak fikirkan, Amyra?”

Amyra-  bila dia menyebut namaku, kenapa ia sentiasa kedengaran begitu lembut dan selalu membuatkan hatiku berdebar-debar seperti ini?  Suara itu..adakah itu hasutan dan bisikan yang melekakan? Jika Farish sudah memberi amaran , adakah aku bodoh jika mengabaikannya?

“ Amyra?” ulangnya lagi lembut. 

Aku renung Danny yang masih menantiku. Jelas dia sedar keraguan di hatiku.  Mimik mukanya yang manis itu berkerut, merenungku yang masih kaku, yang masih terpinga-pinga di luar. Masih tidak membuat apa-apa pilihan. 

Adakah dia akan paksa aku masuk seperti dulu?

Adakah dia akan membuat keputusannya sendiri?

Atau mungkinkah dia akan meninggalkan ku?

Atau cuma menanti aku di situ?

Tanganku dipegangnya dan aku tersentak. Dia telah keluar dari kereta, sudah lama berdiri di sisiku.. 

“ Saya tak tahu apa yang awak fikirkan, yang merisaukan. Tapi saya akan berada bersama-sama awak setiap minit, setiap nafas.,  Jadi tak usah risau tentangnya... untuk selamanya..  ” 

Dia membuka pintu dan memimpin ku  masuk ke dalam kereta.  Dan semua keraguanku hilang. Ya, jika aku buat keputusan yang salah, biarkan sahaja.. kerana aku tidak mahu betul.  ...Jika dia bersamaku.

Sebahagian dari hidupku, dan sebahagian dari hidupnya..
kami akan sama-sama masuk dan melihatnya.. 





' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'