Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 6 Februari 2015

KL Love Story S2- Part 8





Aku tak selesa di sini!!! Itu yang aku ingin jeritkan!  Aku pandang keliling, inikah majlis hari jadi? Mana belonnya? Mana badutnya? Mana kanak-kanaknya? Mana kek nya?Di keliling aku hanya ada orang-orang dewasa berpakaian formal. Lelakinya berkemeja , perempuannya bergaun indah. Di laman pula berpuluh-puluh kereta mewah tersusun dengan setiap satu melambangkan status masing-masing.  This is too much!! Di manakah aku? Tidak? Ini sudah macam perjumpaan badan-badan korporat. 

Parti untuk Danish ini terlalu besar dan mewah. Satu hall dewan !?? hall dewan ini berada di dalam banglo 4 tingkat yang dimiliki oleh keluarga Danish. Besarnya rumah diorang ini.... lamannya jer dah besar padang golf. Melampau-lampaunyer diorang ni.

Seorang pelayan menghidangkan aku  puding strawberi.  Aku ambil satu dan dengan senyuman yang manis dia beredar, bergerak lincah di kalangan tetamu –tetamu yang hadir, rajin melakukan tugasnya dengan mesra. Dan tetamu –tetamu di situ, mengabaikannya. Masing-masing sibuk berbicara antara satu sama lain. 

Aku dapat dengar di sebelah kiri ku, kumpulan lelaki yang semuanya berusia lewat 40an sedang berbincang tentang bisnis, syarikat, kontrak dan di bahagian kananku pula, sekumpulan perempuan yang aku sangat yakin semuanya berstatus datin, sedang berlagak dengan pencapaian diri masing-masing. Anak i.. menantu i... holiday i..

Danny di sisiku pula sedang sibuk menikmati pudingnya, aku rasa ini sudah masuk kali ke-7 dia ambik puding nih. Matanya melilau memerhatikan insan-insan yang aku rasa dia kenali tetapi sengaja mengendahkan.

“ Betulkah ini parti birthday Danish?” tanyaku mendapatkan kepastian.
“ Yep. Ini parti Danish."

Aku perhatikan kalau-kalau ada budak kecil berlari-larian. Tiada, kalau ada pun mereka juga sama seperti orang-orang dewasa di sini. Semuanya berpakaian formal, berdiri di sisi ibu bapa masing-masing, leka dalam perbualan. 

“ Takde kek, takde clown, takde balloons.. tak happening..”
“ Hmmm...”
“ Bukan saya nak kata parti Danish tak best, cuma... takde feeling cam birthday  parti..” jelasku sambil tanganku memeluk erat hadiah yang dibungkus kemas dalam dakapanku. 
Takut juga kalau Danny terasa hati bila aku berkomen tentang parti adiknya.

“ Setuju.. 100% setuju!” 

Hmm..  Baik betul dia kali ini. Sejak sampai tadi, dia tidak mengusik aku, mengarah aku, atau membuat semua perangai 'Danny' dia.   Dia kekal di sisiku, melayanku dan menemaniku. Kata-katanya tadi kembali mengetuk perasaanku. Perlahan-lahan aku rasa panas di  kedua-dua belah pipi dan hati ini rasa berdebar-debar.  Aku ....

Ya, jika aku buat keputusan yang salah, biarkan sahaja.. kerana aku tidak mahu betul.. jika dia bersamaku..

Aku geleng-geleng kepala. Apa tak kena dengan diri aku ni? Malunya kalau Danny tahu apa yang aku fikirkan.. bersama Danny? Serius otak aku dan perasaan aku sudah tidak betul.. Buaya ini? NO, no! No!  Aku pandang Danny. Wajah itu kelihatan biasa sahaja, tidak malu, tidak kekok walaupun baru  sahaja sebelum ini bibir itu meluahkan ayat-ayat romantis. Seolah-olah tiada apa-apa..Aku benci part diri Danny yang ini... kenapa dia boleh kekal selamber seperti ini? Buatkan aku ragu-ragu pula samada dia ni serius atau tidak? Apa yang aku dengar tadi boleh dikategorikan sebagai luahan perasaan? cinta?

Dia menoleh dan mata kami bertemu. Pantas aku tertunduk segan. 

“ Hei, saya nak pergi toilet. Nak ikut ke? “
Huh?
“ Kenapa pula saya nak ikut?”terkejut aku bila soalan itu timbul.Dia bukan perempuan nak kena berteman ke toilet. Adakah dia berniat 'sesuatu'? 
“ Yerlah. Kan saya dah janji takkan tinggalkan awak seorang diri di parti ini? Kalau saya pergi pula, nanti awak kata saya tak kotakan janji saya tadi."

“ Saya tak tahu apa yang awak fikirkan, yang merisaukan. Tapi saya akan berada bersama-sama awak setiap minit, setiap nafas.,  Jadi tak usah risau tentangnya... untuk selamanya.” 


Sekejaaaaaaaaaappp!!!  Adakah itu maksud Danny??
 Dia ingat aku takut pergi parti mewah seperti ini? *(T-T)

“ Ha! Tu ke yang awak maksudkan?”

Dia diam dan merenungku pelik.  Pelik sebab aku anggap lain. Aku pula over sangat, telah anggap yang dia faham apa yang aku takutkan tadi. Bukan sebab parti. tapi sebab.. Ahh.. tapi apa yang aku expect? Dia dengar kata hati ini ke? Dia bukannya ada superpower.

Ok, aku malu sendiri. 

“ Oooooo!!......... hahahaha....”

Dia ketawa telah sedar apa yang buatkan aku salah faham. Ketawanya buatkan semua yang berdekatan memandang ke arah kami. 

“Shhh... shhh... “

 Aku nak sahaja tutup mulutnya tapi tak sampai, dia tinggi.


“ Awak ingatkan kata-kata saya tu.. ? Ah, Do you like what I said ?"

 Sengihnya melebar. 

" Awak sudah jatuh hati pada saya?  “ tanyanya bangga. 

“ Takdelah! Jangan fikir bukan-bukan!”

Dia ingin membantah dan ingin terus mengusik dan mengenakan aku, tetapi deringan telefon Selena Gomeznya menganggu dan menyelamatkan aku. Serta merta aku teringatkan sms yang aku hantar padanya sebelum ini. Aku masih belum mengetahui jawapannya. Telefon aku juga kekal senyap sahaja sejak hari itu. Dia tidak balas ke? 

“ Awak terima sms saya tak hari tu?” tanyaku sebaik sahaja dia habis bercakap di telefon.
“Sms? Bila?”
“ Sms yang saya hantar hari Sabtu tu..”

Dia geleng kepala.  Adakah dia sengaja berpura-pura tidak tahu? 

Kan malam tu awak sms saya, then saya sms awak balik? LASSSSST before saya tidur..."

Muka suci itu menidakkan lagi.

Danny ni,  marah pula aku dibuatnya, kalau nak main-main pun janganlah main-main benda ini. Perkara ini serius,  tahu tak disebabkan sms itu, aku tidak lena tidur menanti jawapannya.

“ Tak. Awak takde sms pun...” tegasnya. Aku pass hadiah yang dipegang pada Danny.

Ada! Saya hantar sms hari tu.. “ tegas ku 100% confident, sambil mencari-cari telefonku di dalam beg.

“ Awak sms ape?”

“ Saya sms...” aku terdiam. 

Adakah Danny sengaja? Aku pandang Danny yang masih menanti aku menghabiskan kata-kataku.\Entah-entah dia sengaja nak  aku tanya dia sendiri, directly.
Is this a trick? Sengaja dia cakap feeling-feeling tadi  untuk memberikan aku harapan, kemudian mengetawakan aku. And says...

“ I’m gay.. and you fall for me.. kelakarnya..."

Kebenarannya adalah dia dan Farish telah senyap-senyap ketawakan aku tanpa pengetahuanku. Sebab kalau ikutkan pengalaman TANIA,  dia pun dikenakan dan diusik begitu di club . Mereka berdua muncul dan membuat sesuatu yang mengejutkan;  seolah-olah ingin melihat sendiri wajah terkejut Tania itu.  Entah-entah aku pun mangsa diorang juga. Mungkinkah? Tapi kelakuan Farish siang tadi...

“ Awak sms apa? Serius saya tak dapat...” tanya Danny lagi. 

“ Saya ada sms.. Awak tu yang tak check handphone awak! “

Aku tinggikan suara, panas pula hati aku dibuatnya.

Telefon Nokia 3310 tu akhirnya berjaya aku keluarkan dari beg. Tertera di skrin nya..

“ BAKI KAD KREDIT ANDA TIDAK MENCUKUPI. SILA ISI SEMULA UNTUK MENIKMATI..."

Dalam inbox, tersimpan sms yang aku hantar hari itu, pending item. Not sent.


Sudaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh~....




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'