Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 18 Jun 2010

KL LOVE STORY 4




Ahhhhh.. aku fikir nak balik jer. Dah sehari suntuk bertungkus lumus berkerja kat opis. Sudah tiba masanya untuk aku bergolek-golek lak kat umah. Syu takde malam nie, die keje overseas. Alahai, sronoknya jadi Syu, boleh pergi negara orang. Free-free jer camtu. Almaklumlah, pramugari MAS.

Aku berdiri. Lambat betul bas nie. So, aku decide nak naik LRT. Walaupun kena berjalan 15 minit ke sana, tak apalah.Biar berpeluh skit, anggap sebagai senaman.

Vroommmmmmmm…………………

Bunyi enjin kereta memecut laju mengejutkan aku. Tersentap jantung aku. Ish.. aku paling benci orang yang bawa kereta tak ingat dunia camnie. Berdezum jer.. Ingat sedap sangat ker bunyi keta zoom cam tu.. buat sakit telinga, buat sakit hati tambah pencemaran bunyi lagi.

Pas tu laju lagi. Ingat nie overseas ker Jalan besar? Ni Malaysia yer, tolong bersopan santun di Jalan raya. Ingat orang tersayang. Cewahhh…

Vroommmmmmmmmmm…………

Uish makin kuat pulak bunyinya. Nak lalu jalan kat sini ler tu. Sekilas aku terpandang kereta sport putih berdezup lalu kat sebelah aku, memandangkan aku tengah berlengang-lenggung jalan ke lrt. Pakaian aku terasa terbuai-buai semasa kereta tu lalu, selamat aku pakai kemeja ngan suar ari nih. Kalau pakai skirt haa… free-free jer terangkat kain.

"Takde manners langsung" rungut ku.

EEEEEEEEEKKKKKKKKKKKKKKKKKKK……………………………………….

Bunyi brek kereta diberhentikan secara mengejut. Kuat dan nyaring.

Kereta sport putih tadi yang aku rasa dah terlajak jauh meninggalkan aku tiba-tiba berundur. Diulangi berundur dengan selambanya dan dengan hati-hati, takut dilanggar kereta lain. Selamat takde kereta sangat kat situ.

Aku tak tahu bila kereta itu berhenti di sebelah aku. Rasa macam cepat, mungkin sebab kereta sport kot. Laju jer, tapi aku malas nak kisah. Ianya tidak ada kena mengena dengan aku. Diulangi tidak kena mengena dengan aku, kecuali…

Tingkap kereta yang ditinted gelap itu, perlahan-lahan diturunkan.

" Hey, awak perempuan kat club ari tu kan?"

Aku menoleh pada suara yang menegur itu.

Danny???

Ya tak salah lagi. Senyuman dan suara itu milik lelaki buaya ini. Aku tak tahu apa reaksi wajah aku saat itu yang membuatkan lelaki bernama Danny ini ketawa kecil. Dia mematikan enjin keretanya, keluar dan mendekati aku.

" Pandang saya macam terkejut sangat. Saya ni terlampau hensem erk?" Katanya.

Aku rasa nak je muntah dengar kata-katanya itu. Walaupun ada kebenarannya yang part hensem tu tapi part terkejut tu bukan sebab hal tu, tapi lebih kepada kebetulan yang terlampau. Rasa nak muntah aku tu pula adalah kerana keyakinan pada lelaki buaya bernama Danny ini. Boleh die ngaku diri hensem? Namun, tidak hairanlah sebab awal-awal lagi dia dah mengaku (dengan bangga) yang dirinya buaya kan?

"Erm… Tania? Kelly? Ermm…"
Amboi, selamba jer teka nama aku dengan nama-nama yang memang takde dekat langsung dengan nama aku. Ni mesti koleksi 'mangsa-mangsa' nya.
Aku meneruskan perjalanan aku.

" Awak nak pergi mana? Saya hantar nak? Jom lah…." Katanya memujuk sambil mengekori aku.
" Takpe lah. LRT dekat jer"
" Jauh tu… nak jalan lagi. Saya hantar erk.. Bolehla.."

Uiii… nama aku pun tak ingat, ada hati nak antar aku? Desis aku seperti biasa di hati.

" Saya hantar yer? Boleh la… yer?" katanya tidak putus asa. Walaupun langkah aku makin laju, dia juga tidak memperlahan langkahnya mengekori aku.Aku hanya gelengkan kepala.

Bunyi hon kereta bertubi-tubi tiba-tiba membingitkan suasana. Rupanya ada kereta yang ingin lalu dan kereta dia satu-satunya yang menghalang laluan.

" Tengok, orang dah bising tu, naik kereta saya yer?. Saya hantar."
" Takpe.. Bye bye. " kataku pantas menolak ajakannya.
Aku lajukan lagi langkah kaki aku.

Dan entah dalam berapa saat, aku rasa macam nak tumpang. Sekurang-kurangnya ada yang menghantar, jimat belanja, takyah susah –susah nak berjalan ke LRT. Lagipun, seronok juga kena ngorat camnie, bukannya selalu, takkanlah aku nak jual mahal jer. Dia pun cam hensem, Cuma part buaya tu cam bahaya sikit.

Saat aku baru nak mengubah fikiran pada si buaya ni, dia dah pun berlari-lari anak ke keretanya sambil mengangkat tangganya tanda minta maaf pada pemandu kereta satria hitam yang menunggu dia mengalihkan keretanya.

Aku tahu,

Dia hanya ajak hangat-hangat taik ayam jer. Bukan beriya pun. Lagipun lelaki sekacak dia dan perempuan sebiasa aku ???? hmmm….conclusionnya~~ dia bukan berminat dengan aku pun, Cuma perangai buaya dia yang buat dia rasa gatal nak ngorat mana-mana perempuan, termasuk lah diri ku…

Aku meneruskan langkah kaki aku yang tergendala untuk menuju ke destinasi LRT.


previous                                                                                                                          next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'