Sudah 2 hari hal dengan Danny tu dan sejak itu aku tidak pernah berjumpa mahupun terserempak dengan dia. Sesekali hati kecil aku berdetik harapan dapat berjumpa dengan dia, mungkin di LRT tempoh hari, mungkin di seven- E. Mungkin di mana saja di muka bumi Allah ini. Namun, tidak pernah terjumpa.
Aku sepatutnya lega.Sekurang-kurangnya aku tidak perlu pening-pening kepala memikirkan tentang Danny dan perangai buaya dia, gelagat dia, senyuman dia, kata-katanya…
Uish…
Aku rindu kat dia ker?? Kenapa syahdu jer ayat monolog hati aku ni..
Cepat-cepat aku pergi ke ruang tamu, melayan Syu yang sedang tengok cerekarama di tv3 adalah lebih baik dari dok pikirkan Danny yang tiada kena mengena dalam kisah hidup aku. Diulangi, tiada kena mengena. Dan aku nak status itu kekal.
" Ko nampak cam pikirkan seseorang jer.. Boyfren yer?" tegur Syu.
" Ish… mana ada…"
"Eleh..eleh… nak ngelat la tu.. ko pikirkan dak buaya tu yer? Apa citer? Sejak aku balik ko takde cite apa-apa pun." Syu masih tidak putus asa. Nak bergosip la tu.Mesti minah ni bosan.
Aku memandang tv yang sedang menayangkan iklan. OO.. patutler, iklan rupanya, padanler minah ni sibuk jer nak nyakat aku. Selalunya, dia kalau tengok cerekarama kusyuknya macam dialah yang berlakon drama tu..
" Apa yang ko sengih-sengih..ha.." Syu mencampak bantal peluknya ke arah aku.
" takde apa-apa.. ko nih takde boyfren ker.." kataku cuba mengubah topic dari hal aku ke hal dia. Lagipun, aku dah takde apa-apa nak cerita. Danny kan dah status ' takde kena mengena ngan aku' huhuhu….
Secara mendadak, tiba-tiba sahaja Syu berdiri tegak macam nak nyanyi lagu Negaraku. Riak mukanya pula macam teringat sesuatu yang terlalu penting. Dia memandang jam dinding yang menunjukkan pukul 11 dan terus bergerak ke tingkap apartment kiteorang.
" Ko wat per…?" Aku betul-betul pelik dengan perangai Syu. Apa yang dipandangnya kat bawah apartment kiteorang nih. Kena sampuk ker? Ishh… terasa seram pulak.
" Shhhh…."
Aku meninjau apa yang diperhatikan Syu. Apartment kiteorang mengadap taman dan pemandangannya memang cantik terutama bile pagi subuh-subuh tu.. Rasa fresh dan nyaman jer.
Tetapi, bukan taman atau bunga-bunga yang diperhatikan Syu di tengah malam camni.
Sesusuk tubuh lelaki aku lihat sedang relaks berjalan melalui taman menuju ke arah apartment kiteorang. Lelaki yang berpakaian tshirt hitam gambar tengkorak tu nampaknya tidak sedar dirinya diperhatikan. Yelahkan, dah telinga tertekup headphone besar badak, kalau gajah kat belakang dia pun, belum tentu dia perasan. Hehehe..
Syu aku lihat tersenyum seorang diri macam orang tengah angau. Aku ingatkan aku jer ter'angau' tadi.
Lelaki itu masih meneruskan perjalanannya yang langsung tidak terganggu dengan kehadiran gadis cun seperti kami berdua ini(Cewah). Rambut lelaki itu agak panjang lebih skit dari bahu, lurus , hitam gelap dan diikat kemas. Dia kelihatan bukannya selekeh cam budak-budak rock kapak yang selalu lepak main gitar kat bawah, dan dia juga tidak kelihatan muda hingusan cam dak-dak kolej…
Dari pandangan atas nih, aku betul-betul tertarik dengan dengan rambutnya.. rebonding ker?.. hehe.. buatkan aku teringatkan rambut vanness kumpulan F4 yang famous kat Taiwan tu.
Tiba-tiba dia berhenti.Mendongak memandang ke atas, tepat ke arah kami berdua yang berada di tingkat 4 nih. Aku tidak tahu apa reaksi Syu tetapi aku betul-betul terkesima..
Ohh… My God!!!
Dia betul-betul cam kim jae wook coffee prince.
Wups…~~~