Aku sepatutnya tahu dari awal Danny hanya mengusik aku sahaja. Dia memang tahu hal ini dari awal dan sengaja main-mainkan aku. Aku pasti dia sekarang tengah mengetawakan aku. Ketawa puas sebab berjaya mengusik dan mempermainkan aku!
Bodoh pula bila memikirkan Danny suka kat aku. Rasa malu juga. Malu kerana pernah memikirkan bahawa dialah yang akan jadi pasangan ku. Kenapalah aku boleh terfikirkan dia yang akan jadi pasangan aku. Dia cuma main-mainkan aku, seperti selalu. Seperti selalu.
Bantal panjang yang terletak selamat di atas katil aku campak ke kaki katil lalu kupijak-pijak geram. Aku bayangkan muka Danny tu sebagai ganti bantal ini. Geramnya!! Geram dan malu.
Aku tarik nafas sedalam-dalamnya. Rasa lega skit. Sikit sahaja.
Aku kembali ke meja solek. Mak kata rombongan merisik akan sampai dalam masa sejam lagi dan aku kena bersiap.
“ Jangan nak malukan Mak dan Atuk kau ni. Pastikan mak dan atuk dapat terima menantu.. kalau tak siap r..” terngiang-ngiang pesan mak tadi.Aduh, agaknya inilah takdir aku. Kawin,dapat anak dan hidup bahagia sehingga ke anak cicit.THE END, macam cerita dongeng disney tu.
Aku belek diriku ini. Berpakaian kebaya putih yang ada siap manik-manik lagi, yang mak aku tempah sejak sebulan lepas tanpa dengan pengetahuan aku. Nampaknya mereka betul-betul beriya-iya hendak terima menantu kali ni. Jadi walaubagaimana bantahan aku, mereka pasti tidak akan bertolak ansur.Pasti!
“ Cantiknya awak hari ni. “ terkejut aku saat ditegur begitu. Aku toleh dan lihat Danny sedang berdiri di muka pintu bilik aku. Suka hati je dia masuk ke bilik perempuan.
“ Apa awak buat kat sini. Keluar lah!”
“ Kenapa?” Dia membuat muka selenge nya itu.
“ Saya tengah bersiap..”
‘Ooo…” balasnya acuh tak acuh dan terus dia bergerak duduk di katil aku tanpa minta permission pun. Panasnya hati aku dengan perangai dia ini! Dia ni suka je ikut suka hati dia, aku buat masa ini malas nak tengok muka dia tau!
“ Saya tengok awak dah siap dah, apa lagi yang nak disiapkan lagi.” Dia mengambil bantal panjang yang lenyek di kaki katil. Lenyek gila bantal itu. Huh, kalaulah dia tahu bantal itu mewakili muka hensem dia, agak-agak dia marah tak?
Pertanyaan dia itu aku tidak jawab. Aku terus membelek wajah ku di cermin. Plaster di dahi kiri aku usap lembut, ia betul-betul mengingatkan aku hal kidnap Danny tu. Agaknya apa tujuan dia kidnap aku ke sini??
“ Awak dah tahukan semua ini? Pasal benda ni?”
Danny tidak mengiyakan dan tidak menafikan.Soalan aku itu seolah-olah tidak penting dijawabnya, sebaliknya dia memandangku.Pandangan matanya yang jernih itu seolah-olah ingin mengatakan sebaliknya atau mungkin aku sahaja yang berperasaan begitu…
“ Kenapa? Awak rasa kecewa ke yang merisik bukannya saya?”
Aku tersentak.
‘ Ha!...Ha!....HA!” aku cuba ketawa. Namun tawa yang keluar begitu nampak kekok dan kepura-puraan.
Harapanku dia tidak perasan, namun tatkala melihat reaksi mukanya yang seakan terkejut dengan response aku yang penuh kepuraan itu, aku hentikan tawa ini.
“ Mana ada. Rasa lagi BERSYUKURlah. Sebab tak jadi mangsa buaya macam awak.” Sengaja ku tekankan perkataan bersyukur itu, hanya untuk menyindirnya.
“ Auchh… sakitnya.. ” balas Danny sambil memegang dadanya, konon-konon hatinya terhiris ler dengan kata-kata pedih aku ni. Dia bangun dari duduknya bersedia untuk keluar.
“ Okeylah.Farish akan sampai jap lagi dan saya akan terus balik.Tak nak ganggu awak lagi. Selamat berbahagia, cik Amyra.. ”
Dia terus keluar.Itu saja??!! Itu saja? Hati ku membentak. Itu Saja!!???? Dia tak nak cakap apa-apa selain itu kah? Tetapi apa yang aku nak dia buatkan? Apa yang aku nak dia lakukan? Cakap dia taknak aku kawin ke? atau...apa-apa saja selain ucapan tahniah itu. Selain melepaskan aku, kan?
Aku mengeluh. Sudahlah Amyra, apa yang aku harap dari Danny? Dia dan aku tidak pernah ada apa-apa, malahan tak pernah tercetus pun 'apa-apa' itu antara kami. Adakah aku ingat ini cerita drama cinta korea? lawaknya. Dalam realitinya, aku dan Danny berbeza. Danny tak mungkin sukakan aku. Dia ada dunianya sendiri dan aku punya kehidupan sendiri juga.
Ini bukan kisah cinta, ini REALITI. Berpeganglah pada yang pasti dari berharap pada yang tidak pasti, itu tekad ku. Seperti diharapkan, inilah kali terakhir aku akan berjumpa Danny, bagusnya!! kan?
Sikat rambut aku capai dan saat aku melihat wajahku di cermin. Baruku sedar wajah di dalam cermin ini sudah hilang serinya. Bibirnya tidak mahu menguntum senyuman kerana ...
“ Kenapa? Awak rasa kecewa ke yang merisik bukannya saya?”
Ya, sangat kecewa.