" Saya nak
berpisah."
Dia tekad mengeluarkan permintaan itu.
Walaupun nada suaranya agak bergetar menahan ketakutan, dia tekad. Dia akan
tetap beritahu kerana ini adalah satu kenyataan yang pasti.
" Hmm… "
Sambil merenung meja di depannya, tangannya yang
sejuk itu mengenggam erat-erat lutut yang terasa semakin kuat gigilannya.
Apa reaksi Zack ini? Apa maksud Zack mengeluarkan keluhan hmmm itu.
Adakah Zack sedang memikirkan atau cuma berpura-pura tidak mendengar
permintaannya itu? Atau…
" Saya nak
berpisah!" kali ini ditinggikan sedikit suaranya, cuba membuatkan Zack
yang asyik menonton televisyen itu ambil serius pada perbualan ini. Perbualan
yang akan menentukan masa depannya.
Televisyen ditutup. Perlahan-lahan Zack mendekatinya yang sedang duduk di ruang meja makan. Nampaknya dia berjaya menarik perhatian Zack. Sekarang terpulanglah pada keberanian dirinya untuk memberikan penjelasan. Hatinya berdebar-debar. Walaupun wajah Zack tersenyum tapi dia dapat rasakan satu perasaan dingin dan satu ancaman yang mengerunkan. Seluruh tubuhnya terasa sejuk, mengigil ketakutan. Tekaknya terasa kering dan degupan jantung ini semakin rancak.
" Kenapa nak
berpisah? Sebab duit?" tanya Zack lembut.
Zack membelai rambutnya
yang panjang itu. Sentuhan yang lembut itu membuatkan gigilan badan ini semakin
tidak tertahan.
" Saya nak
berpisah…" katanya perlahan.
Suaranya terputus-putus dan dia tidak pasti
samada Zack dengar atau tidak kerana buat masa ini, dia rasa pandangannya
seakan berpinar-pinar. Perasaan takut menyelubungi dirinya, mengikatnya!
Membuatkan dirinya terasa sukar bernafas. Tetapi dia … dia sudah berjanji
dengan dirinya. Hubungan ini harus ditamatkan.
" Hmm…sebab kasih
sayang kurang ke… orang ketiga ke.. or seks…?"
Zack membuat andaian-andaian yang dirasanya
menyumbang pada permintaan tidak munasabah kekasihnya ini. Dan sepanjang itu,
kekasihnya ini hanya merenung lantai, tidak berani memandangnya.
"
Hmm…lelaki?."
Hatinya terasa semakin
berdebar-debar. Dia mengenggam lututnya cuba mengawal ketakutan
ini.
" Ini tentang
lelaki bukan??" Kata Zack.
Nada suaranya agak
tinggi menahan kemarahannya kerana melihat reaksi kekasihnya ini, dia tahu
andaiannya ini betul.
"
Pergi!."
Dia terkejut. Betulkah ini ? Bukan mimpikah?
Zack melepaskannya tanpa mendengar penjelasannya. Zack bertindak
rasional? Semua ini tidak termasuk dalam pengiraanya. Semua
ini… Seakan tidak kena.
" Zack,
saya.."
" Pergi, sebelum I
ubah fikiran…"
" Zack.. I'm so
sorry…"
" Sampai 10. Go,
before it's too late. " nada suara Zack kali ini lebih dingin, tegas dan
berbaur ugutan. Zack tidak
memandangnya. Tidak ingin mendengar penjelasannya kekasih yang dicintainya
selama 3 tahun ini.
Dia tergamam. 10?? Apa maksud Zack? Dia
memandang Zack yang kini duduk di sofa di ruang tamu, meninggalkannya dengan
perlbagai persoalan. Hatinya berbisik, tidak mungkin! Suasana ini buatkan
dirinya lebih rasa berdebar. Gerun, takut…
" 1…."
Zack mulakan kiraan. Dan dia terus
mengambil beg tangannya yang dari tadi berada di meja makan.
"2.."
Dia tahu dia tidak perlu mengambil baju-bajunya
dan semua barangnya. Lebih tepat dia tidak akan sempat mengambil semua
barangnya.
' 3"
Dia berlari keluar. Dia perlu pergi dari sini
sejauh mungkin..Rasa takut ini cuma akan hilang sekiranya dia pergi jauh dari
Zack, jauh dari tempat ini. Kerana,dia tahu ketua kumpulan gangster ini sedang menahan marah. Dan dia tahu itu adalah lebih dahsyat dari segala-galanya. Langkah
kakinya semakin laju. Please… please..
" Jimi, aku nak
semua budak-budak kita cari my little princess, hidup atau mati."
Zack mematikan telefonnya. Dari balkoni
penthouse hotel 5 bintang ini, dia merenung bandar KL yang sedang disinari
bulan penuh.
" 10"