Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA
Memaparkan catatan dengan label cerpen pendek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerpen pendek. Papar semua catatan

Khamis, 11 Disember 2014

Adora Cafe - Cinta 8





Im tidak sangka yang dia akan berjumpa Esha lagi. Malah tidak sangka yang Esha akan datang sendiri ke Kafe Adora untuk bertemunya.Walaupun pada waktu malam, ketika Kafe Adora sedang siap-siap berkemas untuk tutup, dan tiada customer, tetapi situasi ini masih bahaya. Apa akan jadi jika seseorang ternampak Esha lalu menyebarkan khabar angin tentang Esha? Esha , dia seorang artis bukan?

“ Saya tahu awak tidak kisah pasal imej dan gossip, tapi awak boleh menyamar sikit supaya tidak dicam kan?.” 
“ Tahu.. tapi saya tak mahu.. “

Esha memandang Im yang berkaca mata dan berpakaian serba putih ala chef. Lain dari apa yang selalu dilihatnya,walaupun begitu, Im masih kelihatan kacak, elegant, dan nampak begitu matang. Esha senyum dalam hati memuji Im. Im mempelawanya masuk dan sebaik sahaja Esha masuk ke dalam kafe, Fai yang sedang mengelap meja tergamam. Kain lap yang dipegangnya terjatuh ke lantai.

“ Es.... Es...Esha..??”

Zarif yang baru keluar dari toilet juga terkejut bila melihat seorang artis muncul di kafenya. Esha pula tu... Penyanyi baru yang sedang top sekarang ini.. Lagu Cinta adalah ringtone Putri. Ary pula seperti biasa hanya memandang dari jauh.

“ Duduk dulu. Saya akan buatkan awak sesuatu..”

Im masuk ke dapur dan sebaik sahaja Im hilang dari pandangan, Fai , Zarif dan Ary bergegas mendekati Esya.

“ Ni.. cik Esya kan?”
“ Ha.. yer saya...”
“ Autograph... autograph...” Fai cepat-cepat hulurkan kertas putih pada Esya. Esya ketawa.
“ Cik Esya ni kawan Im ke??Im tak pernah beritahu pun...”
“ Em... boleh dikatakan kami berkenalan..”
“ Sejak bila? “
“  baru juga..”
“ Cik Esya buat apa di sini? “
“ Saya ada shooting filem kat sini..”
“ Cik Esya berlakon dah sekarang?  Cerita apa? Saya minat lagu-lagu cik Esya..  Lagu cinta ringtone tunang saya hehehe...  “
“ Cerita romantik komedi... nanti tonton di pawagam yer bila dah ditayangkan nanti..
“ Cik Esya, tangkap gambar sama boleh?”
“ Boleh..”
“ Cik Esya .. selfie.. selfie...”

Im keluar dari dapur dengan membawa banana split mendekati mereka berempat. Pening dia melihat perangai dak-dak Kafe Adora ni.. terutama Fai yang sibuk mengambil gambar selfie dengan Esha.

“ Kenapa awak ke sini?” tanya Im sebaik sahaja mereka berdua ditinggalkan bersendirian.

Zarif, Fai dan Ary masing-masing kembali membuat kerja mereka yang tergendala. Esha mengeluarkan satu tiket dan diletak di atas meja , di depan Im. Tiket masuk untuk Festival  Amal 2014 Rumah Anak Yatim Seri Mahligai.

“ Sabtu ni.. Saya harap awak dapat pergi dengan saya..”

Im tatap wajah Esha tanpa bercakap apa-apa.

“ Tiap-tiap hujung tahun, mereka akan buat festival amal ini dimana mereka yang terlibat akan mengadakan jualan, games, persembahan dan macam-macam  lagi untuk mengutip dana bagi rumah kebajikan ini. ..bla..bla.. bla...”

Im perhatikan Esha yang sedang menjelaskan padanya tanpa henti-henti.  Im sudah tahu tentang festival ini. Ia salah satu festival paling besar dan paling meriah  di bandar ini dan ia dilakukan setiap tahun.  Dan setiap tahun juga, Im tidak pernah menghadiri nya.

Tapi bukan ini yang dia ingin tahu...

“ Tiap-tiap tahun saya terlibat menjayakan festival itu dan  tahun ini adalah kali pertama saya akan menyanyi di situ.. sebagai seorang artis, penyanyi yang sebenar.. “

Im masih membisu, masih merenung Esha yang sering melarikan anak matanya setiap kali bertemu renungannya. Namun penjelasan panjang lebar dari Esha ini  juga bukan apa yang dia ingin tahu. 
.
“ Kenapa awak ajak saya?” Esha terkedu. 

Soalan Im itu,  buatkan dia serba-salah. Kenapa ya?  Kenapa dia ajak Im sedangkan dia boleh ajak Shasha, Kak Safa, sesiapa sahaja selain Im.. tetapi dia berada di sini, memilih untuk susah payah mencari Kafe Adora dan senyap-senyap datang ke sini, kenapa?

“ Ke..kenapa? Emm... Err.. sebab...emm... ”
Mata jernih Im itu menantikan jawapannya. 
“ Ya, kenapa?” desak Im. 

“ Sebab saya sukakan awak...” bisik Esha di dalam hati. Dia tidak berani meluahkan ayat itu pada Im. Hanya memikirkannya sahaja sudah membuatkan dia malu dan segan.

 “Se.. sebab.. saya nak awak temankan saya... itu sahaja.!  ”  

Esha minta diri dan keluar dari Kafe Adora tanpa menyentuh makanannya. Bunyi loceng angin di pintu masuk mengejutkan semua.

“ Ehhhh..... dah balik dah???” kata Fai tidak puas hati. Dia baru sahaja nak berbual-bual dengan Esha lagi.
“Tergesa-gesanya.. minuman pun tak diteguknya....” kata Zarif yang dari tadi memerhatikan mereka.

“ Emm.. takpelah.. upload instagram dulu..” 

Fai mengeluarkan telefon bimbitnya, sedia untuk memuat naik gambar selfie dia dengan Esha tadi. Mesti ramai yang jelez dan terkejut bila lihat gambar mesra dia dan Esha, hehe... tetapi belum sempat dia berbuat apa-apa, Im mengambil telefon bimbitnya dan memadamkan semua gambar tadi.

‘ EehhhhhhHhhhhhhhhhhh!!!  Kenapa...??.“ rungut Fai.

“ Walaupun Esha tidak kisah, tetapi jika gambar macam ni tersebar, media akan mula siasat dan gossip akan keluar.. Ia tidak baik untuk imej Esha...” 

Jelas Im  sambil mengembalikan telefon bimbit itu pada Fai, ala-ala guru disiplin sambil membetulkan cermin matanya yang jatuh, dengan jari kelingking.


“ Kau ambil berat padanya? Ini pertama kali bukan?” tanya Zarif pada Im yang berselisih dengannya. Im tidak membalas, terus masuk ke dapur dan Zarif lihat di poket seluar Im terselit kad jemputan tadi. Zarif senyum.



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Khamis, 10 Januari 2013

Lelaki itu End




Razi  hanya mampu memandang Mia yang sedang menangis.. Rasanya ini dah masuk kali ke berapa entah dia berada di sisi Mia, tidak terkira lagi dah. Hari demi hari dia cuma melihat Mia menangis membawa diri diperlakukan seperti itu oleh lelaki itu.

Dulu dia pernah khabarkan yang lelaki itu bukannya pilihan yang baik untuk Mia.  Mia abaikan.
Razi berulang kali memberitahu yang lelaki itu  cuma mempermainkan Mia. Mia naik marah padanya.

Kini, dia tidak ingin lagi mengulangi  ingatan-ingatan yang sama pada Mia.

“ Putuskan hubungan kau dengan dia..”
“ Razi!! “ Mia terkejut dengan suggestion Razi itu.
“ Berapa lama lagi kau nak bertahan dan menangis sia-sia seperti ini? “

Mia membisu. Tidak memberi jawapan. Mata yang merah dan sembam itu merenung lantai yang kosong. B


“ Kalau kau rasa aku ini membebankan, fine! Aku tak perlukan kau pujuk aku or be there whenever I need you.. !!”

Kecewanya hati Razi diherdik begitu. Kenapa mesti  wujud butir-butir kemarahan dalam setiap kata-kata Mia padanya?

“ I hate it when you don’t understand me...seperti kau tidak faham betapa aku rasa seperti mau mati setiap kali air mata kau jatuh berguguran disebabkan lelaki itu. Kau tidak faham betapa aku bencikan diri ini yang cuma mampu menanti dan memerhati kau. Sementara lelaki itu  , hari demi hari tidak mencintai kau?”
“ Mia, dia tidak mencintai kau! Dia tidak pernah mencintai kau seperti aku..  “

Razi merenung Mia. Lalu di mata kirinya mengalir air mata yang penuh dengan kekecewaan dan kesedihan. 

“ Apa yang dia ada, tetapi tidak aku?"
" Why can’t I have you? I love you all this time..” 
 luah Razi sayu. Perasaan yang dipendamnya ini begitu sukar untuk diluahkan kerana …

Pap!

Pipi kiri Razi ditampar Mia.

“ Pergi! Aku tak nak jumpa kau lagi!”…

Jawapan itu sudah Razi jangka . Selama ini dia menyimpan segala perasaannya pada teman baik, teman sejak kecilnya ini, kerana dia  tahu semuanya akan berakhir saat perasaan ini diketahui Mia

Mia tidak pernah menganggapnya lebih dari itu. Bagi Mia dia cuma seorang teman, tidak lebih dari itu. Dan bila dia cuba lebih dari itu, Mia akan membencinya kerana merasakan dirinya ditipu/ digunakan sepanjang persahabatan mereka. Dia tahu semua itu. Dia masak benar dengan perangai Mia. Lebih arif tentang Mia dari diri Mia sendiri. Begitulah mendalamnya perasaan pada Mia. Sayangnya, Mia tidak merasainya. 

Sebab itu selama ini dia  mendiamkan diri. Mengunci perasaan ini di hati. Dia tahu dia akan kehilangan Mia bila semuanya diketahui. 

Tapi dia tidak menyangka yang hari itu akan hadir juga.. Penamat dirinya disisi Mia berubah hari ini.. noktah yang berakhir saat kehilangan Mia.

 “ I beg you to break up..”
“ Stop it, just go!”
“ Like I say.. I hate when you don’t understand me..”

Razi keluar meredah hujan yang turun. 

XOXOXO


Bahu mereka berlaga.

“ Sorry, sorry.. ..” kata lelaki itu sambil mengangkat tangannya dan menunduk-nunduk kepalanya tanda maaf. Mengakui kesilapannya yang leka tidak memerhatikan sekeliling lalu terlanggar dia. Gadis yang dirangkul pinggan erat itu memandangnya.

 “ It’s ok.”  Jawab Mia.

Matanya berkaca-kaca, kecewa melihat yang lelaki itu adalah tunangnya sendiri. 





' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Rabu, 9 Januari 2013

Lelaki itu 3





*They say love is blind, oh baby you so blind…”

Meronta-ronta jeritan di hati Razi, terbuka terperangkap. Dia tak mampu mengucapkannya. Kerana apa jua yang diluahkannya hanya mengundang kebencian Mia padanya.

Dia tidak mahu itu! Cukuplah  dia tidak dapat memiliki Mia, dia tidak mahu kehilangan Mia. Dia sangggup sekadar menjadi kawan karib pada Mia. Tapi perasaannya pada Mia semakin mendalam.

“ We are engaged!! See!” Mia mehalakan tangannya yang bertakhtakan cincin berlian itu pada Citra, Ryan dan Malissa di pertemuan mereka. Terbeliak dan terkezut di riak muka masing-masing.

Razi lihat Mia senyum melebar bila membuat announcement itu. Senyuman yang dapat dilihatnya bila mana dia  berada di sisi Mia. Dia jatuh hati pada senyuman dan keceriaan yang bukan miliknya. Hatinya rasa sakit.

“ Congrats!!” jawab Citra. Ryan dan Malissa juga menurut apa yang Citra lakukan.
“ Thanks dear! I found my mr right at last!” Mia merangkul erat dia yang tersipu-sipu malu dipuji di hadapan mereka yang lain.

Citra, Ryan dan Malissa, mereka tersenyum melihat gelagat pasangan itu, namun di mata masing-masing tersembunyi kemelut tidak selesa. Mereka kerap kali mencuri pandang pada Razi. Mata itu meminta penjelasan. Masing-masing menyembunyikan kebencian dalam senyuman.

Razi meneguk air yang terasa begitu kelat di dalam tekaknya. Razi tahu mereka juga tahu tentang dia.  Itu lebih membuatkan Razi terasa begitu perit.

XOXOXO

Razi mengesat air mata Mia yang sedang merebahkan kepalanya di peha Razi. Kepala Mia dibelai lembut, seperti mendodoi kan anak kecil yang sedang menangis. Sekali lagi lelaki pengarang jiwa itu membuatkan Mia menangis, menyakitkan hatinya.

Razi masih ingat betapa jeliknya kawan-kawan yang lain bila Mia memperkenalkan lelaki itu pada mereka. Masing-masing menyembunyikan kebencian dalam senyuman.

“It’s so obvious.. why.. why can’t you see?’

next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Selasa, 8 Januari 2013

Lelaki itu 2




“ Mia, aku terserempak dia kelmarin, bersama seorang perempuan.”
“ Mungkin kawan dia itu…”

~Bayangan lelaki itu memeluk pinggang dan bercumbuan perempuan terbayang di mata Razi~


“Mereka begitu mesra, bercanda seperti pasangan kekasih”
“Mungkin dah lama tak berjumpa, jadi mereka kelihatan lebih mesra”
 “Dan dia tidak memakai cincin kamu berdua.. “
“ Mungkin dia terlupa..”

~ Bayangan lelaki itu menanggalkan cincinnya dan menyembunyikan di dalam koceknya mengetuk ingatan Razi~

Razi diam, memerhatikan Mia yang memasukkan gula-gula ke dalam bekas kecil sebagai gift door untuk majlis perkahwinannya.

“ Mia…”
“ Dahlah tu Razi! Enough okey!Aku betul-betul sibuk sekarang. Banyak benda yang aku nak fikirkan!!..”

Mia merenung Razi. Wajahnya merah padam menahan geram. 
Tergamam.,Razi hanya mampu memandangnya renungan itu . tidak mengerti. kenapa mesti Mia marah padanya?..
“ Dia bukan jenis orang macam tu!” 

Tegas Mia.Matanya bergenang dalam jernih-jernih  air mata yang hampir mengalir. Razi tidak sanggup meneruskan lagi.  Dia tidak sanggup melihat air mata itu berjujuran. Dia tahu betapa cintanya Mia pada lelaki itu. Betapa percayanya Mia pada lelaki pengarang jantung itu. Kepercayaan dan cinta Mia begitu sempurna, sama seperti hatiny Mia yang suci dan tulis. Hati yang bukan miliknya, bukan untuk dijaganya.

Razi mengetap geram. Sakitnya perasaannya setiap kali melihat tangisan Mia. Sebab itu dia tidak mampu berkata-kata lagi. Walaupun ini bermaksud dia terpaksa akur dengan kehendak Mia, dengan kepercayaan Mia pada lelaki itu.

“  Maafkan aku… Mungkin aku tersilap pandang.” Bohong Razi- walaupun bayangan lelaki dan perempuan itu sangat jelas di fikirannya.

Mia menarik nafas lega.  Satu Message tiba-tiba masuk. Message dari lelaki itu.

“ Hi baby…I miss you so much… ”

Razi beredar. Hatinya sakit. Dia tak mungkin tersilap pandang. Kerana ini bukannya kali pertama ia terjadi. 


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Isnin, 7 Januari 2013

Lelaki itu




Prologue.

Bahu mereka berlaga.

“ Sorry, sorry.. ..” kata lelaki itu sambil mengangkat tangannya dan menunduk-nunduk kepalanya tanda maaf. Mengakui kesilapannya yang leka tidak memerhatikan sekeliling sehingga terlanggar dia.

Tanpa memandangnya, lelaki bergaya itu beredar,  terus berjalan ke arah seorang perempuan cantik yang sedang melambai-lambai memanggilnya. Mereka berpelukan mesra sebelum beredar bersama masuk ke hotel Hilton Kuala Lumpur.


***

Razi memutarkan cincin halus bertaktakan berlian di atas meja. Setiap putaran itu mengembalikan ingatannya pada lelaki dan perempuan yang ditemuinya seminggu lepas. Kemesraan mereka menganggu fikirannya.
“ How am I look?”
Seorang perempuan yang sangat jelita mendekatinya. Kulitnya yang putih mulus itu boleh membuatkan mana-mana mata lelaki mendambainya. Bibir merah itu, mata galak, rambut ikal itu.. dan tubuh yang berukuran 36-24-36 itu, melengkapkan segalanya. 

“ So camne? Cantik tak?” ulang Mia sambil berpusing-pusing, mengayakan dirinya dalam gaun pengantin lace warna putih susu. Razi memandang dalam kekaguman. Matanya terkunci menikmati kecantikan Mia. Bibirnya menguntum senyum. Rasa bangga mengembang di hatinya. Mia.. dia sangat cantik, sangat innocent.

“ Razi.. cantik tak? “ Mia masih menanti jawapan dari Razi dan tidak akan putus asa selagi Razi tidak mengucapkan kata-kata yang ingin didengarnya. Razi tahu itu, lalu dia mendekati Mia dan menyarungkan cincin yang dipegangnya pada jari manis Mia dengan penuh kasih.
“ You look so dazzling..” puji Razi ikhlas dari hatinya. Pujian yang selalu diucapnya di hati setiap kali bertemu Mia. Tak kira di waktu pagi tika Mia baru bangun tidur, wajah comot dan serabai itu comel dan cantik. Atau ketika Mia sakit, Mia masih kelihatan cantik. Setiap saat, setiap nafas. Di matanya Mia begitu indah, begitu sempurna.

“ Thanks! You are the best!  Jawab Mia gembira. Dia berdiri mengadap cermin besar dan sekali lagi mengayakan dirinya di depan cermin. Kegembiraan terpacar di matanya. Razi turut rasa gembira. Gembira melihat Mia gembira begini. 

Rasa gembira itu kekal hinggalah Mia mendekati seorang lelaki yang sedang leka membaca majalah, yang  duduk sendirian di penjuru. Mia mencium pipinya dan lelaki yang pada mulanya  terkejut itu akhirnya membalas ciuman Mia. Jemarinya yang tersarung cincin yang mempunyai design sama dengan milik Mia, membelai rambut Mia penuh dengan rasa cinta.

Razi beredar dan fikirannya kembali kabut dengan bayangan lelaki dan perempuan tempoh hari.  




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Ahad, 15 Julai 2012

Girlfriend 4

"

 Kita break up jer! "
" Kita putus!"
" K lar, I faham you dah taknak kat I lagi kan.. You nak buang I kan? Yerlah, I takkan ganggu You lagi."
" We are sooooooooo over!"

Entah dah berapa kali kata-kata break up itu diucapnya. Dia sendiri tidak sedar. Ia terlepas sendiri di mulutnya. 

Dia tahu dia menyakitkan hati Johan setiap kali dia cakap begitu. Dia sedar itu bila melihat wajah Johan akan berubah setiap kali dia cakap begitu.

Dan Johan akan memujuknya kembali. Kemudian dia akan tarik balik apa yang dicakapnya. Dia akan gembira kembali, kerana dia tahu Johan mencintainya.  Johan sangat mencintainya sebab itu Johan tidak akan melepaskannya.  Ia seakan jaminan yang membuatkan dia rasa selamat. 


Pelik tapi itu yang dirasainya. Dia rasa selamat dicintai seperti ini. Kerana, baginya  bila Johan melepaskannya dia tahu Johan tidak lagi mencintainya. Jadi tanpa sedar, dia menguji Johan, menguji cinta Johan terhadapnya. 

" You tahu tak setiap kali you cakap break up, I betul-betul rasa sedih sangat. Senang-senang jer you nak break up, macamlah hubungan kita tak serius. boleh lak putus-putus bila-bila. "
"Sorry.."
" I tahu I banyak buat salah dengan you. I tak dapat puaskan hati you..I buat you marah, melenting. Tapi takkan sebabkan itu you nak buang suma hubungan kita setahun nih dengan break up camtu jer. Semua cinta kita? You terfikirkan ke tidak? "
" Sorry..."
" Tak, I yang minta maaf. You tak salah, I faham you punya perangai, cepat panas, cepat ikut perasaan.. bertindak melulu. Kalau I tak faham, camne I boleh tahan dengan semua ini." pujuk Johan saat melihat Bella bergenang air mata.
" You marah kat I ke? You benci kat  I ke?"
" I tak pernah marah kat you. I selalu mencintai you. "

Dia senyum. Dia rasa tenang mendengar kata-kata itu. Dia sedar setiap kali dia marah, dia akan mintak break up.  Tapi dia tidak pernah berniat begitu. Dia cuma rasa puas bila dapat meluahkan perasaannnya secara begitu. 

Bukan niat dia melukakan hati Johan, tapi hanya dengan cara itu dia dapat memastikan Johan menumpukan perhatiannya pada dirinya. 


Dia cuma ingin diberi perhatian sepenuhnya seperti seorang puteri.


Dia cuma ingin sentiasa dirasai dicintai, diingini, disayangi Johan.


Dia cuma ingin memastikan hati Johan miliknya. 


Dia cuma ingin rasa selamat dicintai Johan

Kerana dia begitu mencintai Johan.

" Sorry...I love you." 
" I love you more.." 






' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Jumaat, 13 Julai 2012

Girlfriend 3


" I tak nak hadiah, I nak you spent time dengan I on my birthday. Tu pun dah cukup."

Dia senyum. Permintaan Bella buat dia gembira. Permintaan yang simple tetapi penuh makna. Jelas bermaksud Bella mencintainya sepenuh hati. Bella cuma inginkan kehadirannya sebagai hadiah. Dia yang mampu membuatkan Bella tersenyum dan gembira seperti ini. 

Tapi, yeker tak nak hadiah? Dia berfikir-fikir dalam fikirannya apa yang hendak diberinya pada Bella.

" Besok pagi-pagi you temankan I jogging tau! Kita jogging sama-sama, lepas tu kita breakfast kat satu kedai jual buah yang I memang selalu singgah. "

" Patutlah tak kurus-kurus, lepas jogging melantak jer ." usiknya. Bella mencubitnya manja

'EE!! jahatlah you ni! Nak kata I gemuklah tu!" Bella mencebik masam.  Wajahnya yang masam itu begitu comel, buatkan dia suka mengusik girlfriendnya ini.

" I love you." katanya sambil menarik hidung Bella, buatkan gadis genit itu menjerit sakit. 


Dia ketawa.
" Ingat tau esok pukul 7 pagi! I nak start my birthday with you!"
" Promise!"

Malam itu, temannya mengajaknya keluar tengok bola, ditolaknya lembut. Tepat pukul 9 malam dia dah siap-siap berada di rumah. Semua membernya memandangnya pelik. Kelakuannya pelik. Selalunya dia tidur lewat, terutama hari minggu. Paling awalpun pukul 12 malam, tapi kali ini pelik bila dia ingin balik awal.

" Besok birthday girlfriend aku." jelasnya simple. Sengihannya melebar. 

Member-membernya mengerti. Faham yang dia akan spent time dengan girlfriendnya on that special day.

Pukul 10, sedang lena dibuai mimpi, dia dikejutkan dengan panggilan dari boss nya. Dia terkejut. Rupanya adalah masalah dengan proposal yang hendak dihantar hari isnin nanti. Tidak pasal-pasal dia dikerah untuk datang ke office tika itu juga.

Rasa menyesal menjawab panggilan telefon itu, jika diabaikan, dia tak perlu tahu masalah ini.  Tak perlu pening-pening kepala tentang ini. Apa nak dibuat, dia jenis yang cepat tersedar walaupun telefonnya berdering dalam mode getaran sekali pun.

Dia tekad menyiapkan proposal yang bermasalah itu malam ini- Sebelum esok! -Sebab esok dia akan spent time dengan girlfriendnya.Banyak yang ingin dibuatnya bersama Bella. Dia ingin menjadikan birthday Bella adalah birthday yang akan diingatinya selamanya. 

" Hello!"
 " You dah bangun lum? "

Dia memandang jam di dinding yang menunjukkan pukul 6.30 pagi. Hanya  1 jam sahaja dia sempat lena selepas pulang ke rumah pukul 5.30 tadi.  Namun,  dia menyedapkan hatinya bahawa semua itu berbaloi sebab proposalnya siap on time, lalu dia sempat untuk teman girlfriendnya  

" Em.. nak mandilah nih."
" K, i tunggu tau." 

Rrr... Rrr... Rrr...
" Hello!?!! You kat mane! I dah tunggu lama dah ni!" 

Matanya menjeling pada jam di dinding. Ya Allah, sudah pukul 8 pagi. Dia lewat dan dirinya masih belum bersiap. Dia langsung tidak menyedarinya. Dia tertidur. Tertidur di sofa, di pertengahan jalan ke bilik air.

" Sorry dear, I tertidur lah. On the way, I ingatkan I dah mandi tadi, tertidur kat sofa.. semalam I..."
" Apa ni!You tau tak berapa lama I dah tunggu !? You sengaja buat I camni! Cam bodoh jer tunggu sorang-sorang kat sini!" berang suara Bella di gagang telefon. Membebel tanpa sempat dia memberi penjelasan.

Dia tahu girlfriend nya sangat marah, terutama hari ini hari jadi Bella. Dia sendiri tidak menyangka yang dia letih sangat sampai tertidur.

" Sorry, I letih sangat. Jap lagi I sampai.."pujuknya.
" Letih! Letih! Apa yang letihnya!? Kalau dengan kawan-kawan you, takde pun letih pun.. You memang tak sayang kat I! You buat I cam tunggul je kat sini! You tak tahu betapa excitednya I nak spent today ngan you. Skrang tak sempat dah! You spoil the mood! Spoil jer! "

Dia membisu. Dia tahu dirinya bersalah. Dia juga excited untuk hari ini. Dia juga sedaya upaya untuk jadikan hari ini hari istimewa untuk Bella. Entah kenapa dia boleh tertidur, terlupa janjinya. Menyalahkan keletihannya, menyalahkan kerjanya? Dia buntu..

"Semalam I kerja lewat .. ada..."
" You memang tak sayang kat I! Kite break up jer ler camni!Bye!"

Penjelasannya sia-sia. Bella yang marah tidak akan mendengar penjelasannya. 


Panggilan sudahpun ditamatkan, dan dia bergegas bersiap dan menuju ke rumah Bella. 


Saat Berjumpa Bella berdepan, dia berjaya memujuk Bella, membawa Bella ke beberapa buah tasik, bersama Bella berjalan-jalan di taman, bergurau senda dengan Bella.


Walaupun setelah memberi penjelasan pada Bella dan Bella mengangguk memahaminya, namun wajah girlfriendnya masih berduka. Cuma tersenyum kelat. 


Dia tahu dirinya bersalah. Dia tahu kecuaianya membuatkan semuanya musnah. Dia cuba memberi yang terbaik untuk Bella. 

XOXO


Rrr... Rrr... Rrr....

Johan hanya merenung Iphone 4 warna putih yang terus menerus berdering di meja katilnya.

                                     Rrr... Rrr... RRr...





    












' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Selasa, 2 Ogos 2011

Pertemuan itu End


Ding... DIng..

Pantas Yurin berpaling pada pintu yang berdendangkan bunyi loceng itu. Anak patung yang digenggamnya hampir penyet di buatnya.

Sambil mengulum bibirnya yang tiba-tiba terasa kering,dia mendengar degupan di debar hatinya.  Nafasnya terasa sesak, dan tubuhnya terasa begitu sejuk..

Ding..Ding

Yurin turun dari sofa, bergerak ke pintu depan sambil menelan air liurnya.

Dia tahu... Dari tadi dia sudah menyedari... Di balik tingkapnya, dia sudah  nampak lelaki itu...

Mengapa pabila lelaki itu di pintu rumahny, dia jadi segementar ini. Namun dalam masa sama, desakan hatinya ingin mengarah  dia berlari membuka pintu itu. Dalam kekeliruan itu, dia lalu hanya mampu memerhatikan lelaki itu.

Lelaki yang  gementar seperti dirinya. Dan bila dia lihat keraguan di wajah lelaki itu,  dia berulang kali berdoa agar lelaki itu menekan locengnya, jangan meninggalkan sini.

Dia ingin bertemu lelaki itu sekali lagi..

Namun, bila loceng itu berbunyi.. hatinya bergetar antara mahu dan malu...gementar memikirkan apa yang kan terjadi bila pintu itu dibuka...

Ding..Dong...

XXXX


Jun mengalah.
Dengan berat hati dia berpaling untuk beredar.. entah kenapa dia rasa hampa tersangat! Rasa kehilangan. Teruknya!!.~~ 

KreOk...~

Jun menoleh...

Dan bibir itu, pandangan itu, wajah itu dan mata itu  .. memukaunya..

Xxx... X...X..xX.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
...
.
.
.
.
.
.
.
.
..



Dalam gemuruh tepukan dari hadirin setahun kemudian,
Jun mencium dahi Yurin yang kini sah bergelar isterinya. Mereka saling berbalas senyuman.

“ That girl and me... we met like this..”



END


previous


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Ahad, 31 Julai 2011

Pertemuan itu 5


Hari ke 5, 
Jun tidak sedar rupanya sudah 5 hari berlalu. Dia membaca kalendar yang tergantung di dinding sambil berkira-kira samada dia ingin kembali bekerja esok atau tidak.Namun bila terfikirkan yang dia tidak mungkin dapat menumpukan perhatian di pejabat, dia mengalah. Serba salah..

Semuanya kerana..

Kerana saat ini dia masih tidak mengerti perasaannya yang tidak keruan ini. Hati ini semakin lama semakin kuat degupnya. Mengelirukan dirinya.Membingungkan!!!

Jadi, selama 5 hari ini, dia bangun lewat berturut-turut, sengaja mengelakkan pagi itu. Pagi yang buatkan dia jadi begini.
Jun bangun, membersihkan dirinya. Saat air yang sejuk itu mengalir di tubuhnya, dia rasa segar.

Namun, hatinya masih bergetar~

Dia memakai tshirt hitam kegemarannya, dan menyediakan sarapan- omelette dan roti bakar disapu peanut jam, dan air kopi yang panas.

Hatinya masih berdegup kencang.

Dari balkoni yang terselak langsirnya, Jun dapat lihat mentari pagi yang baru ingin memunculkan diri.

Sambil menikmati air kopi panas,  Jun merenung subuh yang kian menyinsing. Merenungnya hinggalah langit menjadi semakin cerah.

9 pagi, 
Jun menyarung kasutnya, sedia untuk keluar.

Dia keluar dari apartmentnya. , bertegur sapa dengan Pak Cik Zai dan terus mengatur langkahnya ke....

Langkahnya mati.

Mati bila menyedari dirinya kini  berada di depan pintu bercat biru. Pintu rumah gadis itu.

Seribu satu perasaan gentar mengundang tiba, buatkan dia rasa tidak keruan, gementar.

Bagaimana dia boleh ke sini? Bila masa? – Satu persatu persoalan muncul di benak fikirannya.
Dia mengangkat tangannya  ingin menekan loceng rumah ini, tetapi bila jarinya begitu  hampir dengan loceng itu, dia menarik diri. Keberaniannya hilang. Gila! Apa yang dia buat ni!! This is crazy!!..
“ Aku tidak kenalpun siapa gadis itu... Kenapa boleh ke sini pula..?”
Dia mengenggam tangannya yang terasa seram sejuk. Dia lelaki yang tidak pernah gentar dalam sesautu, tidak pernah rasa takut, seorang lelaki yang berkebolehan, perfect boleh rasa begini?

Seperti seorang lelaki yang hopeless.. yang tidak ada perancangan.. tidak punya apa-apa...

Jun berpaling ingin berpatah balik. Baru beberapa langkah, hatinya berdegup kencang lagi. Menjerit-jerit sangat kuat;  hinggakan hanya cuma meletakkan telapak tangannya di dada, getaran itu dapat dirasainya..
Dia tidak mampu sembunyi kan lagi perasaan ini.

Lalu, dia berpusing kembali, selangkah demi selangkah mendekati loceng rumah itu.

~~*** I love you.. oh .. i love you..  ~***  Yurin

next 

previous 


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Jumaat, 29 Julai 2011

Pertemuan itu 4


Yurin memeluk anak patung beruang pandanya seerat mungkin. Sambil matanya menonton cerita komedi di tv3, dia memikirkan lelaki itu. Sekali lagi.
 
“ Ahhh!!” rungut Yurin. Ingin sahaja dia berlari ke balkoni, mengharap lelaki itu berada di balkoni sambil memandangnya seperti pagi tadi. Namun, dia takut sekiranya, tidak.. hatinya akan kecewa, mengharap pada yang sesuatu yang tidak pasti. Ia menyeksakan.

Yurin masuk ke dapur, membuka botol milo, sediakan milo panas untuk melegakan hati dan perasaannya yang tidak keruan. 


“ Yurin.. apa yang kau harapkan? Laki tu syok kat ko gak? Tak mungkinlah...”

Sambil mengacau milo panas, 

“ Haishh... asyik fikirkan die jer.. Laki tu takde apa-apa perasaan pun padaku..”

Sambil meneguk milo panas,

“  Tak mungkin laki tu suka kat aku juga. Aku dan dia jauh berbeza... dia cam.. burung enggang yang terbang tinggi, megah di angkasa,aku Cuma pipit yang Cuma mampu memandangnya..”

Yurin menutup televisyennya. Jam di dinding baru menunjukkan pukul 10 malam, namun dia tiada mood untuk meneruskan menonton rancangan komedi yang dirinya tidak rasa menarik. 

Sambil menyelimuti dirinya, dia merenung balkoninya yang tertutup kemas dengan langsir.

 Sekali lagi dia memikirkan lelaki itu... Sekali lagi ~

~ ** Perlahan-lahan, aku jatuh cinta ...~*** - Jun


previous 

next 


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Rabu, 27 Julai 2011

Pertemuan itu 3


Buat pertama kalinya, Jun minta cuti. Dia yang dikenali dengan gelaran 'gila keje' , 'workaholic' 'obses keje' dan 'mr.perfect', tidak pernah miss walaupun satu hari bekerja. 

Pernah sekali Jun sakit, dia masih ke pejabat. Dedikasinya terhadap kerjanya buatkan yang lain begitu hormat padanya. 

Namun, hari ini hampir satu pejabat jadi kecoh.. Siapa yang akan uruskan segalanya jika Jun tiada? Siapa yang akan sudahkan semua projek-projek bila Jun tiada?

Jun sedar itu.

Jadi dia mengemas barangnya, mengambil apa kerja yang mungkin boleh dibuatnya di rumah.  Meninggalkan memo pada setiausahanya sekiranya ada benda penting dan mengingatkan semua yang dia akan setia on kan handphone nya dan membaca emailnya. Sekira diperlukan, tiada masalah untuk mencarinya Semuanya diatur agar ketiadaannya tidak memberi impak negatif pada syarikatnya.

Maka semua kembali lega, senang hati kerana walaupun Jun tiada di ofis, Jun bukannya tidak dapat dihubungi langsung. Jun seorang yang penting, tunggak di syarikat ini.



Pada pukul 7 petang, semuanya sudah tersedia. Jun juga sudah bersedia untuk bercuti panjang. Dia merenung matahari yang kian condong dari tingkap pejabat  yang terletak di tingkat 15, bangunan ini. Di sini sudah lama sunyi, pekerja sudah kembali ke rumah masing-masing, meninggalkan Jun sendirian. 

Sambil memejamkan matanya, Jun mendengar degupan hatinya yang dari pagi tadi berentak laju. Walaupun sudah sehari suntuk dia cuba melakukan kerja sehariannya seperti biasa, degup hati ini tidak pernah reda.  Terus berdegup kencang., buatkan dirinya rasa tidak selesa, tidak keruan.

“ Gila! Aku dah gila ke!” kata Jun perlahan. 

Dia menarik nafasnya sedalam mungkin, menenangkan perasaan yang resah.

Di matanya, 
hanya terlihat wajah gadis itu-  yang menyembunyikan diri saat mata mereka bertemu. 

Di fikirannya, 
Peristiwa pagi yang indah itu berulang tayang.

Seperti mimpi, dia hanyut tidak terjaga.

Dan setiap memori itu, buatkan degup jantung ini makin kuat , hinggakan Jun rasa sukar ingin bernafas.. tersekat di hati.. rasa tidak selesa..

Jun bersandar di kerusi. 

“ Kenapa hatiku masih berdetak begini.. Apa tak kena dengan aku nih?.“ 
 
Berulang kali dia berbisik pada dirinya.. Apa yang perlu dia buat.. untuk hentikan semua ini..?? Ia menyeksakan... degupan ini...

8 malam, Jun keluar dari ofis, buat pertama kalinya dia balik awal dalam seumur hidupnya bekerja di sini. 

Pakcik Zai menegurnya sebaik sahaja Jun sampai di apartmentnya. 

“ Encik Jun balik awal hari ini?”

Jun memandang penjaga bangunan itu, dengan riak wajah yang terpinga-pinga, serabut.

“ Aku ingin mengenalinya...” Jun suarakan tekadnya sekuat hati, dan terus masuk ke lif.

Pakcik Zai terus terdiam, keliru.

## Gila! Aku seperti gila! Aku tertarik pada lelaki yang kali pertama ku lihat... mungkinkah ini akan menjadi sesuatu? Mungkin... ##- Yurin

previous 

next 


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'

Isnin, 25 Julai 2011

Pertemuan itu 2


Yurin mengelap meja customer yang baru beredar ini. Rambutnya yang diikat tinggi seperti ekor kuda itu bergoyang-goyang lembut, mengikut kerancakan gerakan tangannya.

Kemudian,dia mengangkat pinggan-pinggan kotor dan terus masuk ke bahagian dapur. Tidak terus membuang masa, dia akan pergi meja ke meja mengambil pesanan dari pelanggan.

Semua ini dilakunya dengan pantas. Motto CUSTOMER ALWAYS RIGHT-  adalah peraturan no satu yang diingatinya sebagai pelayan restauran makan ini. Harinya terus berlalu dengan kesibukan.

“Ada benda menarik ke hari ni? tiba-tiba Aiza menegurnya saat mereka berehat untuk makan tengah hari di bilik pekerja.

Yurin memandang Aiza pelik. Matanya yang bulat itu memandang Aiza, tidak mengerti.

“ Muka kau nampak ceria jer pagi nih.. Mesti ada apa-apa nih...” sambung Aiza membuat tekaan yang tidak berasas.

“ Mana ada.” 
“ Eleh..Yerlah tu... jangan nak kelentong. Muka ko ni berseri-seri jer.. Nampak ha.. siap merah lagi...aku boleh baca ler riak muka ko... ”


Yurin menyentuh pipinya yang terasa suam-suam.Rasa malunya memakan diri, hingga tiada apa yang boleh disembunyikan dari mata tajam Aiza ini.

“  Lelaki itu memandangku...”
“ Huh? Lelaki tu? ... aahhh!!! ... yang kat apartment mewah depan rumah kau tu?”
“ A’ah..”

Suara terperanjat Aiza yang nyaring itu membuatkan Yurin yang sedia bersifat malu ini, semakin merah padam.

“ Lelaki yang kau suka tu?Yang kau admire tu?? Yang matang dan kelihatan serius tapi hensem tuh..?/!!  Yang nampak berkarier gile tu??..  Yang macam tak mempedulikan diri selain dirinya?" Aiza sengih.

“Ya..ya..and  Ya.. kau saje tokok tambahkan...”

“ Ok.. Ok.. Lelaki yang perfect tuh Jadi kau buat ape?”

“ Aku cepat-cepat larikkk masuk dalam rumah..” 

Aiza ketawa, tidak menjangka jawapan itu. Namun, dia tahu Yurin memang pemalu. Sangat pemalu.

“ Itu jer..??"

Perbualan mereka tentang lelaki itu tamat bila Yurin mendiamkan diri, tidak mahu meneruskan perbualan tentang itu.

Bila Aiza kembali masuk ke restauran, untuk shift petang pula, Yurin masih mengunyah sandwichnya yang masih tinggal. Perlahan -lahan sambil berfikir tentang lelaki itu.

“ Aiza, bila ku lihat di matanya-i think i see love- mungkinkah ku jatuh cinta?" 

~####  Saat dia melarikan matanya dari pandangan mataku, hatiku berdetak kuat,... semakin kuat Hingga saat ini,  hati ini masih bergetar  ~~###- Jun


previous

next 


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'